BAB 27

Horror & Thriller Series 40789

Maya POV

Aku duduk di kawasan hotel. Aku mula rasa bersalah apabila meninggalkan bapaku yang telah menjagaku selama 17 tahun. Lagipun aku masih lagi terasa dengan kata-katanya semalam. Betulkah tindakan aku ini? Lantaklah lagipun dia kan dah ada Kak Sofea, buat apa dia nak pedulikan pasal aku lagi.

Aku melihat sekeliling di luar. Sungguh indah pemandangan berserta laut yang indah. Ditambah lagi dengan hempasan ombak. Ya, sekarang ini aku berada di hotel berdekatan dengan pantai. Ramai pelancong yang sedang bermandi-manda di situ.

Aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sana. Tiba-tiba aku ternampak susuk tubuh di sana. Ibuku?

****

Hayden POV

"Aku tahu aku ni bodoh. Aku tak patut cakap macamtu dekat dia. Apa yang sial sangat mulut aku ni pergi tuturkan ayat macamtu...." Kataku

"Ya kau memang bodoh pun. Dahlah kau tuduh dia sembarang gara-gara Sofea bangang tu. Lepasni kau tanggunglah sendiri nasib kau." Kata Dave

"Jangan cakap pasal betina tu boleh tak. Kalau tak pasal betina tu, aku rasa Maya memang tak larikan diri dari aku. Kalau ikutkan hati aku, nak saja aku bunuh dia dari awal. Tapi apakan dayanya kalau dia tu isteri arwah kepada Ayden. Kau tau-taulah Ayden tu banyak berjasa dengan kita. Betina tu tak layak jadi isteri Ayden sebenarnya. Sebab dia kata dia langsung tak cintakan dia. Lepastu ada hati nak taruh perasaan dekat aku. Aku sedikit pun takda rasa sayang dengan dia. Jangan cinta, suka pun tak. Hanya Maya saja yang setia dalam hati aku." Kataku

"Habis Sofea tu macamana sekarang ni? Kau  masih lagi jaga dia?" Soal Dave

"Phuiilah...aku nak jaga dia lagi. Pandai-pandailah dia hidup sendiri. Aku dah haramkan dia untuk jejak kat rumah aku lepasni. Lantaklah pasal pesanan Ayden tu. Kalau arwah Ayden tahu memang dia kasi cerai betina tu." Kataku

"Aku sokong juga tindakan kau tu. Yang pasal Maya pula mana kau nak cari?" Kata Dave

"Tulah sekarang ni pun aku masih buntu lagi nak cari dia kat mana. Kau kan pakar hacker, kenapa kau tak guna je kelebihan kau tu untuk jejak dia?" Soalku

"Nanti aku try carilah. Tengoklah dulu kalau dapat, dapatlah. Kalau tak dapat memang menangis tepi bucu katillah kau lepasni." Katanya

"Aku memang betul-betul minta tolong dari kau untuk jejak dia. Aku sanggup buat apa sahaja untuk kau asalkan kau dapat cari dia balik. Aku cuma harapkan kau sorang saja." Kataku

"Tapi bukan aku je yang kena buat semua ni, kau pun kena bekerja keras juga. Kau kena ingat semua masalah ni punca dari kau bukannya aku." Katanya

"Aku tahulah apa aku nak buat. Takkan nak goyang kaki saja. Tapi kau kenalah juga tolong aku." Kataku

"Oklah macamtu nanti aku inform dengan kau kalau aku dah jumpa dia. Aku gerak dulu." Katanya lalu pergi meninggalkanku.

Fikiran ku pula masih lagi melayang untuk menjejak keberadaan Maya.

****

Maya POV

"Ibu pasti ke apa yang ibu cakapni? Ibu nak Maya tinggal dengan ibu?" Soalku

"Ya, kalau boleh mak nak sangat kalau Maya duduk dengan mak buat selama-lamanya. Mak nak tebus balik semua kesalahan emak. Lepasni Maya duduk dengan ibu ya?" Katanya

Aku mula berfikir. Ada eloknya juga kalau aku tinggal bersamanya. Lagipun sekarang ni aku mula tinggal berseorangan diri. Lagi bagus kalau aku ditemani oleh ibuku.

"Oklah kalau mak cakap macamtu Maya ok je. Lepasni Maya dah taknak fikir pasal dady lagi." Kataku

"Maya sabar ya, dady Maya takdalah nak bermaksud macamtu. Mungkin dia stress sangat sebab risaukan keadaan akak Sofea tu." Katanya

"Kalau nak stress pun tak payahlah nak tuduh orang sembarang, orang pun ada perasaan jugaklah." Kataku

Selepas habis bersembang di tepi pantai, aku dan ibuku mula masuk ke dalam hotel kerana waktu pun sudah hampir gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience