Hayden Maxwell. Ya orang itu merupakan bapaku yang berumur 34 tahun. Dari segi ciri-ciri yang ada padanya boleh dikatakan agak hensem dan matang yang mampu menarik minat gadis di luar sana. Tubuh badannya yang sasa mampu menambahkan lagi ciri-ciri seorang lelaki yang berkarisma.
Aku adalah satu-satunya anak perempuan tunggalnya. Ibu? Ya aku dari dulu memang tidak pernah melihat wajah ibuku. Bahkan nama ibu pun aku tidak tahu. Bapaku duda dan hanya aku dan bapaku sahaja yang tinggal serumah. Aku cuba bertanyakan tentang ibuku tetapi bapaku sering sahaja memarahiku kerana enggan mendengar soalan tersebut pada telinganya. Dia cuma berkata bahawa cukup aku seorang sahaja yang ada dalam hidupnya.
Bapaku juga seorang yang overprotective kerana apa-apa sahaja mengenaiku sudah pasti dia akan mengambil berat tentangku. Segala rutin harianku sudah pasti dia yang akan menguruskannya. Bapaku boleh dikatakan panas baran kerana sedikit sahaja aku membuat kesilapan sudah pastinya dia akan menengkingku. Ada satu kala yang dia pernah memukulku akibat gagal untuk mengawal perasaanya.
Hidupku selalu dikongkong olehnya dan jika aku ingin berkawan dengan seseorang pun dia akan bertanya secara detail siapakah kawanku itu. Maklumat tentang kawanku sudah semestinya dia mahu ambil tahu dari A sampai Z.
Telefon aku pula dia akan selalu pantau dan memeriksa satu persatu maklumat yang ada pada telefonku dengan teliti. Katanya dia enggan melihat satu kenalan yang tidak dikenali pada telefonku. Sejurus itu dia memadam sahaja kenalan tersebut agar aku berhenti berhubungan dengannya.
Inilah kisah aku bersama bapaku yang terlampau melindungiku dari kecil sehingga hari ini
Share this novel