BAB 30

Horror & Thriller Series 40789

Hayden POV

Aku termenung dari tadi di bilik mesyuarat. Apa yang dibentangkan.oleh mereka aki langsung tidak ambil peduli. Kepala ku penuh memikirkan pasal Maya.

"Oi..oi..." Kata Dave perlahan

Aku tersentak dan memandang ke arahnya.

"Fokus kat depan tu. Penting tu." Ujarnya

Aku hanya mendengus perlahan dan memandang kertas kerja dengan pandangan kosong. Kalau dengar pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Entah apalah yang Maya sedang buat sekarang ni. Sudah makan ke, sihat ke, bagaimana khabarnya sekarang aku langsung tidak tahu.

Kalau diikutkan hati aku nak saja lari dari tempat ni lepastu pergi cari Maya. Aku juga ada menyuruh beberapa orang upahan untuk menjejaki kedudukan Maya dalam 30 orang macamtu. Setiap dari mereka akan merantau di negara berbeza untuk menjejakinya. Tak kira negara mana asalkan dapat jumpa dia.

Tiba-tiba ada orang menepuk bahuku.

"Sudahlah tu, mesyuarat pun dah habis takkan masih lagi tercegat kat sini. Kalau kau tengah stress pasal Maya pun jagalah attitud kau sebagai orang atasan kat sini. Nanti diorang mengata kau macam-macam tak ke malu kau nanti. Aku tengok sejak kebelakangan ni kau langsung tak fokus pasal projek kita. Berunding dengan klien pun kau langsung tak ambil perhatian. Ingat yang syarikat ni bekas arwah bapa kita punya dan kita kena jaga betul-betul syarikat ni." Ujar Dave

"Aku minta maaf kalau kelakuan aku tadi tak menyenangkan hati kau." Kataku

"Takpalah, aku faham kalau kita kehilangan seseorang mesti rasa perit kan?" Kata Dave.

Aku hanya mengangguk perlahan.

****

Hayden POV

Aku singgah di rumah Dave sebentar kerana katanya ada makan malam di sana. Kami duduk di atas meja dan menikmati makan malam bersama. Tapi mood aku masih lagi tidak baik pada waktu itu.

"Takkan awak sorang je kat sini? Maya mana?" Soal Lana

Aku hanya diam tanpa berkata apa-apa.

"Sayang, sebenarnya Maya dah larikan diri dari dia. Sebab tu dia rasa tertekan sikit." Ujar Dave

"Larikan diri? Kenapa dia buat macamtu? Korang gaduh ke?" Soal Lana bertubi-tubi.

"Sebenarnya diorang ada problem familiy sikit. Sayang janganlah masuk campur hal diorang. Faham-fahamlah kan yang Hayden ni tak suka orang masuk campur dalam hal dia." Ujar Dave.

"Oklah kalau macamtu. Tapi janji dengan saya yang Maya mesti ditemui. Dia kan junior saya mestilah saya risau dengan keadaan dia." Kata Lana

"Kami janji." Kata Dave

Sepanjang makan malam itu aku banyak mendiamkan diri. Aku seolah-olah tidak wujud di situ. Lantaklah aku bukannya peduli siapa-siapa pun.

****
Hayden POV

Aku membaringkan diriku di atas katil sambil memeluk patung doraemon iaitu patung kesayangan Maya. Aku mencium patung tersebut berkali-kali seolah-olah mencium pipi Maya.

"Sayang, sayang kat mana ni dady rindu sayang tau. Sampai hati sayang buat macamtu dekat dady. Dady bosan tau sebab takda sayang. Takda sapa lagi yang nak bermain dengan dady lepasni. Sayang balik tau, dady rindu sayang." Kataku lalu mencium patung tersebut.

Aku membelai patung itu dengan lamanya. Kalau Maya di hadapanku sudah pastinya aku akan mengomol pipinya dengan kuat dan memeluk erat badannya. Sampai bila-bila pun aku tidak akan melepaskan tubuh kecilnya.

Aku tidur sambil memeluk patung tersebut dan tidur dengan nyenyaknya selepas itu. Harap aku mimpikan engkau lepasni Maya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience