BAB 6

Horror & Thriller Series 40789

Setelah lama menunggu akhirnya namaku diseru oleh guru.

Aku dan bapaku mula menuju ke arah depan dan mengambil tempat dihadapan cikgu Liyana iaitu guru gelasku.

"Sila duduk ya tuan dan Maya" Jemput cikgu Liyana sambil tersenyum lebar ke arah kami

Cikgu Liyana dari tadi tidak berkedip mata memandang bapaku. Ibu bapa orang lain takda pula macamtu. Lepastu tersenyum-senyum kera semacam. Dah kenapa cikgu ni?

Kemudian dia memberi buku laporan tersebut kepada bapaku dan bapaku membacanya dengan penuh teliti. Aku berharap agar mood bapaku baik-baik sahaja selepas membacanya.

"Tahniah..seperti biasa anak Encik Hayden memperoleh kedudukan pertama dalam kelas dan pencapaiannya juga boleh tahan memberansangkan." Kata Cikgu Liyana dengan perlahan

Bapaku masih lagi berdiam diri dan matanya tidak lepas melihat isi di dalam buku tersebut.

"Jadi, Encik berpuas hati ke dengan pencapaian anak encik?" Soalnya

"Kedudukan tu aku tak kisah sebab benda tu adalah sekadar nombor sahaja. Tapi pencapaian dia ni aku tak beberapa puas hati." Kata bapaku

Jangan heran kenapa dia berKau Aku dengan cikgu tu sebab selama dia datang berjumpa dengan cikgu pun dah memang bahasa tu dia amalkan dengan semua orang.

Tak puas hati?! Aku rasa pencapaian aku dah cukup baik kot dan kesemuanya 80% ke atas. Takkan tu tak cukup lagi...lagipun keputusan yang aku dapat tu semua A. Aku dah penat-penat belajar siang malam takkan masih tak puas hati.

"Kenapa pula? Keputusan tu dah dikira baik apa?" Soal cikguku pula

"Nak tau kenapa? Sebab kalau boleh aku taknak anak aku satupun tertinggal markah dalam buku rekod ni walaupun 99%. Sepatutnya dia kena jawab semua betul dalam peperiksaan dia. Kadang-kadang aku kena juga ambil perhatian dalam setiap pencapaian dia. Lagipun aku dah nasihat dia berkali-kali untuk belajar tapi dia masih juga degil. Kalau tak dapat pakai cara nasihat, kena pakai cara lain pula." Katanya

"Boleh tahan tegas juga ya bapa dia ni" desis dalam hati Cikgu Liyana

"Takpalah kalau itu yang encik mahu untuk anak encik, saya takkan halang. Sebab saya tau setiap tindakan ibubapa yang mahu terbaik untuk anak-anak mereka. Saya harap encik dapat didik anak encik sebaik yang mungkin agar mereka tidak terlalu terbeban dengan harapan yang encik letak pada anak encik." Kata Cikgu Liyana panjang lebar

"Habis tu perangai dia macamana pula kat sekolah ni. Ada dia terhegeh-hegeh dengan jantan lain?" Soalnya

Aduh dady ni! Asyik-asyik soalan tu nak ditanya dengan cikgu setiap kali perjumpaan. Takda soalan lain ke? Soalan tu dah lama basi weh...

"Takde lah pula saya tengok, Maya ni budak rajin selalu luangkan masa dengan membaca buku di perpustakaan. Lepas tu rajin tolong cikgu pula tu. Disiplin dia juga sangat baik setiap kali dia datang di sekolah. Maya ni boleh dikategorikan budak harapan." Kata Cikgu Liyana

Wah!! Terima kasih cikgu bidadariku iaitu Cikgu Liyana sebab bagi komen yang baik-baik pasal aku. Memang kembanglah hidung aku lepasni. Hi..hi..

"Ok...kalau macamtu aku pergi dulu"  Kata bapaku yang tiba-tiba sahaja menarik tanganku dan mengambil buku laporan tersebut lalu beredar dari kelas tersebut. Apalah dady ni sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih dulu, ni tak terus blah macamtu je. Adab mana adab?

****

Aku dari tadi melihat ke arah cermin. Aku menoleh ke sebelah dan melihat bapaku yang sedang ralit memandu kenderaan.

"Kau ingat aku suka ke pasal tadi?" Soalnya sinis

"Suka apa dady? Apa yang dady tak suka?" Soalku

"Kau ingat pencapaian kau tu boleh buat aku bangga kat dunia ni?" Soalnya

"Tu dah dikira ok apa daripada dapat B.." Kataku

"Menjawab! Kalau aku tak suka itu bermaknanya memang aku tak suka. Kan berapa kali aku nak cakap, setiap kali jawab peperiksaan tak boleh satu pun salah. Benda senang macamtu pun kau tak boleh jawab ke? Otak kau tu penuh dengan jantan lain ke sampai sekolah pun tak ingat." Katanya

"Dady ni suka je sebut pasal jantan lain ingat Maya ni berkenan ke semua tu?. Dady sepatutnya bersyukur sebab Maya selalu maintain kat dalam kelas dan tak pernah drop kat dalam kelas tu. Keputusan tu bukan senang nak dapat cuba ibubapa lain dah lama diorang belikan hadiah untuk anak mereka." Kataku

"Jadi kau nak aku bagi kau hadiah lah dengan keputusan kau macamtu? Jangan mimpilah. Bukan hadiah yang aku akan bagi, tapi hukuman. Kau tunggulah nanti.." Katanya

"Dady ni dah kenapa ha? Takkan keputusan macamtu masih tak bersyukur? Dady ni selalu bagi Maya stress tau tak..." Aku mula merungut.

"Kau stress ke apa, apa ke, aku tak kisah asalkan hukuman tetap berjalan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience