Chapter 3

Romance Completed 17238

"ASSALAMUALAIKUM, mama."

Farish memberi salam kepada Datin Amie Hamiza sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan mama tirinya dan disaksikan oleh Dato' Radzi Izham dan Daniel Rafeeq. Ini isteri kedua papa rupanya. Harap-harap dia terima kehadiran aku dalam keluarga ni. Senyuman diberikan kepada mama tirinya itu.

"Waalaikumsalam... Selamat datang Farish, jangan malu dan jangan segan tau! Sekarang rumah ini pun rumah Farish jugak," balas Datin Amie Hamiza sambil tersenyum. Ditepuknya lembut bahu anak bujang suaminya itu.

Farish lega sebaik sahaja kata-kata mama tirinya itu menyapa telinganya. "Terima kasih mama."

"Baiklah jom masuk Farish... Daniel, tunjukkan bilik untuk Abang Farish!" Dato' Radzi Izham mengarah.

Farish mengangguk seraya menapak masuk ke dalam rumah.

"Baiklah papa," sahut Daniel Rafeeq seraya menarik beg bagasi beroda milik Farish. Dia mengerling ke arah Farish. "Abang, jom ikut Daniel."

"Okey." Farish mengekori adik tirinya itu memanjat tangga untuk ke biliknya di tingkat atas.

Dato' Radzi Izham pula melabuhkan duduk di sofa ruang tamu itu sambil ditemani oleh isterinya, Datin Amie Hamiza. "Abang... abang tak sangka, impian abang selama ni akhirnya tercapai jugak, Amie. Abang ingatkan... abang takkan langsung dapat berjumpa dengan anak abang dengan isteri pertama abang dulu tu sampai bila-bila."

"Itu dinamakan jodoh dan takdir abang..." balas Datin Amie Hamiza. "Abang, tadi kak long telefon. Katanya esok awal pagi dia nak datang. Nak duduk di sini dalam seminggu dua katanya."

"Ye ke? Bagus jugak tu. Boleh kita kenalkan Farish pada kak long sekali..." ujar Dato' Radzi Izham pula.

Datin Amie Hamiza mengangguk.

"ABANG FARISH, masuklah. Ini bilik Abang." Daniel Rafeeq mempelawa Farish masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuknya.

Farish terpegun dengan bilik tidurnya. Terdapat katil bersaiz king, almari besar dan siap memiliki bilik mandi di dalamnya. Sukar aku nak percaya dengan semua ni. Alhamdulillah... Dia mengerling adiknya yang sudahpun menapak masuk ke dalam dan melabuhkan duduknya di sisi katil. "Ini bilik abang?"

"Yes my big brother! Actually... bilik ni papa memang khaskan untuk anak sulung yang dia cari selama ni... Abang Farishlah orangnya. Sesiapa pun tak dibenarkan tidur di dalam bilik ni, sebab bilik ni hanya untuk Abang Farish seorang," jawab Daniel Rafeeq panjang lebar.

Farish hanya mendiamkan dirinya. Rupa-rupanya, bukan aku seorang saja yang mencari papa selama ni, papa juga mencari aku... Papa, terima kasih papa! Farish berjanji akan taat dan ikut cakap dan nasihat papa!

"Okeylah abang, Daniel nak ke bilik dulu, nak mandi, abang pun mandilah lepas tu kita turun makan malam sama-sama okay?" ujar Daniel Rafeeq.

"Okay, terima kasih Daniel," sahut Farish seraya melabuhkan duduknya di birai katil. Dia mengerling Daniel Rafeeq menapak keluar dan menutup daun pintu biliknya.

Sesudah selesai menyimpan pakaiannya ke dalam almari, Farish membuka bajunya dan menyerlahkan tubuhnya yang sasa itu, kain tuala yang disangkutkan dengan hanger itu diraih Farish seraya segera mengatur langkah menuju ke bilik mandinya. Dapat jugak aku jumpa dengan papa... dan jugak dapat seorang adik yang baik hati. Mommy... Farish dah berjaya menemui papa!

"HAI, selamat pagi papa, mama, Daniel," ucap Farish sambil melabuhkan duduknya di kerusi. Pagi ini mereka bersarapan bersama-sama. Pandangan matanya tertumpu pula pada satu figura wanita yang tidak dikenalinya. Wanita itu asyik mencerlung ke arahnya. Siapa mak cik ni? Macam tak suka aje? Dia mengerling ke arah Datin Amie Hamiza yang duduk berhadapan dengannya. "Err... mama, siapa mak cik yang duduk di sebelah mama tu?"

"Oh, lupa pulak mama nak kenalkan... Ini Mak Long Zuria, kakak sulung mama, dia akan duduk di sini dalam semingu dua katanya, kan Kak Long?" jawab Datin Amie Hamiza sambil menoleh ke arah kakak sulungnya itu.

Puan Zuria, kakak sulung kepada Datin Amie Hamiza. Puan Zuria juga merupakan orang yang telah menyatukan Datin Amie Hamiza dengan Dato' Radzi Izham dua puluh enam tahun yang lalu.

"Kak Long, kenalkan ini Farish, anak Abang Radzi dengan isteri pertama dia dulu tu!" Datin Amie Hamiza memperkenalkan Farish pada kakaknya.

Farish bingkas bangun dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Mak Long Zuria. Senyuman ikhlas terukir di bibirnya. "Hai Mak Long, assalammualaikum..."

Puan Zuria tidak membalas salam dari Farish, sebaliknya matanya mengerling tajam ke arah Farish seperti memberikan renungan maut seraya bangun dan menjarakkan dirinya dari meja makan itu.

Farish berasa pelik. Mereka yang lain juga turut berasa pelik dengan tingkah Puan Zuria itu.

Tak... tak mungkin Sofea dah menceritakan pasal Radzi kepada budak ni! Aku mesti cari jalan untuk halau budak ni! Puan Zuria bermonolog dalam hati.

"Kak Long... kenapa ni?" soal Datin Amie Hamiza hairan melihat kakaknya tiba-tiba berdiri membelakangi mereka semua sambil berpeluk tubuh.

"Radzi, kamu pasti ke budak ni anak kamu dengan Sofea dulu?" soal Puan Zuria dengan tegas.

"Hmm..." Dato' Radzi Izham mengeluh seraya memeluk bahu Farish yang duduk dinsebelahnya. "Ye, saya yakin sangat Farish ni anak kandung saya yang saya cari-cari selama ini."

"Macam mana kamu boleh yakin sangat? Entah-entah budak ni ada motif lain. Siapa tahu kan?" soal Puan Zuria lagi.

"Kak Long... saya yakin, Kak Long! Saya yakin Farish adalah anak saya dengan isteri pertama saya!" jawab Dato' Radzi Izham, kali ini dia menjawab dengan tegas.

"Mana bukti? DNA ke apa-apa yang boleh dipercayai?" Puan Zuria masih tak mengalah. Kali ini dia bertanya dengan nada suara yang agak tinggi.

"Mak Long, pasal itu, mak long janganlah risau... semalam lagi papa dan Abang Farish dah buat, cuma tunggu keputusannya aje hari ini," sampuk Daniel Rafeeq. Dia sebenarnya tidak suka dengan perangai Mak Long Zuria. Bukannya dia peduli sangat dengan wanita tua itu setiap kali Puan Zuria datang ke rumah Dato' Radzi Izham. Orang tua ni semua dia nak tahu! Penyibuk tak habis-habis!

"Oh... kalau macam tu, boleh mak long tahu, di klinik atau hospital mana korang buat ujian tu?" soal Puan Zuria lagi.

Farish hanya mendiamkan diri. Dah kenapa dengan dia ni? Hmm... aku dah boleh agak dia tak suka dengan aku.

"Sorry... no need to know!" jawab Daniel Rafeeq ringkas. Dia dan papanya tidak mahu Puan Zuria mengetahui lebih lanjut mengenai ujian DNA itu, bukan apa, pernah terjadi kepada sepupu Puan Zuria beberapa tahun yang lalu di mana dia sanggup mengupah doktor untuk mengubah keputusan DNA yang dibuat kepada sepupunya. Puan Zuria sanggup buat apa sahaja untuk mencapai matlamatnya.

Pagi itu Dato' Radzi Izham membawa Farish ke pejabatnya. Dia sengaja membawa anak sulungnya itu kerana dia yakin jika Farish tinggal di rumah, sudah pasti Puan Zuria akan mengganggu anaknya. Lagi pula Farish memiliki ijazah Master dan PHD di dalam bidang pengurusan dan perniagaan, Dato' Radzi Izham membuat keputusan untuk memberikan jawatan yang sesuai untuk anaknya itu. "Farish, masuklah. Inilah bilik pejabat papa."

Farish mengikut arahan papanya. Punggungnya dilabuhkan di kerusi yang menghadap meja kerja papanya.

Dato' Radzi menekan butang pada alat interkom. "Irma, masuk pejabat saya sekejap."

Beberapa saat selepas itu, pintu pejabat Dato' Radzi Izham di ketuk.

"Masuk."

Pandangan mata Farish tertumpu kepada figura gadis cantik manis dan ayu sedang melangkah masuk ke dalam bilik pejabat papanya itu. Bukan perempuan ini ke yang langgar aku semalam? Dia PA papa aku rupanya? senyuman diukir buat gadis cantik yang baru masuk dan kini sudah berdiri tegak di sebelahnya.

"Dato', ada apa-apa yang perlu saya bantu?" Irma Syazira bertanya sambil matanya menjeling ke arah jejaka di sebelahnya itu.

"Err... Irma, kenalkan ini anak saya, Farish. Dia Assistant Manager Mahligai Sakti Holdings yang baru," kata Dàto' Radzi Izham kepada Irma Shazira.

Gadis cantik itu terlopong. Biar betul ni?

Farish tersenyum melihat PA papanya yang melopong ini.

"Irma, Irma... Irma Shazira!" panggil Dato' Radzi Izham.

"Ah, maaf Dato', tapi macam mana dengan Encik Hareez?" Irma bertanya.

" Hareez, dia sudah resigned minggu lepas... Lupa ke?" jawab Dato' Radzi Izham seraya bertanya. "Irma... awak tunjukkan kepada Farish, bilik pejabat untuk dia, dan kenalkan dia pada semua staff Mahligai Sakti Holdings ni ye?"

"Baiklah Dato', Encik Farish, jom ikut saya."

"Okay... papa, Farish pergi dulu ye?"

Dato' Radzi Izham mengangguk sambil tersenyum melihat anak sulungnya berjalan bersama dengan Irma Syazira. "Mereka berdua nampak cukup sepadan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience