Hayden POV
Aku mencari kedudukan Maya dalam sistem navigasi dalam komputer ku. Tapi malangnya satu pun aku tidak menemuinya. Aku tidak berpuas hati lagi lalu aku mencarinya menggunakan sistem satelit. Aku yang merupakan penolong kanan syarikat telekomunikasi abangku sudah semestinya aku tahu setiap celah tentang dunia perhubungan dan telekomunikasi.
?
Aku melihatnya dengan teliti. Dan setiap hari tu juga sudah menjadi rutin harianku untuk mengesan lokasi Maya. Memang betul kata abangku. Kedudukan Maya memang sukar untuk dicari. Bahkan telefonnya seolah-olah tidak mahu memberi isyarat kepadanya.
"Ahhh bodoh! Kenapa susah sangat nak cari engkau ni?!" Rungutku
Aku meraup mukaku dengan kasar dan meneruskan lagi pencarianku.
Setelah itu...aku menuju ke arah bilik Maya. Terdapat beberapa pakaian Maya yang ditinggalkan dalam almari tersebut. Aku mencapai sehelai bajunya dan menghidu sepuas-puasnya. Hampir setiap celah aku menghidunya. Wangi sungguh baju Maya....
Bau inilah yang akan menjadi igauan ku setiap hari.
"Dady..." Aku terdengar seseorang memanggil namaku. Aku memandang sekeliling.
"Dady..." Aku mendengarnya lagi lalu memandang ke arah pintu. Aku ternampak kelibat Maya di sana. Dia memandangku dengan senyuman lebar. Aku juga melemparkan senyuman kepadanya.
Hati aku mula berbicara. Mengapa dia ada disini. Aku harap ini bukanlah mimpi. Aku terus menuju ke arahnya. Tapi semakin aku mendekatinya,semakin itulah dia berjauhan dari aku. Aku hairan mengapa dia melarikan diri dari aku. Dia juga turut ketawa apabila aku mengejarnya.
"Dady...kejarlah Maya.." Katanya lalu berlari ke arah dapur.
"Maya janganlah lari laju sangat. Dady penat tahu tak. Kalau Maya lari lagi nanti dady cium Maya baru Maya tahu." Kataku seolah-olah tidak sedarkan diri.
"Sinilah...Maya ada kat sini" Katanya
"Maya ni nakal ya. Tunggu ya. Dady tak lama lagi akan dapat Maya juga." Belum sempat aku menangkapnya dia sempat mengelakkan diri
"Ha..ha..ha..dady tak dapat tangkap Maya. Uwerkkk.." Katanya lalu menjelirkan lidahnya.
"Ha..ha..ha..apalah Maya ni. Maya ni memang nak kena ya. Suka je nak kenakan dady." Kataku lalu berlari ke arahnya semula.
Maya juga tidak habis-habis menyuruhku untuk mengejarnya. Hampir setiap rumah kami berkejaran. Dia mula berlari ke arah tandas dan menutupnya. Aku menuju ke arah tandas tersebut dan membukanya dengan cepat. Tapi malangnya dia tiada di dalam tandas tersebut. Kemanakah dia pergi?
Aku mencarinya di sekeliling rumah tetapi langsung tidak menemuinya.
?
"Maya..Maya..." Panggilku
Tiba-tiba ada seseorang pembantu rumahku mendekatiku.
"Tuan, tuan cari sapa?" Katanya
"Maya mana?" Soalku
"Maya takdalah tuan, tadi kami nampak tuan lari sorang-sorang. Tuan kejar sapa tadi?" Soalnya
"Aku tak butalah bodoh. Tadi Maya yang suruh aku kejar dia. Tak mungkinlah kalau itu bukan dia. Aku memang nampak dia depan mata aku tadi!" Kataku
"Tuan, saya tak tipu tadi memang saya nampak tuan lari sorang-sorang lepastu cakap pun sorang-sorang. Saya nak tegur tuan tapi tak berani." Katanya
"Ahh..sudahlah! Kalau korang tak percaya biar aku sendiri yang cari dia! Tepi!" Kataku lalu menolaknya ke tepi.
Pembantu rumahnya hanya mampu menggelengkan kepala. Apalah yang sudah terjadi pada tuannya...
****
Maya POV
Aku terdengar telefon ibuku sedang berbunyi. Tetapi pada waktu itu ibuku sedang mandi dan terpaksalah aku yang menjawabnya. Aku melihat siapakah pemanggilnya tetapi panggilan tersebut dari nombor yang tidak dikenali.
Aku cuba untuk menjawabnya.
"Hello.." Kataku
"Hello Irene. Awak apa khabar. Awak sihat?" Katanya
Aku mengerutkan dahi. Siapa ni?
"Hello sapa di sana?" Soalku
"Ni sayalah Vaness." Katanya
Apa?! Vaness! Bapa jahanam tu! Aku cuba menjawabnya dengan berlagak tenang.
"Ohh Vaness, hi awak!" Kataku seolah-olah meniru suara ibuku. Saja jak nak pancing dia!
"Hi, awak dah maafkan saya ke? Ingatkan awak masih marahkan saya." Katanya
"Taklah macamana awak boleh tahu nombor telefon saya?" Soalku
"Saya dapat pun dari kawan awak. Saya yang minta dari dia. Awak tak marahkan?" Soalnya
"Taklah tak marah. Lepasni saya nak jumpa awak boleh tak?" Kataku. Seronok pula main dengan dia ni.
"Awak nak jumpa saya? Betulke ni? Kalau macamtu kita jumpa pagi esoklah. Awak nak pilih tempat mana?" Soalnya
"Kalau kat bangunan lama tu boleh tak. Nanti saya bagi alamat dekat awak." Kataku sambil ketawa terbahak-bahak.
"Bangunan lama? Buat apa kat sana? Kat restoran apa salahnya?" Katanya
"Awak nak jumpa ke tidak? Kalau macamtu tak jadilah.." Kataku
"Eh..ok..ok..kita jumpa kat bangunan lama tapi kenapa mesti kat sana? Tu kan tempat berhantu." Katanya
"Dekat sana best takda orang lagipun hanya kita dua je kat sana. Kita jumpa malam esok ya." Kataku
"Malam? Seriously? " Katanya
"Ya, esok jangan lupa tau. Janji. Anggap ni sahaja peluang yang awak ada untuk saya maafkan awak." Kataku
"Ok..jangan lupa tau. Love you.." Katanya
Love you? Eih..gelinya. Aku terus sahaja menamatkan panggilan. Aku pula mula ketawa berdekah-dekah kerana puas mengenakannya. Padan muka sapa suruh abaikan mama dulu tu. Anggap jelah yang ni adalah pengajaran buatnya. Entah hantu apalah yang akan dia jumpa esok. Tak sabar nak tengok reaksi dia.
"Maya sapa call tu?" Kata ibuku muncul entah dari mana.
"Takda cuma kawan mak call lepastu Maya cakap mak tengah sibuk mandi." Kataku sambil tersenyum kambing. Berdosa pula bila menipu.
"Yelah tu..cepat mandi sana nanti kita keluar pergi makan malam." Katanya
"Ok mama" Kataku lalu pergi membersihkan diri.
Share this novel