Irene POV
Aku membuat panggilan pada Maya tapi malangnya dia tidak mengangkat panggilanku. Sudah banyak kali aku mendail nombornya tapi masih juga dalam keadaan yang sama. Aku ada meminta alamat rumah lama Maya dari Cikgu Liyana, tapi bila aku tiba sahaja di sana mendapati bahawa rumah mereka sudah kosong. Ini bermakna mereka berpindah lebih awal tidak seperti yang aku sangkakan.
Aku juga ada bertanya tentang lokasi alamat baru Maya tapi Cikgu Liyana memberitahu bahawa bapa Maya tidak memberitahu tentang lokasi rumah baru mereka.
Mana lagi mama nak cari Maya ni...
****
Maya POV
Aku berjalan di sekeliling taman bunga di luar rumah. Terdapat banyak aneka bunga di sekeliling sana. Memang kena dengan aroma pada waktu petang yang cerah ini.
"Maya...Maya.." Tiba-tiba sahaja aku terdengar bunyi sesorang yang sedang memanggilku dari jauh. Rupanya orang itu adalah bapaku. Apabila dia ternampak aku, dia terus mendekatiku.
"Kau kat mana ha tadi? Risau tau tak bila cari kau kat bilik tiba-tiba je menghilang. Kalau nak jalan-jalan tu boleh tak jangan jauh sangat. Dahlah villa ni besar pulak tu." Katanya
"Eleh..Maya bukannya nak larikan diri pun cuma jalan-jalan kat sekitar rumah je." Kataku.
"Ha menjawab! Kalau kau nak jalan-jalan kat luar, bagitahulah aku dulu. Takdalah aku nak terpekik-pekik jerit nama kau macam orang gila kat rumah ni." Katanya
"Awak nak cari Maya kenapa pula?" Soalku
"Takda, saja jak mana tahu nanti kau tiba-tiba lari dari rumah lepastu pergi kat betina sundal sana." Katanya seperti menuduh melulu ke arah aku.
"Apalah awak ni tak baik bersangka buruk dengan Maya tau." Kataku
"Nah telefon kau, kau mesti rasa bosan kan takda telefon." Katanya
Lalu dia menghulurkan telefonku kepadaku.
"Yeah!!! Tq dady dah lama Maya tak main telefon." Kataku lalu membuka telefonku dan memeriksa mesej satu persatu
"Eh..mana nombor telefon kawan Maya semua tu. Kenapa ada nombor telefon awak saja dalam telefon Maya?" Soalku
"Mulai harini kau cuma dibenarkan simpan nombor telefon aku sorang sahaja takut ada hal kecemasan. Nombor telefon yang lain tu aku dah buang sebab dah tak berguna lagi." Katanya
"Kenapa awak buang?! Macamana Maya nak cakap dengan kawan Maya yang Maya dah pindah!" Kataku
"Pasal kawan kau tu boleh je cikgu kau tolong inform kat kawan-kawan kau. Kau ingat aku bodoh ke yang kau pergi bermesej dengan betina sundal tu selama ni. Nak tinggal dengan dia konon." Katanya
"Ihh..sampai hati awak.." Kataku lalu menuju ke arah bilikku sebagai tanda protes.
Dia pula hanya tersenyum mengejek melihatku.
****
Aku tidak dapat tidur kerana waktu itu hujan sungguh lebat ditambah lagi dengan guruh yang kuat. Kalau ada guruh memang aku susah nak tidur.
Doommm!!!
Tiba-tiba sahaja bunyi guruh yang kuat muncul secara tiba-tiba. Aku yang berasa sangat ketakutan itu terus sahaja berlalu keluar dari bilik dan berlari anak ke arah bilik bapaku.
Aku membuka pintunya dan lantas itu baring di sebelahnya sambil memeluk pinggangnya. Dia yang terbangun dari tidur itu terus menoleh ke arah belakang dan melihatku dalam keadaan mamai.
"Kenapa kau tiba-tiba datang sini?" Soalnya.
"Maya takut guruh..boleh tak Maya tidur sebelah dady." Pintaku
Bapaku sangat mengerti bahawa aku seorang yang takut akan guruh sejak aku kecil terus menghadap ke arah aku. Dia lantas itu memeluk badanku yang kecil itu.
"Dah tidur..tidur.." Katanya lalu menepuk perlahan punggungku. Aku yang terbuai dalam belaian terus memejamkan mata dan tidur bersamanya. Hanya bunyi dengkuran sahaja yang kedengaran selepas itu.
Share this novel