BAB 23

Horror & Thriller Series 40789

Kepala aku tiba-tiba sahaja rasa macam pening semacam. Lepastu badan pun ada macam lenguh sedikit. Aku mengambil keputusan untuk pergi di dapur untuk mengambil ubat panadol. Sedang aku pergi di sana kebetulan bapaku turut berada di dapur.

Aku mencari ubat panadol di sekitar rak. Kat mana pula diorang letak ni? Aku bertanya kepada pembantu rumah yang sedang ralit memasak.

"Makcik Piah, mana makcik letak ubat panadol?" Soalku

"Ohh..makcik ada letak kat hujung rak sana. Maya carilah kat situ." Katanya

Bapaku yang mendengarnya mula mengerutkan dahi.

"Kau demam ke?" Soalnya

"Ya Maya demam, kepala Maya ni pun dah pening semacam." Kataku.

"Kalau demam kau teruk sangat, nanti aki boleh panggilkan doktor peribadi untuk engkau." Katanya.

"Ehh..tak perlu. Maya bukannya tenat sangat sampai nak dipanggilkan doktor. Cuma demam biasa je kot." Kataku.

"Oklah kalau macamtu kau minum air kosong banyak-banyak tau. Lepastu pergi rehat secukupnya. Jangan terhegeh-hegeh nak main dekat luar pula. Yang pasal sekolah private tu, nanti aku suruh dia tak perlu datang sini sementara nak tunggu kau sihat." Katanya.

"Ok..tapi Maya nak tahu mana akak Sofea?" Soalku.

"Dia tengah jalan-jalan kat luar sana dengan Makcik Lea." Katanya.

"Ohh.." Kataku.

Aku yang telah memakan ubat panadol tersebut terus beredar dari dapur untuk menuju ke bilik.

****

Aku mendengar lagu di dalam bilik. Tiba-tiba aku terdengar seseorang sedang membuka pintu bilikku. Rupanya akak Sofea.

"Hi Maya," Sapa Kak Sofea.

"Hi Kak Sofea, duduklah sini." Pelawaku

"Papa Maya cakap yang Maya ni demam, betulke?" Soalnya

"Ya cuma demam sikit je lepastu nanti pandailah dia sihat." Ujarku.

"Kalau macamtu Maya rehat baik-baik ya. Boleh tak kalau Kak Sofea nak tanya sikit?" Soalnya

"Boleh..." Jawabku.

"Ibu Maya memang dah takda kan?" Soalnya

"Ya..." Jawabku perlahan

"Kalau macamtu akak nak bagitahu sesuatu dengan Maya. Maya suka ke kalau akak kahwin dengan ayah Maya." Katanya.

Kahwin? Ni dah kenapa nak kahwin dengan ayahku ni. Dahlah Madam Carine pernah cakap pasal ni. Lepastu akak Sofea lagi tanya pasal benda ni. Ni yang pening ni nak jawab apa ni.

"Kalau pasal tu Maya ok je. Tapi cakaplah dekat dady kalau dia nak, Maya pun naklah." Tak tau kenapa bila aku jawab macamtu rasa macam hatiku tidak mengizinkan mengeluarkan butir bicara tersebut. Cemburu kali?

"Baguslah kalau macamtu. Maya tolonglah akak macamana nak pikat hati dady Maya tu." Katanya.

"Ohh..mungkin akak boleh buat kek ke apa ke untuk tambat hati dia. Sebab dia suka makan kek. Macamtu jelah idea Maya." Kataku.

"Ok..kalau Maya dah cakap macamtu nanti akak buatlah kek untuk dady Maya ya. Harap dia sukalah." Katanya dengan teruja

"Yelah harap macamtulah..." Kataku sambil tersenyum sumbing.

"Dahlah akak nak keluar dulu. Take care tau.." Katanya lalu beredar keluar dari bilikku.

Aku pula hanya memandang kosong sahaja pemergiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience