BAB 44

Horror & Thriller Series 40789

Sofea POV

Aku memandu keretaku dalam keadaan hujan lebat. Shitt!!! Tak guna punya hujan!!
Aku hanya meneruskan pemanduanku tanpa memperdulikan kabus di bahagian depan cermin tingkapku. Tiba-tiba aku dapat merasakan keretaku dilanggar oleh seseorang.

Alamak?! Siapa pula yang aku pergi langgar ni. Aku memberhentikan kereta dan mula keluar dari perut kereta. Hujan yang membasahi tubuhku aku endahkan yang penting aku kena tengok siapa yang aku pergi langgar. Aku melihat gerangan seseorang tersebut dan terkejut apabila mendapati tubuh perempuan tua yang terdampar di atas jalan.

"Aduh...dah kenapa pula orang tua ni pergi main lintas jak kat tengah jalan ni." Keluhku perlahan. Aku mula berfikir sama ada nak bantu atau biarkan sahaja. Nak tolong memang taklah sapa suruh tak tengok kiri  kanan sebelum melintas. Kalau tak tolong nanti ada orang tuduh aku langgar lari.

Arghh pedulilah semua tu baik aku cabut lari sebelum ada orang tengok aku. Belum sempat aku masuk ke dalam kereta tiba-tiba suara sayup-sayup dari perempuan tua itu mula kedengaran.

"Cu...tolong nenek ni nak. Nenek susah nak bangun." Ujar orang tua itu. Aku mula merengus geram.

"Ehh..orang tua! Sapa suruh kau lintas jalan tak tengok kiri kanan ha! Sendiri silap, silap tanggunglah! Kau ingat aku ni nak sangat ke tolong orang jijik macam kau ni?!" Ujarku

"Cu..nenek janji kalau cucu bantu nenek. Nenek akan bagi hadiah lumayan dekat cucu." Ujar orang tua itu.

Hadiah lumayan? Dia ni orang kaya ke?. Jangan..jangan..Tak boleh, aku tak boleh lepaskan peluang ni. Aku kena juga buat sesuatu.

"Nenek ni orang kaya ke?" Soalku.

"Kamu akan tahu siapa nenek ini sebenarnya tapi ada syarat, kamu kena bawa nenek ke sesuatu tempat." Ujar nenek itu

"Ok..ok.." Kataku dengan teruja. Aku terus memampah tubuh orang tua itu dan membawanya masuk ke dalam kereta. Kalau tak gara-gara harta memang taklah aku nak tolong dia. Aku terus membawanya ke tempat yang dimintanya.

****

Sofea POV

Aku melihat sebuah rumah usang yang sangat buruk. Macam ni ke rumah orang kaya? What the fuck?

"Kalau kau tipu aku, aku tak teragak-agak untuk cederakan engkau!" Ujarku

"Sabar, kalau boleh kita masuk dulu dan nenek janji akan bagi ganjaran kepada kamu." Kata nenek itu.

Aku hanya mengikut langkahnya dari belakang dan kami sama-sama melangkah masuk ke dalam rumahnya. Aku melihat sekeliling terdapat banyak botol kecil yang berisi dengan cecair warna warni. Terdapat juga patung yang menakutkan di sekeling rumahnya. Terdapat juga bau yang tidak menyenangkan.

Aku terkejut apabila ada sesuatu yang jatuh dihadapanku. Aku melihat benda itu dan rupanya kepala harimau.

"Arghh!!!" Aku menjerit ketakutan dan berlari menjauhinya.

"Sabar cu. Tu cuma adalah barang perhiasan nenek. Benda tu tak hidup." Ujar nenek itu.

"Kenapa benda tu boleh ada kat situ?" Ujar Sofea.

"Sebenarnya itu adalah kepala harimau yang dipenggal oleh cucu nenek. Maklumlah cucu nenek ni jenis yang suka berburu dalah hutan." Ujar orang tua itu.

"Mana cucu kau?" Soalku

"Cucu nenek dah mati. Dia dibunuh." Katanya

Dibunuh? Siapa yang bunuh cucu dia? Lantaklah pasal semua tu. Yang penting aku nak ganjaran aku sekarang.

"Mana ganjaran aku?" Soalku.

"Sabar ya cu.." Katanya lalu menuju ke arah sesuatu tempat dan mencapai kotak kecil lalu menyerah kepadaku. Aku membuka kotak itu perlahan dan mendapati banyak barang kemas di dalam kotak itu.

"Wah..cantiknya." Gumamku perlahan sambil memegang barang kemas itu. Lepasni bolehlah aku shopping hari-hari. Takkanlah nak mengharap duit sugar dady aku hari-hari. Malas aku nak layan jantan tua tak sedar diri tu.

"Cu..cucu nak tak bekerjasama dengan nenek?" Soalnya

"Boleh, tolong apa nenek?" Soalku yang telah dibutai dengan harta.

"Balas dendam..." Katanya

"Balas dendam dengan siapa?" Soalku

"Keluarga Maxwell. Iaitu keluarga yang telah hancurkan segala-galanya dalam hidup nenek." Katanya

Keluarga Maxwell? Tapi nama keluarga tu macam pernah dengar. Tapi kat mana ya?

"Siapa nama nenek?" Soalku

"Narsisa Amanda.." Jawabnya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience