Maya POV
Aku dan rakanku masih meneruskan larian. Kerbau itu pula semakin mendekat ke arah kami. Tiba-tiba ada beberapa buah motorsikal turut mengejar langkah kami. Siapa diorang ni?
Aku memusing ke arah belakang sambil berlari. Rupanya itu adalah Hayden dan juga...What?!!! Vaness!! Apa yang lelaki tu buat kat sini?
Bum!!!
Aku terdengar bunyi pistol. Langkahku dan rakanku turut terhenti. Hayden dan Vaness mula menuju ke arah kami. Aku ternampak pistol di tangan Hayden. Aku menoleh ke arah hujung. Rupanya kerbau itu mati ditembak oleh Hayden.
Hayden terus mencengkam lenganku dengan kuat dan menatap mataku dengan penuh tajam. Aku dapat merasai bahawa dia sedang betul-betul marah padaku.
"Korang buat apa pergi kacau kerbau tu?! Sapa punya kerja ni?! Cakap?!" Marah Hayden
"Ni..ni..semua idea Maya.." Ujar Nia demgan ketakutan.
"Maya!!! Kan dah beberapa kali aku cakap, jangan sesekali merayau dekat luar!! Apa ke bebal sangat kau tak dengar cakap aku ni!!!" Marah Hayden.
"Hayden sudahlah tu. Mungkin diorang tak tau yang sebenarnya kerbau tu garang." Ujar Vaness
"Macamana aku nak sabar kalau apa-apa jadi kat dia macamana?!" Kata Hayden
"Lagipun kau dah bunuh binatang tu juga kan. Jadi apa yang nak dirisaukan , diorang pun selamat kan?" Kata Vaness
"Maya minta maaf Hayden." Kataku
Hayden tanpa melengahkan masa terus menarik tanganku dengan kasar dan menuju ke arah motorsikalnya.
"Naik sekarang!!!" Jerit Hayden
Aku pula mula menaiki motor bersamanya dengan perasaan berketar-ketar. Janganlah garang sangat takut pula jadinya.
****
Maya POV
Aku dan Hayden sudah pulang ke rumah kami setelah beberapa hari.Aku menonton televisyen secara berseorangan. Boleh tahan seram juga cerita hantu ni. Bukan calang-calang cerita hantu jepun ni. Seram dia memang meremang satu badan. Aku dapat merasakan macam ada sesuatu yang tak kena dengan badan aku.
Aku ternampak sesuatu aneh di tepi ku. Sesuatu rambut yang panjang sedang menenggek di tepi sudut hujung. Jantungku mula berdegup kencang. Mahluk apa ni?
Aku mula tidak henti-henti membacakan doa pelindung. Dan benda itu mula mendekati ke arahku. Aku mula tersentak dan mula berganjak ke belakang.
Aku tanpa membuang masa terus berlari ke arah dapur. Ya tuhanku lindungilah aku dari sebarang gangguan jahat. Lampu dapurku tiba-tiba sahaja terpadam. Aku mula menjerit ketakutan.
Bilalah Hayden nak balik ni. Aku terdengar ada sesuatu yang pecah. Dan lampu itu tiba-tiba menyala. Rupa-rupanya yang pecah itu adalah sebuah pinggan.
Aku merasai seperti ada seseorang di belakangku. Aku menoleh ke belakang dengan perasaan yang berdebar-debar. Mataku terbuntang luas apabila mendapati susuk tubuh mahluk yang menyeramkan dengan wajah yang sangat menakutkan. Pandanganku mula gelap secara tiba-tiba dan badanku turut rebah di atas lantai.
****
Hayden POV
Aku membelai wajah Maya yang belum sedar dari pengsan. Aku terkejut bagaimana dia boleh pengsan di dapur? Aku memeriksa suhu badannya dan tidaklah terlalu panas. Aku melihat Maya yang sedang mengerakkan badannya dan aku terus mengejutnya.
"Maya..Maya sayang bangun" Ujarku
Dia terus membuka matanya dan mrmandang ke arahku. Aku tersentak apabila dia terus memeluk badanku.
"Dady, Maya takut.." Ujarnya perlahan.
Aku mula tersentak dengan kata-katanya. Takut?
"Macamana Maya boleh pengsan kat dapur?" Soalku
"Maya nampak hantu. Rambut dia panjang lepastu muka dia hodoh." Katanya dengan perasaan takut.
Hantu? Bila pula rumah aku ni ada hantu? Aku kena siasat ni. Ni first time dia rasa takut sampai macamni sekali.
"Dah sabar..sabar..Dady akan selalu dengan Maya dan Maya jangan takut lagi ya?" Kataku
Dia mula mengangguk perlahan. Aku terus menepuk perlahan punggungnya untuk menenangkannya. Mungkin pasal kejadian dia bercakap sorang-sorang ada kaitan dengan ini barangkali. Siapa pula yang nak berdendam dengan Maya ni?
Kalau aku dapat tahu Maya disihir oleh seseorang, tunggu aku kerjakan kau nanti.
Share this novel