guru baharu kami. Tak sangka dia adalah seorang guru yang sangat lemah lembut,baik dan peramah. Tak macam Cikgu Sarah, series 24 jam.
Cikgu Irene juga adalah guru yang sangat memahami murid. Kalau murid tak faham, dia akan ajar sampai faham biarpun kami lambat ke topik seterusnya. Berbeza dengan cara yang diajar oleh Cikgu Sarah yang asyik nak cepat aja. Faham ke tak faham ke straight to the point saja.
"Lepasni cikgu nak ajak kamu semua untuk buat aktiviti after habis sekolah esok. Kamu semua dapat join ke tidak?" Kata Cikgu Irene
"Aktiviti apa cikgu?" Kata salah seorang murid.
"Aktiviti untuk mengeratkan lagi hubungan cikgu dengan kamu semua. Yelah kan kita baru kenal. Maybe kita boleh buat jamuan sikit esok ke." Kata Cikgu Irene
"Kami ok je cikgu.."Kata mereka
After sekolah esok? Dapat ke aku join? Kalau ayah aku tak bagi macamana? Tau taulah yang bapa aku ni tegas orang dia. Kalau hal yang tak penting jangan harap dia nak bagi aku stay.
"Kalau macamtu yang lain ok? Kalau tak dapat join nanti inform dengan cikgu ya?" Kata Cikgu Irene
"Ok cikgu....
****
Keesokkan harinya..
Kami mengemas buku kerana jam menunjukkan waktu tamat sekolah.
"Kau bawa apa Maya untuk jamuan nanti?" Soal Sherry a.k.a sahabatku.
Aku pula mula menelankan air liur. Nak jawab apa ni nanti...
"Kau pulak Sherry, bawa apa?" Soal Nia
"Aku bawa Coklat Moist, sedap...." Jawab Sherry.
"Wah, share-share jugaklah nanti ye geng." Kata Nia
"Yelah...kau bawa apa?" Soal Sherry
"Bawa kek Red Velvet. Ni aku buat sendiri tau." Kata Nia
"Nampak macam sedap je beb.." Kata Sherry
"Kau pula Maya?" Soal Nia seolah-olah soalannya membunuhku.
"Weh...aku nak cakap something ni kat korang. Actually aku tak dapat join sebab kau tau-taulah kan ayah aku orang yang macamana." Ujarku perlahan.
Nia dan Sherry pula mula mendiamkan diri dan memandang sesama sendiri.
"Takpalah geng, kami faham situasi kau macamana. Lagipun susah jugak ada ayah strict macam ayah kau juga." Ujar Sherry
"Sorry ye guys sebab aku tak dapat join korang tapi sayanglah tak dapat rasa makanan yang korang bawa tu." Kataku saya
"Takpa,esok nanti kami tinggalkan untuk kau ya." Kata Nia
"Thanks Nia, Sherry nanti korang tolong inform kat Cikgu Irene ya. Bye!" Kataku lalu beredar untuk pulang ke rumah
"Ok, bye Maya" Ujar Sherry
Share this novel