Maya POV
Aku bersiap sedia untuk pergi ke sekolah. Sewaktu aku ingin mencapai sikat rambut. Tiba-tiba sahaja ada seseorang yang mencapai sikat rambut itu terlebih dahulu.
Aku menoleh ke arah bapaku dan dia terus sahaja mengelus rambutku dengan perlahan dan kemudian dia mula menyikat rambutku dengan pergerakan yang memberi keselesaan pada kepalaku. Kemudian dia terus mengikat toncang rambutku.
Aku agak terkejut dengan tindakan drastiknya dan sejurus itu aku mula terbuai dengan elusannya.
Kemudian,dia meletakkan sikat rambut itu di atas meja solekku dan memberikan kucupan hangat pada pipiku lalu meninggalkan bilik aku. Aku pula mula terkesima....
****
Apabila sudah tiba berada di luar sekolah,aku mula mencium pipinya seperti biasa. Itupun atas permintaannya. Belum sempat aku membuka pintu,terus sahaja dia menahan tanganku.
"Ingat...pergi sekolah fokus pada pelajaran. Jangan nak buat masalah kat sana faham!" Katanya seolah-olah memberi amaran kepadaku.
"Ok..dady..Maya janji.."Kataku lalu membuka pintu dan berlalu pergi ke arah pagar sekolah.
Aku melihat kereta bapaku yang masih setia menunggu di luar sekolah.
****
Hati aku mula melonjak gembira sambil memegang borang di tanganku. Aku menuju ke arah bapaku yang sedang ralit berhadapan dengan skrin komputer.
"Dady..."Panggilku ke arahnya
Bapaku hanya berdiam diri sahaja.
"Boleh tak kalau Maya nak join program perkhemahan dengan kawan Maya? Pihak sekolah ada buat program ni kat sekolah sana. Boleh tak dady please..." Rayuku ke arahnya
"Tak boleh..." Katanya dengan mendatar.
Aku mula kecil hati dengan jawapannya.
"Kenapa pulak tak boleh? Ni first time kot Maya join benda macamni. Selama ni bukannya dady bagi pun kalau Maya nak join mana-mana aktiviti sekolah." Kataku dengan tidak berpuas hati.
"Kalau aku kata tak boleh itu maknanya tak boleh. Kau jangan nak melawan cakap aku.." Katanya
"Dady ni dah kenapa ya?! Selama ni hidup Maya kosong tau tak sebab hari-hari terperap dalam rumah. Sampai bila Maya nak dapat pengalaman baru kat luar sana! Dady ni cuma tau nak kurung Maya je. You such selfish person!!" Kataku dengan lantang akibat tidak dapat menahan perasaan yang membuak-buak.
Bukk!!!
Aku mula terkejut apabila bapaku menumbuk meja itu dengan kuat hingga gelas yang berada di atas meja itu turut berkecai di bawah akibat gegaran tersebut.
"Cukup!!!! Kalau aku kata tak boleh,itu maknanya tak bolehlah bodoh!!! Kau ni memang nak jadi anak derhaka kan!!!" Katanya sambil menarik rambutku dengan kuat. Aku meringis kesakitan akibat perbuatan bapaku.
Wajah bapaku yang kelihatan sangat bengis berlalu pergi dari situ dan memasuki biliknya semula sambil menghempas pintu itu dengan kuat.
Sampai hati dady...
Share this novel