BAB 13

Horror & Thriller Series 40789

Aku menceritakan segala-galanya apa yang diceritakan oleh bapaku pada Cikgu Irene dan dia seolah-olah terkejut berkenaan ceritaku.

"Maya, nak tak kita buat ujian DNA. Cikgu rasa macam tak sedap hatilah. Kita buat ya Maya." Kata Cikgu Irene

"Cikgu yakin ke yang saya ni anak cikgu?" Soalku

"Ya, cikgu rasa taktaulah yang naluri cikgu ni kuat mengatakan yang Maya ni adalah anak cikgu." Katanya

"Kalau cikgu cakap macamtu actually saya ok je. Kalau tak berjaya macamana?" Kataku

"Berjaya tak berjaya, tu terpulanglah asalkan kita dah cuba." Katanya

"Oklah kalau cikgu dah cakap macamtu saya akur je." Kataku

****

Aku dan bapaku berjalan-jalan di sekitar pantai untuk menghirup udara yang segar sambil mencuci mata. Kami melihat ramai yang sedang bermandi manda di sekitar pantai.

Aku dan bapaku bercadang untuk minum air kelapa di sebuah gerai kerana berasa haus akibat lama sangat berjalan tadi.

"Minum apa?" Ujar pelayan tersebut

"Air kelapa 2" Kataku

"Ok tunggu ya" Kata pelayan tersebut lalu beredar dari situ

"Lepasni pergi mana lagi dady?" Soalku

"Lepasni balik jaklah buat apa nak singgah lagi." Katanya sambil ralit bermain telefon

"Bila dady cuti lagi?" Soalku

"Tengoklah dulu kalau ada cuti, cutilah." Katanya

"Maya, aku nak cakap sikit boleh tak?" Katanya lagi

"Apa dia?" Kataku

"Boleh tak kau berAwak Saya dengan aku. Dan kalau boleh aku taknak kau panggil aku dady lagi. Lagipun kau dah tau kan yang kita dua ni takda pertalian darah." Katanya

"Kenapa pula? Maya dah anggap dady ni macam ayah angkat sendiri tau." Kataku

"Kalau aku cakap taknak panggilan tu bermaknanya aku memang tak suka panggilan tu. Aku lebih suka kau panggil dengan cara berAwak Saya." Katanya

"Oklah kalau dad...opps..aw..awak cakap macamtu." Kataku seolah-olah kekok dengan memangilnya begitu.

"Bagus, good girl. Kalau taknak panggil macamtu, panggil honey ke hubby ke aku lagi suka." Katanya

Aku mengerutkan dahi. Dia cakap apa ni?

"Ih...mengadalah..meluat tau nak panggil dad...awak macamtu." Alah tersasul lah pula

"Tau takpa..." Katanya

Kemudian air pun telah tiba dan kami dua menikmati air kelapa dengan penuh kenikmatan pada cuaca panas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience