BAB 47

Horror & Thriller Series 40789

Hayden POV

Aku dan rakan kampungku sedang melepak di sebuah pondok kecil. Rayyan iaitu rakanku pula sedang ralit bermain gitar.

"Mengapa hati ini harus disakiti....." Rayyan mula menyanyi sambil bermain gitar.

"Dah..dah..diam lagi suara kau tu boleh puja hujan tau tak." Ejek Vaness

"Eh eleh..taulah suara aku ni sedap dari kau tak payalah nak jeles sangat." Ujar Rayyan

Zack pula memandang ke arah Roy yang sedang ralit merakam ke arah mereka.

"Kau nak buat apa ni setan?" Ujar Zack

"Buat tiktoklah. Takkan taknak join." Ujar Roy

"Kau buang video tu sebelum aku hempas telefon kau." Kataku

"Rilekslah bro telefon tiktok je kot. Bukannya famous sangat pun muka korang ni." Ujar Roy.

Aku mula menghembuskan asap rokok.

"Famous tak famous ke kau tahulah yang aku ni ceo bodoh!! Kalau media tengok benda ni siap aku kerjakan engkau!" Marahku

"Ok fine.." Jawab Roy sambil meletakkan telefonnya dalam poketnya semula.

"Weh..lama juga kau tak balik Hayden." Ujar Rayyan

"Mestilah lagipun banyak lagi benda aku nak buat kat bandar sana. Buat itulah buat inilah naik pening jadinya." Ujarku

"Baik jadi macam aku ni. Jadi nelayan ada juga hasil dia. Nak cuti pun bila-bila masa je boleh" Kata Zack

"Wehh nak tak kita merempit kat sana. Lama doh tak bawa motor." Kata Vaness

"Boleh juga tu. Kau korang ok ke?" Ujar Roy.

"Ok jak no problem." Kataku.

Kami semua menaiki motorsikal masing-masing. Dan selepas itu bermulalah aksi jahanam kami.

Aku dan rakanku berlumba motosikal. Bermacam-macam gaya yang dibuat oleh mereka. Menonggenglah, baringlah memang tak takut maut ke apa diorang ni.

Aku pula membuat aksi dengan menaikkan motorku ke atas.

"Ha..ha..ha..steady lah bro." Kata Vaness ke arahku yang sedang memandu motonya.

Roy yang sedang memandu motornya dengan keadaan menonggeng terus sahaja motornya hilang kawalan dan melencong ke arah kawasan rumah orang. Habis baju jiran diampaian berterabur habis dikerjakannya.

Aku dan rakanku yang lain hanya ketawa sahaja melihat keadaan Roy. Zack pula yang sedang ralit memandu motornya terus sahaja terjatuh ke arah lumpur akibat motornya hilang kawalan juga. Habis satu badannya dipenuhi dengan lumpur.

Aku, Rayyan dan Vaness memberhentikan motor kami dan menuju ke arahnya.

"Dah macam hantu lumpur pula aku tengok kau ni." Ujar Vaness

"Ha..ha..ha..lawaklah kau bro." Ujar Rayyan

"Siallah motor tu. Buat hal lah pulak." Carut Zack

"Dah tu sapa suruh kau baring waktu kau pandu motor kau tu. Tanggunglah akibatnya sendiri. Nak jadi spiderman sangat ambiklah kau." Perliku

Tiba-tiba kami terlihat seseorang datang ke arah kami. Rupanya orang itu adalah Roy. Roy segera menuju ke arah kami.

"Amacam bro, best kena langgar dengan baju jiran?" Kata Rayyan

"Ni dah kenapa bertukar jadi raksasa semacam." Ujar Roy

"Aku accident bodoh." Ujar Zack

"Macamanalah kau tadi?" Ujar Vaness

"Gilalah orang tua tu tadi. Ada ke patut dia pergi pukul aku pakai penyapu tadi. Lepastu apa lagi aku buat. Cabut terus." Kata Roy

Kami pula hanya gelak bersama-sama.

"Gelak tu gelaklah juga habis aku ni macamana pula? Takkan nak balik dengan keadaan macamni. Habis aku kena penyapu dengan mak aku nanti." Kata Zack

"Kami cuma hanya mampu ucapkan takziah dekat engkau." Kata Rayyan lalu kami teruskan ketawa lagi. Macam-macamlah dunia sekarang.

****

Maya POV

Aku, Sherry dan Nia menuju ke arah kerbau itu dengan perlahan. Tak sangka Sherry dengan Nia ni sama kampung dengan aku. Mungkin kami ini dah ditakdirkan untuk bersama kot. Sekolah dulu sama, kampung pun sama.

Kami menuju ke arah kerbau itu. Tangan ku pula siap-siap disediakan ranting yang panjang.

"Gila kau nak buat macamtu Maya." Kata Nia

"Sabar..aku tau apa yang aku buat and you all have to believe me ok?" Kataku

"Believe lah sangat. Tak pasal-pasal kena kejar nanti." Ujar Sherry

"Shh..." Aku membuat tanda diam untuk menyuruh mereka senyap.

"Weh..hati-hati kerbau ni garang tau." Kata Nia perlahan.

Aku mendekati ke arah kerbau itu dengan perlahan-lahan. Aku mula menjolok badan kerbau itu menggunakan ranting yang dipegang olehku. Kami terkejut apabila kerbau itu mula mengganas dan memandang tepat ke arah kami. Kami mula menahan air liur yang kelat.

"OMG dia dah marah wehh." Ujar Sherry

Kami mula berundur ke belakang. Dan secara tiba-tibanya kerbau yang semakin mengganas itu terus mengejar kami.

"Lari!!!" Jeritku

Kami mula berlari tak cukup tanah. Entah setan apa yang rasuk aku sampai kerbau pun aku pergi kacau. Patutlah Hayden cakap yang aku ni tak matang. Memang tak matang pun.

Kami terus berlari dan berlari. Kerbau itu terus mengejar kami.

****

Hayden POV

Kami sedang melepak di pondok kami semula sementara menunggu Zack membersihkan diri di sungai seorang diri. Kami terdengar suara beberapa budak perempuan yang sedang menjerit.

"Suara siapa tu doh." Ujar Rayyan

"Entah.." Kata Vaness

Suara itu semakin dekat ke arah kami. Kami terkejut apabila melihat 3 orang perempuan yang sedang berlari terkontang-kanting tidak tentu arah. Mataku mula terbuntang apabila melihat salah seorang dari mereka adalah...Maya?

Vaness pula terkejut apabila melihat anak perempuannya berlari tidak tentu arah.

"Wehh..diorang kenapa doh?" Soal Rayyan

"Tak tau doh. Tapi nampak macam kena kejar sesuatu." Kata Roy.

Aku yang risau melihat keadaan Maya terus menaiki motorku dan mengejar mereka. Vaness juga turut berbuat begitu.

"Diorang dua ni dah kenapa takkan nak join perempuan tu sekali?" Kata Rayyan

"Jomlah join sekali." Ujar Roy

"Ok jom. Macam best je." Kata Rayyan.

Rayyan dan Roy turut mengejar mereka menggunakan motor mereka. Zack menuju ke arah pondok mereka semula setelah habis membersihkan diri. Zack berasa hairan mengapa kawannya langsung tidak ada di sini dan motor mereka juga turut hilang.

"Weh..sial!! Berani korang tinggalkan aku!!" Jerit Zack dengan perasaan tidak berpuas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience