BAB 14

Horror & Thriller Series 40789

Aku berada di kaki lima sekolah. Tiba-tiba aku ternampak Cikgu Irene dihadapanku. Dia lekas menuju ke arahku setelah melihat aku.

"Maya..." Katanya perlahan dengan sayu sambil memegang wajahku.

Dia sejurus itu terus menarik aku dan memelukku. Dah kenapa cikgu ni?

"Maya anak mummy, Maya selama ni ok ke?" Soalnya

Anaknya? Dia merepek apa ni?

"Ap..apa maksud cikgu saya tak faham?" Soalku

"Kalau Maya nak tahu, hasil ujian DNA sebenarnya menunjukkan bahawa kita ni adalah darah daging. Jadi selama ni naluri emak memang betul mengatakan bahawa Maya ni anak kandung emak. Syukur kepada tuhan kerana tuhan dah pertemukan semula Maya dengan mak. Jadi selama ni memang tak sia-sialah doa mak dan akhirnya dikabulkan juga." Terangnya

"Cikgu memang pasti ke yang Maya ni anak cikgu?" Soalku

"Ya, kalau tak percaya Maya boleh tengok surat ni." Katanya sambil mengeluarkan surat daripada beg tangannya dan menghulurkan pada aku.

Aku membacanya dengan teliti dan ya dia memang ibu kandungku dan tak sangka pula guru dihadapan aku selama ni adalah ibu kandung aku.

"Ma...mak.." Kataku dengan tersekat-sekat

"Ya, ni emak sayang. Maafkan emak ya..." Katanya lalu memelukku lagi sekali.

"Kenapa mak buat Maya macamni? Kenapa mak sanggup buang Maya? Sampai hati emak.." Kataku dalam keadaan teresak-esak

"Maafkan emak sayang. Mak tahu perbuatan mak tu sangat berdosa. Mak janji lepasni mak akan berubah dan mak takkan lagi sia-siakan Maya ya sayang..." Katanya perlahan

"Mak nak buat apa lepasni?" Soalku

"Kalau boleh mak tebus semula kesalahan yang mak buat untuk ambil Maya sebagai hak penjagaan. Buat masa sekarang ni Maya tinggal kat mana?" Soalnya

"Maya tak taulah nak cakap apa tapi takkanlah ayah Maya sanggup nak pisahkan Maya dari dia. Macam Maya cakap haritu yang dia kata dia takkan serahkan Maya pada siapa-siapa."Kataku

"Maya jangan risau ya dan mak yakin yang ayah angkat Maya akan faham situasi emak." Katanya

Tapi aku masih lagi tidak yakin berkenaan dengan itu.

****

"Maya nanti balik dengan sapa?" Ujar ibuku

"Balik dengan dady.." Kataku

"Ohhhh.." Dia mengangguk perlahan.

"Tu dia dady Maya dah sampai. Selamat tinggal mak" Kataku lalu beredar dan menuju ke arah kereta bapaku.

Aku memasuki kereta bapaku dan bapaku merenung tajam ke arahku.

"Siapa tadi tu?" Soalnya

"Ohhh..yang tu Cikgu Irene, cikgu baru yang ajar subjek matematik ganti dengan Cikgu Sarah." Kataku

Dia hanya mengangguk perlahan. Aku pula dari tadi memerhatinya. Nak bagi tau ke tidak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience