Chapter 30

Romance Completed 17238

"IRMA! Mana perginya Puan Sri Irma ni?" bisik Niqisya seraya memulas tombol pintu bilik tetamu rumahnya. 

"Irma! Kau ni dah kenapa aku panggil dari tadi tak jawab?" Niqisya bertanya sembil menarik selimut yang menutupi tubuh sahabat baiknya itu.

"Niqisya, aku..." kata-kata Irma Syazira terhenti.

"Kau demam ni. Panasnya dahi kau..." pintas Niqisya sebaik sahaja tapak tangannya mengusap dahi Irma Syazira.

"Hmm..." gumam Irma.

"Kau dah makan ubat ke belum ni?" soal Niqisya lagi seraya melabuhkan punggungnya di birai katil.

"Belum," jawab Irma perlahan.

"Ini mesti demam rindu ni... betul tak?" usik Niqisya.

Irma hanya mendiamkan dirinya. Sesungguhnya dia sangat merindui suaminya.

Niqisya mengerling sahabat baiknya itu, lama. 

"Kau dah kenapa renung aku macam tu? Kau ada panadol tak?" Irma Syazira bertanya.

"Panadol? Rasanya dah habis... Tapi kan, aku rasa aku ada ubat yang paling mujarab untuk sembuhkan demam kau ni," ujar Niqisya seraya bingkas bangun dari birai katil itu.

"Kau nak pergi mana? Temankanlah aku. Please..." rayu Irma Syazira sambil membuat muka kesian.

"Aku nak pergi ambilkan ubat untuk kau... Aku yakin, confirm kau akan sembuh lepas ni," usik Niqisya lagi seraya berlalu meninggalkan sahabat baiknya terbaring di atas katil itu.

Irma cuba untuk melelapkan matanya semula. Serta-merta bayangan wajah suaminya, Farish sedang bergembira menghitung hari pernikahannya bersama dengan Tengku Isma Fatieha berlegar di fikirannya.

Abang!! Hatinya berteriak dan meronta untuk menghalang perkara itu dari berlaku. Namun apa daya dia hanya seorang isteri yang tiada makna langsung dalam hidup Farish. Farish banyak berubah setelah hilang ingatan untuk kali yang kedua ini. Farish langsung tidak mengenalinya sehingga dia membuat keputusan untuk menjauhkan dirinya dari Farish.

SESUATU yang sejuk dingin menyentuh kulit wajahnya ketika ini memaksa Irma Syazira membuka matanya. Kelihatan seraut wajah Farish sedang merenungnya.

"Assalammualaikum sayang..."

Irma Syazira kelu lidah. Abang? Aku bermimpi ke? Irma Syazira yakin yang dia sedang bermimpi seraya memejamkan matanya semula.

"Sayang... I miss you! I'm so sorry for what I've done for you!"

Sekali lagi gegendang telinga Irma Syazira diketuk oleh suara si suami. Lembut, sama seperti suara yang memanggilnya  tiga tahun yang lalu. Irma Syazira membuka matanya perlahan. Ya! Itu Farish! Memang Farish yang sedang duduk di birai katil itu sedang khusyuk merenung dirinya. Dia kembali memejamkan matanya. Otaknya ligat mencerna apa yang baru didengarnya sebentar tadi.

Dalam tempoh tiga tahun ini, Farish tak pernah pun panggil aku dengan panggilan sayang. Kenapa baru sekarang Farish memanggil aku dengan panggilan tu? Adakah Farish dah sedar yang dia tu dah beristeri dan memiliki seorang anak lelaki? Adakah dia...

Lamunan Irma Syazira terhenti sebaik sahaja pergelangan tangannya digenggam erat seraya dikucup lembut oleh Farish.

Cepat-cepat Irma Syazira membuka matanya. Serta-merta juga titisan air jernih menyusuri pipinya sebaik sahaja mendapati si suami sedang mengucup tangannya lama. Direnungnya wajah Farish yang sedang memejamkan mata sambil mengucup tangannya itu. Ada aliran air jernih jatuh menyusuri pipi suaminya juga.

"Irma..." Niqisya memanggil.

Irma Syazira menoleh ke arah sahabat baiknya, Niqisya yang berdiri di sebelah pintu bilik itu.

"Aku dah bawakan ubat terbaik untuk kau," ujar Niqisya sambil tersenyum.

"Sayang..." Farish memanggil.

Irma terpaku. Farish mengerling dirinya dengan renungan yang redup. Matanya juga sudah berkaca.

Abang, kenapa... kenapa abang tiba-tiba... Hatinya kuat mengatakan ini semua adalah mimpi. "Tak... Tak mungkin..." kata-katanya terhenti sebaik sahaja jari telunjuk Farish menyentuh bibirnya.

"Ima, maafkan abang... Maafkan abang, sayang... sebab abang lupakan sayang selama ni. Abang dah ingat semuanya, sayang..." Farish berkata seraya memeluk erat tubuh isterinya itu.

"Abang... saya bermimpi ke?" Irma Syazira kaku dalam pelukan suaminya. "Be... betul ke apa yang..." 

"Betul sayang... Ima bukan bermimpi... Ini realiti, sayang. Abang datang ni sebab nak jemput sayang. Dua hari lepas abang pergi rumah ibu, cari Ima, tapi ibu cakap Ima dah balik Cameron Highland. Abang pergi Cameron Highland tapi Ima tak ada," pintas Farish.

"Tap... tapi... Tak, tak mungkin!" Irma Syazira melepaskan pelukan suaminya.

Farish terpempan dengan tingkah isterinya itu. "Ima, kenapa? Ima dah tak percayakan abang lagi ke?" soal Farish terkejut. Sayang please percayakan abang! 

Boleh percaya ke? Irma Syazira tidak berani mengharap suaminya kembali pada waktu ini. Dia takut semua ini adalah helah Farish semata-mata untuk meminta izin darinya untuk berkahwin dengan Tengku Isma Fatieha. "Encik Farish jangan mainkan saya! Apa motif sebenar Encik Farish?!" 

Farish tergamam dengan pertanyaan yang tak masuk akal oleh isterinya itu. Dia juga terkejut, sebelum ini Irma Syazira tidak pernah memanggilnya Encik Farish, kecuali sebelum mereka diijab kabulkan tiga tahun yang lalu. "Ima... sayang, mana mungkin abang mainkan Ima. Apa maksud Ima abang mainkan Ima?" 

Niqisya terlopong menyaksikan apa yang berlaku di hadapan matanya ketika ini. 

"Jangan nak tipulah! Saya tahu tujuan Encik Farish jumpa saya ni semata-mata nak minta keizinan dari saya untuk Encik Farish berkahwin dengan perempuan tu, kan?!" semakin meninggi suara Irma Syazira ketika ini.

"Astarghfirullahaladzim... sayang! Apa yang Ima merepek ni?" Farish benar-benar terkejut dengan reaksi isterinya. Dia ingatkan Irma Syazira gembira setelah mengetahui dirinya sudah pulih sepenuhnya, namun semuanya meleset sama sekali.

"Aku tahu kau hanya berlakon untuk..."

Pang!!

Kata-kata irma terputus sebaik sahaja pipinya dijamah tapak tangan Niqisya, sahabat baiknya itu.

Farish terlopong terkejut dengan apa yang disaksikan oleh mata kepalanya ketika ini.

"Tuan Farish, maaf, saya terpaksa!" Niqisya bengang dengan perangai sahabat baiknya itu.

"Irma, maafkan aku! Aku terpaksa menampar kau untuk menyedarkan kau! Aku rasa yang sedang berlakon sekarang ni, kau sendiri!" tegur Niqisya.

Irma bungkam.

"Irma, sebenarnya laki kau ni dah satu minggu lebih dia sembuh! Kau tahu tak, pada hari kau datang office hari tu pada masa perempuan tak cukup kain tu announced nak kahwin dengan laki kau ni, Farish ni terlantar di hospital! Kau tahu tak?!" tegas Niqisya.

Irma kelu lidah untuk berkata-kata.

"Ima... Pada hari tu, semasa abang balik ke rumah, abang terserempak dengan anak abang, Danish. Sebaik sahaja Danish menyebut nama penuh dia, abang terasa kepala abang sakit sangat dan lepas itu abang tak sedarkan diri. Dua hari abang ditahan dalam wad." Farish pula bercerita.

"Habis tu, Tengku Isma tu macam mana?!" Laju saja Irma Syazira bertanya bila Farish bersuara.

"Hoi! Apa ni, main tengking-tengking suami ni? Dah bila aku bercakap, kau diam membungkam! Tapi bila laki kau yang bercakap, lajunya kau menjawab, ingat sikit Irma, kau tu masih isteri dia yang sah! syurga kau ada pada suami kau," marah Niqisya. Dia bengang dengan perangai ego sahabatnya itu. "Dah elok-elok laki kau datang jemput kau, kau pulak sibuk bertanya pasal perempuan tak cukup kain tu! Karang betul-betul Farish ni kahwin dengan perempuan tu, baru padan dengan muka kau! Kau nak ke hidup berkongsi? Kalau aku, tak ingin aku nak hidup berkongsi!" 

"Ima... hubungan abang dengan perempuan tu dah berakhir... Ima jangan risau. Takkan abang sanggup menduakan isteri abang yang tercinta ni..." Farish berkata seraya mengusap pipi mulus isterinya itu.

"Tolong... tolong jangan sentuh saya!" Irma menepis kuat tangan Farish.

"Maaf..." Farish berkata perlahan seraya bangun dari birai katil itu. Dia segera mengatur langkah keluar dari bilik dan terus keluar dari rumah. Hatinya sakit. Maafkan abang, sayang... Takpelah... biar abang mengalah kali ini. Abang faham perasaan sayang. Maafkan abang, abang tak akan ganggu sayang lagi.  Dia segera meloloskan diri ke dalam perut kereta Range Rover Velar dan terus pergi meninggalkan perkarangan rumah Niqisya.

"Danish... Maafkan papa, papa tak dapat bawa mama Ima balik. Maafkan papa, sayang..." Farish bermonolog lagi semasa memandu. Kereta Range Rover Velar itu dipandu laju membelah jalan raya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA. Telefon bimbit yang disimpan di dalam dashboard keretanya dikeluarkan seraya aplikasi WhatsApp dibuka.

Assalammualaikum papa, maafkan Farish... Farish tak dapat bawa isteri Farish balik, Irma masih marahkan Farish. Maaf papa. Farish nak pergi ke satu tempat. Farish nak tenangkan diri dan tak nak di ganggu buat masa ini... Tolong jaga Danish. Farish tak pasti bila akan balik. Assalammualaikum. 
~Ahmad Farish Adrian. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience