"Awak sapa ni?" Soalku
"Aku kenalkan kau,ni isteri kepada arwah kawan aku. Suami dia baru meninggal semalam dan aku pula ditugaskan untuk jaga isteri dia buat sementara waktu ni." Kata bapaku.
"Ohh.." Aku mengangguk perlahan.
"Hi nama saya Sofea. Awak pula siapa?" Soal perempuan itu.
"Yang ni anak aku, nama dia Maya. Buat masa sekarang ni biarlah Maya yang temankan kau kat sini." Kata bapaku. Dia pula hanya mengangguk perlahan.
What!! Tinggal sini? Yeah ada kawanlah aku lepasni!
"Dia tinggal dengan kita ke?" Soalku.
"Ya, tapi tak lama pun. Maybe lepas dia lahirkan anak dia, dia akan berpindah kot." Kata bapaku.
Aku pula melihat perempuan itu macam mahu tidak mahu sahaja mengangguk kepala.
"Maaflah kalau kehadiran saya ni menyusahkan awak berdua." Katanya sayu.
"Takpa lagipun suami kau suruh aku untuk jaga kau buat sementara waktu ni. Anggap sahaja yang semua ni untuk balas balik kebaikan suami kau yang pernah buat kat aku dulu." Kata bapaku.
"Ohh..terima kasihlah kalau awak sudi tumpangkan saya kat rumah awak berdua. Kalau bukan disebabkan awak, saya tak taulah nak bergantung hidup kat mana lagi.." Katanya.
"Janganlah cakap macamtu akak. Maya ok je kalau akak nak duduk sini. Lagipun Maya adalah teman nak sembang kat rumah ni. Lagi-lagi akak yang tengah mengandung tu." Kataku pula.
"Amboi..suka nampak ada orang baru kat rumah ni. Lepasni memang takda can lah aku nak luangkan masa dengan kau lepasni." Jawab bapaku
"Hishh awak ni berkira sangat. Tak ke kesian dengan akak tu" Jawabku.
"Yelah-yelah. Lepasni kau naiklah atas dulu untuk pergi berehat. Nanti aku suruh pembantu rumah aku tunjukkan kau bilik. Pasal beg kau ni nanti aku suruh orang lain angkat." Kata bapaku.
Kak Sofea hanya menganggukkan kepala dan menuju ke atas seperti yang disuruh.
Aku hanya melihat sahaja pemergiannya.
"Lepasni Maya kena layan tetamu kita baik-baik." Katanya
"Suami dia meninggal sebab apa?" Soalku
"Sebab kemalangan. Dahlah..dah lewat malam ni. Cuba naik atas tidur. Dah pukul berapa ni." Katanya yang tiba-tiba sahaja mengubah topik.
Aku mencebikkan lidah dan menuju ke atas. Nak tanya soalan pun tak boleh. Hish....
****
Aku turun ke bawah awal pagi untuk ambil sarapan. Tak lama lagi ada kelas private, so kenalah ambil sarapan awal-awal.
Aku ternampak akak Sofea yang sedang menyediakan makanan. Dia buat sarapan semua ni?
"Maya makanlah dulu. Akak dah buat sarapan ni." Ujarnya.
"Kenapa akak yang buat? Akak kan mengandung. Kenapa tak suruh pembantu rumah yang buat?" Soalku
"Takpalah lagipun akak yang nak buat semua ni. Rasa macam bersalah pula kalau akak duduk jak kat rumah ni tak buat apa-apa." Katanya.
"Ehh..Sofea...kau ke yang buat semua ni?" Ujar bapaku yang datang entah dari mana.
"Ya, Hayden. Jadi silalah makan dulu sementara saya cuci pinggan." Katanya
"Lah..kenapa tak suruh pembantu rumah yang buat. Susah-susah je. Kalau kau tergelincir macamana? Kan aku juga yang susah." Kata bapaku
"Takpa. Tak susah pun. Saya dah biasa dah buat semua kerja ni sejak saya tinggal dengan arwah Ayden dulu. Saya pergi cuci pinggan dulu ya." Katanya.
"Ehh..tak perlu makanlah dulu kau kan dah penat-penat masak. Sini join kami makan." Kata bapaku.
Sofea pun akur dan mengambil tepat di hadapan kami.
"Sedap juga ya nasi goreng kau ni. Rasa nak bertambah pula." Kata bapaku.
"Ehh takdalah..cuma biasa-biasa je. Kalau nak tambah lagi tambahlah...jangan segan pula" Katanya sambil tersipu malu.
Memang tidak dinafikan bahawa nasi gorengnya memang sedap. Aku lihat bapaku yang sangat gemar memakan nasi gorengnya. Setelah aku mendengar pujiannya terhadap masakkanya, terdapat sesuatu perasaan yang terbit di hati aku. Cemburu.
Selama ni aku masak mana pernah dia puji macamtu masakkan aku. Masakkan dia pula boleh pula puji macamtu. Ehh..sabar-sabar. Mungkin suatu hari nanti dia puji juga masakkan aku.
"Makan cepat sikit, nanti tak lama lagi cikgu datang pula." Katanya.
Aku yang mendengarnya terus menghabiskan nasi gorengku cepat-cepat tanpa membuang masa.
Share this novel