Chapter 40

Romance Completed 17238

"TAK! Aku tak percaya!" Farish kembali melabuhkan semula duduknya di kerusi bersebelahan dengan katil itu. Dia bengang. "Kalau betul pun dia hamil, kenapa pulak perlu bagitahu aku? "Sekarang ni aku dan dia bukannya ada apa-apa hubungan pun!" 

"Abang, dia hamil semasa abang lafazkan cerai tu... Talak abang hanya akan sah selepas Irma bersalin nanti, abang masih ada masa dan bagi dia peluang kedua," ujar Daniel Rafeeq.

"Farish... dalam masa satu bulan ni dia berkurung aje di dalam bilik, murung asyik menangis. Semasa aku melawat dia semalam pun aku tengok muka dia pucat, mata dia merah sembam. Kau tak boleh cakap macam itu. Ye! Memang betul Farish dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia, tapi dia sekarang sedang mengandungkan anak kau, Farish." Niqisya pula berkata seraya menghampiri Farish yang sedang duduk berpeluk tubuh di sebelah katil itu.

"Habis tu? Kau nak aku kembali semula dengan dia? Tak... itu semua takkan berlaku! Cukuplah dia kecewakan aku selama ni! Hati aku ni sakit... sakit, tahu tak? setiap kali dengar nama dia! Aku menyesal berkahwin dengan perempuan seperti dia!"

Semua yang berada di dalam bilik itu terpempan dengan kenyataan Farish itu.

"Kalau aku tak jumpa korang tiga tahun yang lalu, aku rasa mesti hidup aku aman, sepanjang tempoh aku di Cameron Highland dulu, hidup aku ceria, aku rasa bahagia sangat sehinggalah aku berpindah balik ke Kuala Lumpur ni. Semuanya berantakan, macam-macam perkara buruk berlaku!" sambung Farish lagi.

Daniel Rafeeq yang sedang berdiri di sebelah Farish segera memeluk bahu abangnya seraya berkata. "Abang, tak baik cakap macam tu, masa tu pun kami tak sangka boleh jumpa abang. Kami semuanya ingat abang dah balik ke Perth. Tak ingat ke apa yang Daniel dan papa penah ceritakan dulu?"

Farish diam membungkam seraya mengangguk. "Tapi abang tak sangka perempuan tu berperangai macam tu. Luaran nampak ayu dan lemah lembut, tapi hatinya busuk!"

"Jadi, macam mana?" Daniel Rafeeq bertanya.

"Macam mana apa?" soal Farish bingung.

"Kembali semula dengan Irma."

"WHAT?! NO!"  Farish segera bangun berdiri seraya memeluk tubuhnya.

"Daniel faham perasaan abang. Tapi, sekarang semua sudah sedia maklum sekarang ni Irma sedang mengandungkan anak abang!" ujar Daniel Rafeeq seraya menghampiri semula anak saudaranya, Danish Rayyan yang sedang memerhatikan tingkah dan perbualan mereka.

"Danish, pak su nak tanya, Danish nak ada adik tak?" soal Daniel Rafeeq.

"Nak!" jawab Danish Rayyan dengan riang.

Daniel Rafeeq sengaja memancing Farish dengan menggunakan Danish Rayyan sebagai umpannya. Dia tahu Farish akan ikut kata dan berlembut dengan anaknya sahaja.

"See? Danish pun nak ada adik..."

"Apa maksud Daniel? Kenapa kaitkan Danish pulak? Apa, Daniel dah lupa abang akan berkahwin dengan Faz dua bulan lagi?!" Farish bertanya. Agak tinggi suaranya. 

"Farish, saya tak kisah kalau perkahwinan kita dibatalkan. Saya faham awak, sekarang Irma dan anak dalam kandungannya perlukan awak..." Fazreena berkata setelah mendiamkan dirinya. Matanya berkaca.

Niqisya perasan akan riak wajah Fazreena.

"Ye. Saya juga dah lama sukakan awak, tapi masa tu awak lebih rapat dengan arwah Hana, saya gembira melihat awak bahagia dengan Hana walaupun ianya tak sampai satu tahun. Saya hanya mampu simpankan perasaan saya pada awak. Saya tak kisah awak tak pilih saya sebagai teman hidup awak, saya redha, saya juga bahagia jika awak hidup bahagia. Awak kembalilah pada Irma. Demi anak dalam kandungannya, Farish. Please... saya merayu pada awak." Tanpa Fazreena sedari, air matanya mengalir dengan deras ketika meluahkan isi hatinya kepada Farish yang terkurung selama ini.

Farish segera menghampiri Fazreena. Air mata yang mengalir di pipi gadis itu disekanya lembut. "Faz, kenapa... kenapa..." 

Farish tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia tidak sampai hati melihat gadis sebaik Fazreena menangis kerana dirinya. Dia segera menapak ke arah pintu.

"Papa..." Danish Rayyan memanggil.

Farish mengerling ke arah anaknya seraya memejamkan matanya serta-merta air matanya mengalir membasahi pipinya. Dia tidak berkata apa-apa sebaliknya terus keluar dari bilik wad itu.

"Eh! Farish, nak pergi ke mana pulak ni?" Dato' Radzi Izham yang baru sahaja hendak masuk untuk melawat cucunya itu terkejut melihat anak sulungnya keluar berjalan sambil mengesat air matanya.

"Tak... tak pergi ke mana-mana. Maaf papa," jawab Farish seraya meneruskan langkahnya meninggalkan papanya yang berdiri terpaku kehairanan.

Dato' Radzi Izham hairan melihat tingkah anak sulungnya itu. Kenapa dengan anak aku tu? Entah-entah... cucu aku!

RANGE Rover Velar yang dipandunya berhenti di hadapan rumah mertuanya. Aku akan cuba kawal perasaan  bila berhadapan dengan dia. 

"Baiklah Farish, kawal sikit kemarahan kau pada dia. Ingat, dalam perut dia tu zuriat kau!" Farish bermonolog seraya mengeluarkan telefon bimbitnya yang diselit dalam poket seluar jeans hitamnya itu. Kemudian aplikasi WhatsApp dibuka.

"Okey, gambar profil dan last seennya ada ni, so... maknanya dia dah unblocked aku," gumam Farish seraya jarinya laju menaip mesej.

Turun ke bawah ni sekejap! Aku ada sesuati untul dibincangkan! NOW!!

~Ahmad Farish Adrian. 

Selepas menekan SEND, Farish segera menapak keluar dari perut kereta. Tubuhnya disandarkan pada pintu hadapan kereta Range Rover Velar miliknya itu sambil berpeluk tubuh. Dengan muka yang masam mencuka serta renungan yang maha tajam ditujukan ke arah pintu utama rumah mertuanya itu.

Farish menarik nafas panjang dan cuba untuk menghilangkan perasaan benci dan marahnya pada  isterinya yang bila-bila masa akan keluar dari pintu utama itu. Sabar Farish... Be profesional,  okay! 

Beberapa saat kemudiannya telefon bimbitnya bergetar menandakan ada mesej masuk melalui aplikasi WhatsApp. Dengan pantas Farish mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar dan terus membuka aplikasi tersebut.

Assalammualaikum... nak bincangkan pasal apa?

Maaf ada typo...

Sesuatu*
Untuk*

~Irma syazira. 

Jangan banyak tanya boleh tak???
Aku bagu masa satu minit! Kalau tak turum juga, jangan mimpi kau nak jumpa aku lagi!

NOW!!

~Ahmad Farish Adrian. 

Okay...
Maaf, ada typo lagi di situ,
Bagi*
Turun*

~Irma Syazira. 

Cepat!!?? kalai lambat aku balik! 

~Ahmad Farish Adrian. 

Ye... maaf ada typo lagi tu...
Kalau*

~Irma Syazira. 

Setelah menerima mesej-mesej yang dihantar oleh bekas isterinya itu, tanpa Farish sedari, bibirnya mula  mengukir senyuman semasa membaca mesej-mesej yang mengandungi pembetulan 'typo' darinya.

"Assalammualaikum..."

Farish segera menoleh ke arah datangnya suara pemberi salam itu.

"Waalaikum... salam. Hah, cepat pulak kau turun, aku ingatkan ambil masa setahun untuk kau turun dan keluar dari bilik tu!" Farish berkata, agak tegang suaranya ketika ini.

Irma Syazira tunduk mengerling lantai simen. Dia takut dan malu bertentang mata dengan Farish. Dia betul-betul sudah berubah sekarang, bukan macam Farish yang aku kenal dahulu. Padan muka aku, dia berubah macam ni jugak disebabkan oleh aku. 

"Hoi! Aku ada dekat sini, depan kau ni. Bukannya dekat bawah tu, aku tak suka bercakap dengan orang yang tak nak pandang muka aku!" Sakit hati Farish semakin menjadi-jadi bila melihat kelakuan Irma Syazira yang asyik tertunduk mengerling lantai simen itu.

"Maaf," sahut Irma Syazira perlahan sambil mengangkat mukanya merenung tepat muka Farish.

Farish tergamam sebaik sahaja melihat raut wajah Irma Syazira yang pucat dan matanya agak bengkak dan sembam. Kesan-kesan air mata juga masih kelihatan. Aku ni kasar sangat ke? Tapi... bila diingat balik apa yang diceritakan oleh Daniel tadi, sakit pulak hati aku tengok muka dia ni...

"Awak nak bincangkan apa?" Irma Syazira bertanya dengan lembut.

"Aku dengar, kau mengandung... betul ke?" soal Farish dengan nada yang agak tinggi. Eh, apa ni? Tak baik tinggikan suara pada perempuan mengandung! Ah, lantaklah biar dia rasa, apa yang aku rasa masa dia tinggikan suara pada aku bulan lepas! 

Irma Syazira tidak menjawab, sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya. Air matanya tumpah semula sebaik sahaja Farish meninggikan suara kepadanya sebentar tadi.

"Aku tanya ni, jawablah! Dah tak ada mulut lagi ke?!" Farish bertanya dengan lembut tapi serius.

"Ya... sa... saya mengandung anak abang," jawab Irma Syazira perlahan.

"Hah?! Kau pasti ke itu anak aku?" Farish bertanya dengan lagak seperti meragui anak dalam kandungan Irma Syazira itu.

"Apa maksud abang?" soal Irma Syazira hairan.

"Saja aku tanya... mana tahu kot-kot itu anak kau dengan jantan yang keluar sama-sama dengan kau bulan lepas," duga Farish.

"Abang, itu sepupu saya. Apa tujuan abang nak jumpa saya ni?"

"Iyelah tu, sepupu... Kalau budak tu sepupu kau, kenapa aku langsung tak kenal budak tu?"

"Itu anak Mak Ngah Tini, dia baru balik dari Jepun masa tu," ujar Irma Syazira perlahan.

Farish terdiam seketika. Okey, takpe, aku akan bagi dia ni peluang kedua, tapi... aku akan bagi dia pengajaran secukup-cukupnya. Kau tunggu ajelah. 

"Kalau aku cakap aku nak bawa kau balik rumah aku... kau setuju?" Farish bertanya lagi.

Irma Syazira terkedu, terkejut mendengar soalan yang diajukan oleh suaminya itu.

"Maksud abang?"

"Maksud aku, aku nak kau duduk dengan aku, tak faham ke?" soal Farish sambil mencerlung tajam ke arah Irma Syazira.

"Betul ke?" soal Irma Syazira lagi.

"Tapi kau jangan pulak ingat, aku bawa kau balik ni bererti aku aku dah maafkan kau. Aku buat semua ni, sebab anak aku yang berada dalam perut kau tu!" tegas Farish.

Irma Syazira tergamam.

"And one more thing... aku jugak nak kau tahu, dua bulan dari sekarang, aku akan berlahwin dengan Fazreena. Dan kau jangan sekali-kali ganggu dia! Kira bersyukurlah kau, aku sanggup kutip kau balik. Kalau nak diikutkan hati aku ni, memang aku dah buang kau jauh-jauh! Kau patut berterima kasih pada aku dan juga pada anak aku yang berada di dalam perut kau tu!"

Irma Syazira diam membungkam.

Nah! Kau rasakanlah!

"Dah, tunggu apa lagi tu?! Cepatlah pergi ambil barang-barang kau! Aku bagi masa lima minit!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience