Chaptet 39

Romance Completed 17238

Satu bulan berikutnya...

"IRMA SYAZIRA BINTI AHMAD NIZAM. Aku ceraikan kau dengan talak satu."

Kata-kata keramat yang telah dilafazkan oleh bekas suaminya, Farish satu bulan yang lalu masih kuat menumbuk telinganya. Kini Irma Syazira hanya menghabiskan masanya dengan berkurung di dalam bilik. Dia malu dengan kedua orang tuanya. Dia malu dengan jiran tetangganya serta kawan-kawannya. Malah sahabat baiknya, Niqisya datang untuk bertanya khabarnya pun dia tetap tidak mahu keluar dari biliknya.

Gambar-gambarnya ketika bersama dengan bekas suaminya yang disimpan di dalam galeri telefon bimbitnya telah dibuang sebulan yang lalu. Kini dia benar-benar menyesal dengan tindakan bodohnya itu. Malah foto-foto semasa perkahwinannya bersama Farish juga semuanya sudah dibakar tiga hari selepas menerima mesej-mesej fitnah yang di hantar oleh Aliza.

Sedang Irma Syazira menangisi nasib yang menimpa dirinya, tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Irma... Buka pintu ni."

Irma Syazira bingkas bangun seraya  membuka pintu. Puan Zarena segera masuk sambil membawa dulang makanan untuknya. Niqisya juga turut ada sama masuk bersama Puan Zarena.

"Irma, kau dah pergi jumpa doktor ke belum?" Niqisya bertanya seraya melabuhkan duduk di birai katil.

Irma Syazira menggelengkan kepalanya.

"Irma, janganlah macam ni. Aku kesian tengok keadaan kau macam ni..." ujar Niqisya sambil mencapai bahu Irma Syazira.

"Si Irma ni sejak sebulan yang lalu, macam ni ajelah ragamnya. Bercakap sepatah dua kata dalam satu hari. Murung diam aje. Makan pun tak," sampuk Puan Zarena.

Irma Syazira diam menmbungkam.

"Janganlah macam ni Irma. Kau kena makan tau! Kalau kau tak nak makan, aku tak kisah sangat, tapi tu yang ada dalam perut kau tu wajib dibagi makan selalu!" tegas Niqisya sambil mengusap perut Irma Syazira yang masih belum menampakkan seperti wanita mengandung itu.

Setelah seminggu diceraikan, Irma telah disahkan mengandung empat minggu. Jika boleh, Irma nak sangat menyampaikan berita kehamilannya kepada Farish, namun dia tidak berani untuk berbuat demikian. Dia juga ingin sangat berjumpa dan menjaga Danish Rayyan.

Menurut Niqisya, keadaan Danish Rayyan sudah bertambah baik. Farish dan Fazreena bergilir-gilir menjaganya di hospital.

"Niqisya... Kau rasa, kalau Farish tahu aku sekarang mengandung... kau rasa dia sudi terima aku semula ke tak?" Irma bertanya setelah mendiamkan dirinya.

Niqisya mengerling lama wajah sahabat baiknya itu. "Entahlah Irma... aku pun tak tahu." Kalaulah kau tahu yang sebenarnya dua bulan lagi Farish akan berkahwin dengan Fazreena. Maafkan aku, Irma. Aku rasa Farish tak mungkin akan terima kau semula. Aku dah dengar luahan hati Farish serta permintaan arwah isteri pertamanya. Aku jugak sebenarnya dah lama kenal dengan Fazreena, roomate aku semasa di Universiti dulu.

"PAPA." Danish Rayyan memanggil papanya, Farish yang baru sahaja selesai menunaikan solat asar di dalam bilik wad itu.

"Ye sayang?" Farish segera mendapatkan anaknya itu.

Farish bersyukur, Danish Rayyan kini semakin pulih. Hari ini juga anaknya itu banyak cakap.

"Papa, mama Ima mana? Kenapa dia tak datang melawat Danish?"

Farish memejamkan matanya. Anaknya asyik bertanya pasal bekas isterinya sahaja. Dia mengusap lembut rambut anaknya yang sudah kembali tumbuh itu. "Danish... papa minta Danish jangan sebut nama dia lagi, boleh?" 

Danish Rayyan mengangguk. "Dia dah bencikan Danish dan papa ke?" 

Farish diam seraya menganggukkan kepalanya. Dahi anaknya diucup lembut. "Dah, lepas ni jangan tanya pasal ni lagi ya? Papa tak nak." 

Jeda. 

"Danish nak tak, Mak Cik Faz jadi mama baru Danish?" Farish sengaja menduga anaknya yang masih terbaring di atas katil itu.

Danish tersenyum mendengar pertanyaan papanya itu seraya menganggukkan kepalanya.

"Nak! Mak Cik Faz tu baik, dulu dia selalu jaga Danish semasa papa sakit. Dia selalu bawa Danish pergi jalan-jalan, pergi petik buah strawberry. Mama Ima tak pernah bawa Danish jalan-jalan." Danish Rayyan berkata pada Ferish yang duduk di kerusi bersebelahan dengan katil itu.

Farish tergamam mendengar cerita dari anaknya itu. Sesungguhnya dia tidak mengetahui akan hal-hal itu. Ya! Tiga tahun anak aku bersama dengan Irma menetap di Cameron Highland semasa aku hilang ingatan. 

Beberapa saat selepas itu juga pintu bilik wad itu dikuak dari luar. Daniel Rafeeq menapak masuk bersama dengan Niqisya dan juga Fazreena.

"Abang. Err... Niqisya nak cakap sesuatu..." belum habis Daniel Rafeeq berkata, Farish segera memintas.

"Ah! Daniel... datang tepat pada masanya. Abang nak tanya, dalam tempoh tiga tahun Danish di bawah jagaan Irma di Cameron Highland tu, boleh ceritakan pada abang tak, macam mana layanan Irma pada anak kesayangan abang ni? Abang nak tahu dan abang nak kepastian."

Daniel Rafeeq yang sedang berjalan menuju ke arah katil Danish Rayyan terhenti langkahnya seraya menoleh ke arah abangnya, Farish.

"Err... macam mana nak cakap ni ya?" soal Daniel Rafeeq sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.  Dia mengerling kearah Niqisya dan Fazreena.

Niqisya menganggukkan kepalanya manakala Fazreena pula memberi isyarat 'okey' supaya Daniel Rafeeq menceritakan semuanya. Farish pula sudah menjongketkan kening kirinya menunggu adiknya membuka mulut.

"Abang, yang sebenarnya semasa abang hilang ingatan dulu, Irma langsung tidak pedulikan Danish..."

Usai mesyuarat lembaga pengurusan hotel The King, Daniel Rafeeq membuat keputusan untuk balik, dan juga dia risaukan keadaan anak saudaranya, Danish Rayyan yang tidak sihat. Irma Syazira pula tidak hadir bertugas hari ini.

Sebaik sahaja tiba di rumah Irma Syazira, dia mendapati pintu pagar terbuka luas. Daniel Rafeeq memberhentikan keretanya di hadapan pintu agar utama seraya keluar dari perut keretanya.

Pendengaran Daniel Rafeeq diterjah oleh suara tangisan anak saudaranya. Dia mempercepatkan langkahnya. Tombol pintu dipulas, daun pintu ditolak ke dalam. Ternyata pintu utama banglo itu tidak berkunci. "Kenapa pintu ni tak dikunci? Dengan pintu pagar terbuka luas, kan bahaya tu!" 

Tangisan anak saudaranya itu semakin kuat kedengaran. Sebaik menghampiri tangga, membulat besar mata Daniel Rafeeq sebaik sahaja melihat Danish Rayyan terbaring menangis di sisi tangga itu dengan keadaan lutut dan ibu jari kaki kirinya terluka.

"Danish? Apa yang terjadi?"

"Pak su!" Danish cuba bangun dan memeluk tubuh Daniel Rafeeq, pak sunya dengan kuat.

Terasa bahang panas dari tubuh Danish Rayyan. Sepantas kilat Daniel Rafeeq menyentuh dahi anak saudaranya. Panas.

"Danish cakap dekat pak su, apa yang terjadi?" soal Daniel Rafeeq ingin tahu.

"Danish jatuh," jawab Danish Rayyan bersama esakannya itu.

"Mama Ima mana?"

"Mama ada di dalam bilik dia..."

"Danish dah makan ubat ke belum?"

"Tak... mama tak nak bagi..."

"Ni... macam mana boleh jatuh pulak ni?" Daniel Rafeeq bertanya lagi.

"Danish lapar. Jadi Danish nak turun ambilkan makanan dekat dapur. Kepala Danish sakit, pak su... Lepas tu Danish terjatuh."

"Jadi, Danish belum makan lagilah ni?"

"Belum," jawab Danish Rayyan perlahan.

"Mama suruh Danish pergi ambil sendiri makanan dekat bawah kalau lapar."

Dah melampau Irma ni! "Takpa, sekarang Danish duduk dengan pak su dan Atok Wildan ya," ujar Daniel Rafeeq sambil mengusap pipi gebu anak saudaranya itu.

"Betul ni?"

"Ye... betul! Jom kita pergi. Biarkan mama Danish tu duduk seorang diri dalam rumah ni," kata Daniel Rafeeq. Sakit hatinya mengenangkan nasib anak saudaranya dibiar berlapar dan sakit tanpa penjagaan kakak iparnya

Selepas mendengar cerita Daniel Rafeeq, kemarahan Farish pada bekas isterinya itu semakin membuak-buak. Merah padam mukanya ketika ini.

"Okey, abang nak pergi dulu!" Farish berkata seraya berjalan menuju ke arah pintu.

"Abang nak pergi mana pulak tu?" soal Daniel Rafeeq bingung.

"Aku nak pergi bersemuka dengan perempuan tu!" balas Farish dengan perasaan bengang.

Niqisya yang berdiri tidak jauh dari pintu itu segera menghalang Farish untuk keluar. "Eh! Farish please stop! Jangan buat benda bodoh, Farish. Cukuplah kau hukum dia dengan perceraian." 

"Niqisya, tolong jangan halang aku!" marah Farish.

"Awak! Tolonglah jangan pergi serang Irma!" Fazreena tiba-tiba mencelah.

Farish terhenti langkah seraya mengerling ke arah Fazreena pula. "Kenapa Faz? Awak..."

"Farish, Irma mengandung!" pintas Niqisya.

Farish terlopong. "Apa? Mengandung?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience