BAB 45

Horror & Thriller Series 40789

Hayden POV

Aku menuju ke arah luar rumah untuk mengambil angin malam. Aku mengirup udara sepuas-puasnya di luar sana. Aku terdengar suara yang sedang berbual dengan seseorang. Aku menuju ke arah gazebo dan terkejut apabila mendapati orang itu adalah Maya. Maya kelihatan sedang bersembang dengan seseorang sambil duduk di atas gazebo. Tapi kosong? Dengan siapa pula dia cakap ni?

Aku melihat Maya juga turut ketawa. Apa nak jadi dengan Maya ni? Aku menuju ke arahnya dan Maya tersentak dengan kehadiranku.

"Eh..Dady.." Ujar Maya perlahan.

"Kau cakap dengan sapa tadi?" Soalku

"Sembang dengan budak..." Dia menoleh ke tepi dan mendapati budak itu menghilang.

"Budak mana?" Soalku sambil mengerutkan dahi.

"Tadi budak tu ada tadi lepastu tiba-tiba je hilang. Kat mana dia tadi ya?" Soalnya terpinga-pinga

"Mana aku tahu?" Aku hanya melayan sahaja kerenahnya walaupun nampak sangat tak masuk akal.

"Tadi dia ada, mungkin dia dah lari kot sebab takut nak jumpa dengan dady." Ujar Maya.

"Boleh aku tahu macamana kau boleh jumpa dengan budak tu?" Soalku yang cuba untuk mengujinya.

"Tadi waktu Maya nak ambil angin kat luar, Maya ada nampak budak lelaki ni dia dari tadi tercegat kat luar pagar sana. Sebab Maya kesian dengan budak tu jadi Maya pun benarkanlah dia masuk. Dia cakap dia sesat lepastu Maya ajak dia kat sini untuk berbual dengan dia. Bila dady datang tiba-tiba je budak tu hilang." Katanya

Aku mula mengerutkan dahi apabila mendengar ceritanya. Sumpah tadi aku cuma tengok dia sorang sahaja kat sini waktu dia bersembang dengan 'benda tu'.
Ni mesti ada aura yang jahat cuba untuk goda anak aku. Ingat aku tak peka dengan semua ni? Lagipun aku dan arwah abang aku sudah biasa dengan benda yang mistik ni.

Aku meletakkan tanganku di atas kepalanya dan membacakan mantera beberapa kali. Maya hanya tunggul sahaja melihat mulutku yang terkumat-kamit.

"Kita masuk kat dalam rumah dulu sebab luar ni tak berapa bersih sangat." Kataku

"Tapi budak tu macamana?" Soal Maya

"Nanti aku suruh pengawal aku uruskan budak tu yang penting kita masuk dulu." Ujarku

Maya hanya mengangguk perlahan dan kami bersama-sama masuk ke dalam rumah.

****

Hayden POV

Aku membuat beberapa eksperimen kepada banduan arwah abangku. Mereka semua ini adalah hasil culikan abangku untuk dijadikan santapan. Tetapi aku akan menggunakan banduan ini atas tujuan biologi.

Mereka ini adalah bekas pekerja syarikat abangku dimana mereka telah mengkhianati abangku dengan mencuri duit syarikat. Sebab itulah abang aku menculik mereka sebagai hukuman menipu. Sesiapa yang membuat hal dengan Dave sudah pasti mereka sesekali takkan terlepas dari cengkaman neraka Dave.

Aku memberikan hasil kerjaku kepada Professor Neo. Professor Neo adalah seorang saintis yang berjaya dan dianugerahkan beberapa nobel dalam bidang biologi. Dia juga merupakan rakan kepada Professor Alexander Maxwell iaitu arwah ayahku. Ayah aku juga salah seorang ahli saintis yang berjaya. Tetapi semua kajiannya disembunyikan dari pihak atasan kerana setiap eksperimennya keluar daripada peraturan dunia saintis.

Dia juga mengorbankan ramai manusia di atas eksperimen gilanya sehingga melibatkan bayi. Dia juga seorang kanibal sama seperti kami.

Professor Neo seperti terpegun dengan projekku.

"Boleh aku mula sekarang?" Soalku

"Teruskan.." Jawab Professor Neo.

Dihadapanku terdapat empat orang yang diikat kemas dalam keadaan berbogel. Aku mencapai tiub silinder dan menyumbat pada lubang dubur mereka sedalam dalamnya setiap daripada mereka. Mereka mula meringis kesakitan.

Aku membetulkan posisi mereka dalam bentuk doggie dan menjahit mulut mereka bersama lubang dubur rakannya yang lain. Aku juga turut membalutkan kain putih untuk menguatkan lagi ikatan.

?

"Wow, nice job." Puji professor itu.

"Kalau nak diikutkan dari segi kajian saya. Makanan yang dimakan oleh mereka akan dihadam dalam perut dan seterusnya bergerak ke arah dubur sebagai najis. Najis yang terhasil pada orang pertama akan disalurkan kepada orang kedua melalui penyahtinjaan. Tinja ini akan dimakan oleh orang kedua melalui dubur orang pertama dan seterusnya proses ini akan berulang kali sehingga sampai kepada orang keempat. Lebih kurang begini proses penyaluran makanan oleh mereka." Kataku panjang lebar.

"Bagus. Dan saya suka dengan eksperimen kamu." Kata professor itu.

"Tapi kena tengok juga jangka hayat mereka. Mungkin hidup mereka tidak lama akibat dijangkiti kuman yang terhasil daripada najis. Setakat ini saya nak tengok sejauh mana mereka boleh bertahan hidup." Kataku

"Boleh tak kalau awak buat laporan semua ni? Sebab saya juga ingin tahu hasil kajiannya." Kata professor itu.

"Boleh, nanti saya sampaikan pada professor." Ujarku

Mereka berempat mula menangis dalam keadaan mulut tertutup kerana terkenangkan nasib mereka nanti. Aku tidak kisah dengan semua itu. Janji aku puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience