Aku membuka mataku perlahan. Aku mula mengangkat badanku kepada posisi duduk dari katil. Sakit pada badanku masih lagi terasa. Fikiranku masih lagi terimbas dimana bapaku melibas badanku menggunakan tali pinggang. Sampai hati dady...
Inikah hukaman yang dikatakan kemarin? Aku tidak tahu kenapa bapaku boleh jadi sebegitu sekali disebabkan hanya keputusan ujian ku. Ya tuhanku mengapa bapaku tidak boleh jadi senormal bapa yang lain. Bagi aku dah cukup-cukup sengsara hidup bersamanya disebabkan pemikirannya yang agak kurang stabil. Bilalah aku boleh hidup bebas ni.
****
Aku melangkah keluar dari bilik dan mencari kelibat bapaku. Dia kelihatan tidak ada di sekeliling rumah. Lantaklah yang penting aku boleh buat apa saja kat ruang tamu ni yahooo!! Aku mengusya bilik bapaku sebab sudah lama aku teringin untuk melihat sesuatu di sana.
Aku membuka bilik bapaku perlahan dan ianya tidak berkunci. Biasanya berkunci mengapa tidak berkunci pula? Mungkin dia lupa kot.
Aku melangkah masuk dan melihat sekeliling. Kemas,bersih dan teratur cuma gelap dan suram sahaja. Ada sesuatu yang menarik perhatianku. Dan ya itu dia! Aku harus mencari dimana bapaku meletak surat beranak ku.
Bukannya apa, sudah lama aku ingin mengambil tahu nama ibu kandungku. Kalau bapaku tidak mahu memberitahu aku dan biar sahaja aku mengambil tahu sendiri.
Aku membuka laci satu persatu dan satu pun tidak ada dokumen tentangku. Aku mencari tempat lain tapi malangnya tidak ada juga. Kalau takda kat situ jadi kat mana ya?
Tiba-tiba aku terdengar bunyi kereta yang bari tiba di luar rumah. Alamak dady dah sampai lah pulak!!
Aku cepat-cepat melangkah keluar dari bilik bapaku dan berlari ke arah bilikku. Kalau dia tahu memang berbirat lagilah badan aku.
"Maya angkat barang ni dulu.." Panggilnya dari luar rumah tersebut.
Aku pula mula menuju lekas ke arah luar rumah dan membantu ayahku mengangkat barang.
"Lepasni masak tau dah pukul berapa dah ni." Katanya.
"Ok dady..." Kataku perlahan.
****
Aku berasa bosan pula menunggu guru datang untuk subjek seterusnya. Dah 30 minit kot. Takkan belum masuk lagi.
"Cikgu belum datang lagi ke?" Ujar Nia a.k.a sahabatku di sebelahku.
"Belum kot, ada mesyuarat kali?" Kataku
"Weh...guru kelas datanglah pulak" Kata Nia
Guru kelas mula melangkah masuk ke dalam kelas kami walaupun guru subjek Matematik sepatutnya memasuki kelas kami. Mataku tertancap pada susuk tubuh yang agak asing bagiku di belakang guru kelas tersebut.
Kami mula berdiri dan mengucap selamat pagi kepada cikgu tersebut.
"Sapa tu?" Soal Nia
"Tak tau aku..." Kataku pula
"Ok semua,sekarang ni cikgu nak kenalkan guru subjek matematik kamu yang baharu iaitu Cikgu Irene." Kata Cikgu Liyana
Kami pula mula terpinga-pinga setelah mendengar tersebut daripada guru kelas kami. Yeah! Cikgu baru!
"Cikgu Sarah sekarang ni dipindahkan ke sekolah lain untuk dinaikkan pangkat sebagai penolong kanan sekolah sana. Dan ini adalah guru kamu yang baharu dan harap kamu boleh bagi kerjasama dengan cikgu kamu yang cute ini." Kata Cikgu Liyana sambil memuji Cikgu Irene
Kami pula mula bersorak setelah mendengar pujian tersebut. Memang patut pun cikgu tu cakap cute sebab wajah Cikgu Irene ni memang cantik dan berkulit putih.
"Cantikkan cikgu tu.." Puji Nia
"Ya memang cantik pun. Nasib Cikgu Sarah pindah. Harap Cikgu Irene ni tak garanglah macam Cikgu Sarah sebelum ni. Garang bukan kemain lagi.." Kataku
"Aku pun harap macamtu jugak.." Sokong Nia pula
Kemudian guru kelas kami meninggalkan kami bersama guru baharu kami..
Share this novel