BAB 39

Horror & Thriller Series 40789

Aku membaca buku di perpustakaan mini milik Hayden. Di sana terdapat banyak jenis buku yang boleh dibaca. Aku pula hanya melayan komik anime sahaja kerana itu sahaja kegemaran bukuku. Kalau nak baca novel pula bosan sebab semua cerita jalan cerita yang sama saja tak memberansangkan langsung.

Aku terdengar seperti ada sebuah buku terjatuh dari rak buku. Yang peliknya hanya aku seorang sahaja di dalam bilik ini dan siapa pula yang buat itu?

Aku terdengar sebuah lagi buku terjatuh dari rak. Aku mula mengerutkan dahi. What the hell? Aku segera melihat sekeliling dan keadaan di sana agak sunyi dan suram. Aku memberanikan diri untuk melangkah ke arah sana dan melihat apa yang berlaku.

Aku melihat ada dua buah buku terjatuh ke bawah lantai. Padahal buku ni dah disusun elok macamana boleh jatuh. Takkan angin pula? Aku dapat merasakan ada sesuatu di belakangku dan aku segera menoleh ke arah belakang. Kosong...

Aku terdengar sesuatu pecah di hujung rak. Aku segera ke arah sana dan mendapati kaca hiasan tersebut pecah berderai. Ya tuhanku sapa punya kerja ni! Aku tersentak apabila mendapati seseorang memegang bahuku. Jantungku berdegup dengan laju dan aku menoleh ke belakang perlahan demi perlahan. Aku terkejut apabila melihat susuk tubuh tersebut. Dave?

Kakiku mula bergetar. Aku berasa hairan bagaimana Dave boleh ada di sini?

"Un...uncle buat apa kat sini?" Soalku

"Lama tak jumpa kau Maya. Kau apa khabar sihat?" Katanya dengan nada suara seolah-olah tidak bermaya. Aku melihat mukanya yang boleh dikatakan agak pucat.

"Sihat. Macamana uncle boleh ada kat sini? Uncle datang melawat bapa Maya ke?" Soalku

"Ya. Uncle cuma nak bercakap dengan Maya buat kali terakhir. Janji dengan uncle tolong temankan isteri uncle untuk uncle ya. Sebab sekarang ni uncle tak layak untuk duduk kat alam ni. Selamat tinggal Maya." Katanya perlahan sambil menayangkan senyuman manis kepadaku.

Kepalaku mula berpinar. Pandanganku mula kabur dan aku mula rebah ke lantai. Aku sempat melihat Uncle Dave yang masih termenung kosong ke arahku sebelum duniaku menjadi gelap.

****

"Maya...Maya..." Aku terdengar seseorang memanggil namaku. Aku membuka mataku perlahan dan terlihat Hayden sedang melihatku dengan wajah yang agak risau.

Hayden yang melihat aku sedar itu terus memeluk erat badanku di ribanya.

"Finally you wake up sweetheart" Katanya dengan perasaan lega. Aku mendapati bahawa aku sekarang berada di katilku.

"Apa jadi pada Maya?" Soalku perlahan

"Aku nampak kau pengsan kat bilik perpustakaan sana lepastu aku terus hantar kau kat sini. Kau tak sihat ke?" Katanya

"Tak tadi Maya cuma rasa pengsan je lepastu tak ingat apa-apa" Kataku

"Takpelah lepasni Maya rehat ok? Dady taknak tengok Maya sakit lagi. Lepasni nanti dady bagi panadol lepastu makan ya sayang.." Katanya dengan lembut sambil mengusap lembut rambutku. Aku pula hanya mengangguk perlahan. Selepas memakan panadol yang diberikan oleh Hayden, dia terus beredar dari bilik dan menyuruhku untuk berehat di dalam bilik.

Aku masih teringat lagi di mana Uncle Dave memberitahu sesuatu kepadaku. Apa maksud semuanya itu?

****

Aku dari tadi memerhati kelakuan Hayden. Semenjak kebelakangan ini aku selalu melihat dia termenung sejak beberapa harini. Dia juga jarang bersembang dengan aku tidak seperti selalu. Aku melihat Hayden asyik termenung memikirkan sesuatu di kerusi malasnya. Aku segera menuju ke arahnya.

"Awak kenapa asyik termenung je? Ada masalah ke?" Soalku

"Takda apa apa lah cuma stress pasal kerja je." Katanya seperti acuh tidak acuh.

"Ya ke?" Kataku

"Yelah..dahlah pergi tengok tv sana jangan nak menyemak kat sini." Katanya seolah-olah menghalauku. Pelik biasanya kalau aku dekat dengan dia tak pernah pun nak menolak. Peluk aku lagi adalah.

"Awak...Maya nak cakap sikit boleh tak?" Soalku

Dia segera menoleh ke arahku.

"Nak cakap apa?" Katanya

"Sebelum Maya pengsan haritu, Maya ada ternampak Uncle Dave tau dekat bilik perpustakaan mini sana. Awak ada ajak dia datang sini ke?" Kataku

Dia pula mula merenung tajam ke arahku. Dahinya mula mengerut ketat. Matanya tidak berkedip memandangku. Dia segera membawa aku ke dalam pelukannya. Aku terkejut dengan tindakannya. Dah kenapa dengan dia ni?

"Dia ada cakap apa-apa dengan sayang ke.." Katanya dengan lembut semacam je.

"Dia cakap dia suruh temankan isteri dia untuk dia. Tapi masalahnya Uncle Dave nak pergi mana? Takkanlah dia nak tinggalkan akak Lana macam tu je." Ujarku.

Hayden mula mengalirkan air mata dengan perlahan sambil mencium ubun-ubunku tanpa henti. Dia segera mengusap pipiku dengan lembut. Aku pula hanya melihatnya seperti robot yang tidak tahu apa-apa.

"Sayang...sayang nak tahu satu cerita tak.." Ujarnya dengan perlahan sambil menyimpulkan senyuman terhadapku.

"Uncle Dave dah takda. Dia meninggal 2 minggu yang lepas waktu kita bertemu dekat fashion show haritu. Sir Marcus dah ceritakan segala-galanya dekat dady. Dady tak sangka pula dia tinggalkan dady macam tu sahaja." Ujarnya dengan sedikit teresak-esak.

Aku yang mendengarnya terus memeluk Hayden dan menangis dalam pelukannya.

"Sampai hati Uncle Dave tinggalkan kita. Rupanya Uncle Dave yang Maya jumpa haritu adalah roh dia. Kesian Kak Lana kena hadap semua ni." Kataku dengan nada teresak-esak.

"Takpa mungkin ini adalah takdir dia untuk pergi. Dia jumpa dengan Maya haritu pun mungkin itu adalah buat kali terakhir antara korang berdua. Kita reda sahajalah." Ujar Hayden sambil mengusap bahuku dengan perlahan.

"Kak Lana macamana? Kesian dia sorang-sorang sekarang ni." Kataku

"Jangan risau sekarang ni Kak Bella iaitu kawan dia dengan Sir Marcus akan teman dia buat sementara waktu ni. " Kata Hayden

"Janji ya kita lawat Kak Lana dengan arwah Uncle Dave lepasni." Kataku

"Dady janji." Katanya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience