Maya POV
Aku pergi di bilik mesyuarat khas bersama Madam Grace untuk membincangkan tentang persediaan khas untuk pertunjukkan catwalk di Florence's stage. Madam Grace menunjukkan baju yang bakal aku pakaikan semasa pertunjukkan cat walk.
"Harini madam ada ajak beberapa syarikat yang akan hadiri sebagai tetamu vip pada acara kita nanti. So madam nak Lauren buat betul-betul semasa pertunjukkan nanti ok?" Kata Madam Grace
"Ok madam. Lauren janji yang Lauren akan buat betul-betul untuk pertunjukkan nanti. So pukul berapa acara tu start?" Soalku
"Lebih kurang start pukul 7 malam kalau boleh madam nak Lauren datang lebih awal sebelum pukul 7 tu nanti sebab madam nak buat persiapan awal dulu dengan model yang lain." Kata Madam Grace.
"Ok." Kataku
****
Aku melihat ramai tetamu yang hadir di dewan yang besar. Aku sekarang sedang didadani oleh jurumekap professional dan pereka fesyen untuk mempersiapkan aku dengan busana yang disediakan oleh mereka. Tiba-tiba Nia menuju ke arahku.
?
MAYA DRESS
"Dah siap ke babe?" Soalnya
"Tinggal sikit je lagi ni. Awal juga kau bersiap ni." Kataku
"Mestilah sebab tak lama lagi turn aku pula yang kena catwalk nanti. Siap cepat tau. Good luck." Kata Nia
"Good luck to you too." Balasku kembali
Nia berlalu pergi untuk membuat persiapan sebelum membuat pertunjukkan. Aku pula dipakaikan wing dibelakangku untuk kelihatan lebih nampak elegan lagi. Aku melihat diriku di hadapan cermin dan boleh dikatakan agak seksi bersama dengan wing di belakangku.
"Wow you look so perfect." Kata salah seorang daripada model.
"Thank you. By the way you look beautiful too." Kataku
"Thank you, you tak rasa nervous ke?" Soalnya
"Nervous tu adalah juga tapi tu lah dah biasakan sebab event ni pun boleh dikatakan agak penting." Kataku
"You kena buat betul-betul tau sebab ramai jejaka ceo yang hensem akan tengok kita nanti. Harap kita dapat buat dengan baiklah." Katanya
"Jangan risau. Be relax and enjoy your performance." Kataku
"Ok. Tapi bolehkan kalau I nak bergambar dengan you sebab you kan model yang popular. Kalau tak melepaslah I nanti." Katanya
"Boleh juga." Kataku
Kami mula bergambar bersama-sama. Tiba-tiba model yang lain turut menuju ke arah kami untuk sama-sama menyertai selfie bersama kami.
"Can we join?" Soal mereka
"Sure." Balasku
Dan di situlah kami mula selfie beramai-ramai sambil gelak ketawa sesama sendiri.
****
Hayden POV
"Hi, nice to meet you Mr Hayden." Sapa dari salah satu ceo iaitu Mr Elon Musk dari syarikat automobil yang termasyur di dunia kepadaku sambil berjabat tangan denganku.
"Hi nice to meet you to." Balasku
"Boleh tahan menarik juga event ni." Katanya
"So kau pun dijemput kat sini?" Soalku
"Ya." Katanya
"Boleh kami tangkap gambar kamu berdua." Soal daripada seorang jurugambar yang tiba-tiba menerpa ke arah kami.
"Sure." Balas Mr Elon Musk
Ramai jurugambar menangkap gambar kami berdua. Selepas itu kami disoal oleh beberapa wartawan. Banyak juga soalan yang ditanya oleh mereka. Aku yang mula merasa rimas mula mengundurkan diri dengan perlahan. Aku sebenarnya seorang yang bukan gemar terhadap mana-mana wartawan. Mataku mula melilau mencari Dave. Mana pula dia pergi ni.
Tiba-tiba seseorang menepuk bahuku dari belakang.
"Hi Mr Hayden. Tak sangka kau ada kat sini." Kata Mr Mark Zuckerberg iaitu ceo dari syarikat aplikasi Fac.
"Oh hi Mark, tak sangka kau ada kat sini. Lama juga tak berjumpa dengan engkau ni. Kau macamana harini sihat?" Soalku
"Mestilah sihat. Kalau aku sakit memang tak nya aku nak datang sini." Katanya sambil bergurau.
"Betul juga tu. Tapi kau duduk kat mana nanti?" Soalku
"Duduk kat hujung sana. Jomlah duduk dengan aku sekali kat sana." Pelawanya.
"Boleh juga tu." Kataku
Kami mula menuju ke arah tempat duduk kami dan menunggu acara untuk berlangsung. Setelah acara itu berlangsung aku melihat ramai ahli model memperagakan pakaian mereka dengan menarik sekali. Kami mula bertepuk tangan dengan pertunjukkan mereka semua.
****
Maya POV
Aku menunggu giliran untuk membuat pertunjukkan catwalk nanti. Pertunjukkan catwalk ini disempurnakan oleh seorang penyanyi yang popular. Lagu yang dinyanyikan oleh mereka akan dijadikan lagu latar belakang untuk pertunjukkan kami nanti.
Setelah mereka habis membuat pertunjukkan. Kini giliran aku lagi yang akan membuat persembahan. Bersedialah Maya....
****
Hayden POV
Setelah aku melihat ramai ahli model yang habis membuat pertunjukkan. Kini mataku tertancap pada seorang model yang cukup ku kenal. Maya?
Maya mula membuat catwalk dengan ekspresi yang tenang dan menayangkan senyumannya. Pakaiannya sungguh seksi sekali bersama wing berkilau di belakangnya. Semua penonton mula bersorak dan menepuk tangan dengan gemuruh sekali. Ramai jurugambar tergopoh-gopoh menangkap gambarnya. Aku mula tertarik dengan pertunjukkannya. Aku mula mengeluarkan telefon pintarku dan menangkap gambarnya dengan ralit sekali. This picture will be treasure to me.
"Wow. She so gergeous. She is Lauren right?" Soal Mark
"Yes. Absolutely." Ujar ku perlahan. Aku mula tersenyum nakal. I will make you mine forever. Wait for me darling...
****
Maya POV
Aku disoal oleh banyak kalangan wartawan setelah membuat catwalk. Mereka juga tidak habis-habis bertanya soalan denganku. Sabarlah duhai hati layan sajalah ye. Nak saja aku cakap fuck you dengan mereka ni sebab aku dah pening sangat nak jawab soalan diorang ni.
Setelah habis sesi bersoal jawab dengan wartawan. Tiba-tiba dua orang pemuda bersuit hitam menuju ke arahku. Hatiku mula menggelodak kencang. Hayden?
"Hi Miss Lauren. Nice to meet you. What such a beautiful performance?" Puji Mr Mark ke arahku. Aku sangat mengenalinya kerana dia adalah seorang ceo dari Syarikat aplikasi Fac. Kami mula berjabat tangan.
Hayden pula mula merenung tajam ke arahku. Aku menelan air liur yang kelat. Oh god!
"Thank you Mr Mark."Ujarku.
"Nice to meet you too Miss Lauren." Kata Hayden sambil tersenyum sinis.
"Nice to meet you too Mr Hayden." Kataku perlahan berbaur ketakutan.
"Can we take picture together?" Soal Mark
"Sure." Kataku perlahan sambil tersenyum nipis.
Kami bertiga mula mengambil gambar bersama-sama. Hayden melilitkan tangannya pada pingganku sambil mencubit kecil pada pinggangku. Aku mula meringis kesakitan tapi masih boleh ditahan.
"Thank you Miss Lauren. By the way thanks for the picture. And I hope you keep sucess in your career." Kata Mark.
"Ok. Mr Mark. I will always remember your advice." Kataku
"So we want to go first. And you Hayden? You follow me?" Soal Mark
"Its ok. You can go now. I have so many question to ask with Miss Lauren." Kata Hayden sambil merenungku dengan tajam.
"Ok. I have to go now. See you again." Kata Mark lalu meninggalkan kami.
Tanpa membuang masa Hayden terus menarik tanganku dan membawaku ke sesuatu tempat. Dia membawaku ke arah keretanya dan membukakan pintu kereta untuk aku.
"Masuk!!" Jerkahnya dengan kuat
Aku mula memasuki ke dalam keretanya akibat takut dengan renungan tajamnya itu.
Share this novel