BAB 43

Horror & Thriller Series 40789

Maya POV

"Buka seluar.." Ujar Hayden

Aku mula menelan air liur kelat. Apa yang dia nak buat ni?

"Aku kata buka seluar sekarang!!!" Jerit Hayden.

Aku tanpa membantah apa-apa terus membuka seluar pendekku. Aku ternampak di tangan Hayden tersedia sebuah rotan yang panjang. Aku dah dapat jangka apakah yang bakal hukuman aku terima.

"Tonggeng sekarang.." Kata Hayden

Aku mula mengubah kedudukanku dengan posisi menonggeng. Tahanlah wahai punggungku. Hayden tanpa membuang masa terus melibas punggungku menggunakan rotan tersebut.

"Arghh!!..." Aku mula meringis kesakitan

Hayden meneruskan aktivitinya tanpa mengedahkan jeritanku. Aku menjerit sambil menangis teresak-esak.

"Stop Hayden..please stop..sakit.." Aku memohon darinya untuk berhenti.

"Kau cakap apa tadi? Sakit? Sakit lagi aku tengok kau berfoya-foya dengan jantan tadi!!!" Tengkingnya

"Sorry Hayden. Maya tak bermaksud pun nak menari dengan dia tadi sebab waktu tu Maya mabuk akibat minum wain banyak sangat tadi." Ujarku

"Oh...kau minum wain paduhal. Bukan aku dah larang ke kau dengan minuman tu. Kenapa kau masih degil nak minum air tu ha?!" Ujarnya

Hayden melibas lagi dan lagi hingga punggungku meninggalkan kesan lebam dan sebuah biratan merah. Setelah dia puas mengerjakan aku. Dia terus meninggalkan aku berseorangan diri di dalam bilik. Aku sudah biasa dengan hukuman ini kerana dari kecil lagi dia sudah memberikan hukuman ini pada aku.

****

Maya POV

"Dady kenapa kita kat sini?" Ujarku pada Hayden.

"Takda cuma aku ada temujanji dengan seseorang ini sebab dia cakap ada benda penting nak kena sign borang dengan dia." Ujar Hayden.

"Lah..kenapa ajak Maya datang sini sekali kalau ada benda penting sekalipun. Bukannya Maya ada kaitan pun dengan semua ni." Ujarku

"Takkan kau nak terperap sepanjang hari dalam rumah. Nanti melenting pula kalau aku asyik kurung kau dalam rumah." Kata Hayden

"At least Maya dapat tengok cerita hindustan waktu ni. Tengok gara-gara dady Maya dah terlepas dengan film tu." Kataku

"Kau ni cerita hindustan tak habis-habis ya dari dulu lagi. Suka sangat tengok orang bercium dalam cerita tu." Katanya

"Biarlah Maya bukannya budak lagi nak dilarang untuk tengok cerita apa endah." Kataku

"Dah jangan nak mengada kau minum air tu cepat." Kata Hayden

Kami menunggu seseorang di restoran yang telah ditetapkan. Aku dan Hayden hanya duduk sahaja untuk menunggu kedatangan seseorang yang boleh dikatakan agak penting. Aku sudah mula berasa bosan akibat dari tadi aku termenung ke arah air oren yang ditempah olehku.

"Lama lagi ke?" Soalku

"Tak lama lagi sampailah tu." Ujar Hayden

Tiba-tiba ada seseorang muncul ke arah kami dari sudut tepi.

"Sorry, lambat sikit tadi sebab ada meeting dengan producer." Kata lelaki misteri itu.

Aku menoleh ke tepi. Aku mula terkejut apabila melihat gerangan seseorang tersebut. Kenapa dia muncul lagi?

"Oh, hi. Its ok and please have a sit." Ujar Hayden.

Lelaki tersebut mengambil tempat duduk di hadapan kami. Lelaki itu mula merenung dalam ke arahku.

"This is your daughter right?" Ujar lelaki itu.

"Yes, her name is Maya." Kata Hayden

"Ohh..but I ever saw her and she is model right? Miss Lauren?" Ujar lelaki itu.

"Yes...dan Maya perkenalkan pengarah atasan syarikat digital iaitu Tuan Vaness Chris yang telah memberi banyak kerjasama dengan syarikat dady." Ujar Hayden.

Aku mula menelan air liur kelat. Tuan Vaness? Rupanya dia ni seorang yang bukan calang-calang. Vaness mula mengangkat tangan untuk berjabat tangan denganku. Aku hanya membalasnya dengan perlahan.

"Nice to meet you Miss Lauren." Ujar Vaness

"Nice to meet you too." Jawabku

"We meet again my real daughter..." Desis hati Vaness dengan perlahan sambil tersenyum sinis.

"Kau dah kenapa tengok anak aku semacam je. Kau jangan main-main ya kalau tak aku cucuk biji mata kau tu." Ugut Hayden

"Sabarlah Hayden aku bukannya nak usya anak engkau pun." Ujar Vaness. Vaness mula berasa pelik dengan kata-kata rakannya itu takkanlah nak tackle anak kandung sendiri.

"Kau suruh aku datang sini sebab nak suruh aku sign borang kan? Jadi kau jangan nak buat kerja lain pula kat sini." Kata Hayden.

"Kerja apa pula?" Kata Vaness

"Kerja nak usya anak orang." Jawab Hayden bersahaja.

"Hisshh engkau ni." Keluh Vaness. Ada-ada sahaja sifat cemburu rakannya itu. Buat apa nak cemburu? Bapa angkat kot?

Aku hanya melihat sahaja dua jejaka di hadapanku. Macamana aku nak elak dari bapak tak guna iaitu Vaness merangkap bapa kandungku yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience