Hayden POV
Aku membuka pintu rumahku sebaik sahaja pulang dari kerja. Aku tersentak apabila rumahku bersepah sana sini. Sepatutnya takdalah bersepah sampai macamni sekali. Apa yang Maya buat kat rumah ni?
"Maya..Maya..." Aku mula mencarinya.
Aku terdengar bunyi ketawa dari arah biliknya. Aku mula menuju ke arah sana. Bunyi tawanya semakin dekat apabila aku mendekati biliknya. Aku terus menekupkan telingaku pada permukaan pintu.
"Ha..ha..ha..lawaklah awakni. Ada ke patut sampai macamtu sekali." Ujar Maya di dalam bilik itu.
Aku mula terkejut. Siapa yang ada di dalam bilik Maya itu? Berani dia bawa orang asing kat dalam rumahni. Aku yang merasa tidak sedap hati itu terus membuka pintu biliknya. Aku melihat terdapat banyak alatan memasak seperti pisau, kuali, pinggan,sudu dan sebagainya. Semuanya bertaburan di sekeliling biliknya.
"Hi dady.." Ujarnya dengan ceria
"Kau buat apa ni sampai bawa semua ni kat dalam bilik kau?" Ujarnya
"Johsep yang ajak Maya main masak-masak. Jadi Maya bawalah dalam bilik ni." Ujarnya
Johsep? Siapa tu?
"Tadi kau cakap dengan sapa ha? Siapa Johsep?" Soalku
"Johsep tulah yang Maya ceritakan waktu Maya ajak sembang dengan dia kat luar rumah haritu." Katanya
"Mana dia? Aku tak nampak dia pun?" Soalku
"Iyalah...mana Johsep ya? Dia hilang lagilah dady." Ujar Maya
"Kau ni berapa kali aku nak pesan? Jangan sesekali bawa orang asing dalam rumahni. Kalau dia apa-apakan engkau aku juga yang susah nanti. Boleh tak kalau dengar sikit cakap aku?!" Ujarku dengan tegas
"Maya tak ajak dia datang sini. Dia yang tiba-tiba muncul dari arah dapur. Lepastu Maya tanya macamana dia boleh datang sini. Dia cakap dia sendiri pun tak tahu. Lepastu dia ajak Maya main masak-masak." Ujar Maya.
"Maya kau sedar tak apa yang kau buat ni. Sepatutnya kau siasat dulu budak tu. Ni tak terus layan je budak tu. Kau ni ok ke tak ok?" Ujarku yang berasa pelik dengan sikapnya itu.
Dia hanya menundukkan kepalanya sahaja. Sedar ke tidak sedar aku langsung tidak tahu.
"Dah..kau pergi mandi dulu. Nanti aku kemas semua ni." Ujarku
Dia hanya mengangguk dan mengikut sahaja arahanku. Aku kena siasat budak bernama Johsep.
****
Sofea POV
"Nek..saya dah buat apa yang nek suruh." Ujarku
"Bagus. Lepasni kita kena fokus pada Hayden pula." Ujar Nenek Narsisa
Hayden? Tak boleh. Dia tak boleh bunuh Hayden sebab Hayden adalah milik aku. Aku dan Nenek Narsisa menjalankan dendan terhadap keluarga Maxwell iaitu Dave dan Hayden. Sepatutnya Dave yang dijadikan mangsa kerana dia telah membunuh Johsep iaitu cucunya. Disebabkan khabar kematian Dave telah diketahui oleh Nenek Narsisa. Dia berasa puas hati tapi belum cukup kerana tidak membunuh Dave dengan tangannya sendiri. Jadi Hayden yang akan digantikan sebagai mangsa balas dendamnya.
Pada mulanya dia ingin memulakan kerjanya pada Hayden. Tapi aku cepat-cepat menghalang kerana aku tidak mahu Hayden diapa-apakan. Jadi aku menceritakan bahawa Hayden mempunyai anak angkat iaitu Maya. Aku memberi cadangan kepadanya iaitu mengerjakan Maya dahulu barulah Hayden seterusnya. Nenek Narsisa hanya setuju sahaja dan menyuruhku untuk memuja roh cucunya untuk menganggu Maya seketika. Pada mulanya aku tidak mahu membuat kerja yang menakutkan ini tapi apakan daya kerana ganjaran lumayan aku tidak boleh menolaknya. Lagi satu aku juga ingin menghapuskan Maya dari hidup Hayden. Barulah Hayden dapat menjadi milikku seutuhnya.
"Nek. Kalau kita kacau Maya sampai jadi gila nak tak? Sebab kalau Hayden tengok Maya jadi macamtu. Sofea rasa mungkin Hayden turut jadi murung juga. Dari situlah kita boleh bunuh mereka dengan mudah sekali." Ujarku sambil tersenyum palsu. Aku bukannya nak Hayden mati pun tapi Maya harus dihapuskan dulu. Kalau Maya dah mati nanti taulah aku kerjakan orang tua ni macamana nanti.
"Ok. Nenek ikut je tapi cucu kena tolong nenek setiap kali nenek perlukan cucu." Ujarnya
"Ok nenek." Kataku. Kalau Maya dah mati, kau pula yang akan jadi mangsa aku seterusnya. Dan semua harta kau akan jadi milik aku. Ha..ha..ha..
Maya...tunggulah kubur kau selepas ni..
Share this novel