BAB 12

Horror & Thriller Series 40789

"Apa maksud dady?" Kataku yang berasa sedikit resah mendengar pengakuan tersebut.

"Kau bukan anak kandung aku dan kita langsung takda pertalian darah." Katanya

"Ta..tapi kenapa dady tipu semua ni. Kenapa dady tak bagitau dari awal lagi?. Kenapa buat Maya macamni?" Kataku

"Sebab aku takut kau lari dari aku dan aku terpaksa buat semua ni. Pada mulanya aku nak jadikan kau sebagai anak angkat. Tapi aku tak tau sejak kau membesar, hati aku makin lama makin tertarik dengan kau. Aku baru sedar yang aku dah mula jatuh cinta dengan kau." Katanya

"Jadi semua yang dady cakap selama ni hanyalah bohong semata-mata macamtu?" Soalku

"Ya, pada mulanya kereta aku rosak di tepi jalan. Waktu tu aku berdiri kat luar untuk tunggu kawan aku datang tolong. Tiba-tiba aku terdengar ada suara bayi menangis dan rupanya suara tu datang dari kotak arah lain. Aku ambil keputusan untuk pergi kat arah kotak tu dan terkejut rupanya ada seorang bayi dalam kotak tu. Aku tak tau manusia bodoh yang mana pulak pergi suka hati buang bayi sembarangan. Jadi disebabkan aku kesiankan budak tu dan aku mengambil keputusan untuk jadikan dia sebagai anak angkat. Dan bayi tu aku namakan sebagai Maya Lauren." Katanya

"Jadi selama ni Maya memang anak buanganlah maksudnya?" Kataku

"Ya, kau patut bersyukur sebab aku masih ada hati nak jaga kau kalau nak dibandingkan ibubapa kau yang takda berhati perut langsung tu." Katanya

Setelah aku mendengarnya, air mataku hampir mengalir dan sampai hati mak ayah buang Maya.

"Kau jangan sedih sebab aku akan selalu ada dengan kau. Sekarang kau adalah milik aku dan takda sesiapa yang akan pisahkan kita." Katanya

"Sebab tulah dady selalu marah kalau Maya selalu cakap pasal mummy kan? Dady taknak kantoi kan?" Soalku

"Ya, nasib kau faham." Katanya.

"Maya nak ucapkan terima kasih kerana jagakan Maya dari kecil. Maya beruntung dapat dady. Maya tak tau nak balas apa dengan kebaikan yang dady beri kat Maya." Kataku

"Stay with me until forever please?" Katanya

"Im promise" Kataku

****

Cerita ayahku dimana dia menemuiku masih terngiang-ngiang lagi di fikiranku. Aku seolah-olah teringat sesuatu. Dan ya tentang Cikgu Irene. Dia juga menceritakan bahawa dia membuang anaknya di dalam sebuah kotak dan dibiarkan di tepi jalan raya.

Kenapa cerita mereka ini seolah-olah ada kaitan? Jangan-jangan anak yang dimaksudkan tu adalah aku!!!

Aku kena juga siasat ni!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience