Aku yang sedang menonton televisyen tiba-tiba sahaja terdengar bunyi ketukan pintu. Siapa pula yang datang ni?
Aku dengan berat hatinya terus menuju ke pintu utama dan buka pintu tersebut. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat wajah Kak Lana terpacul dihadapanku.
"Akak? Akak buat kat sini?" Soalku
"What?! Maya buat apa kat sini. Apa kaitannya Maya dengan rumah ni?" Soal Kak Lana
"Ni memang rumah Maya dengan dady Mayalah." Ujarku
"Jadi selama ni memang Maya lah anak kepada Tuan Hayden? Wau! Memang unbelievable.." Katanya dengan teruja.
"Buat apa lagi tunggu kat luar ni? Masuklah" Kata Uncle Dave yang datang entah dari mana.
"Yelah nak masuklah ni..." Jawab Kak Lana
Bapaku pula tiba-tiba sahaja muncul di belakangku.
"Ehh...kau dah datang rupanya. Kak Lana pun ada sekali? Korang dua jemputlah masuk dulu.." Kata bapaku
"Nak masuklah ni, takkanlah nak panjat atas pokok pula." Kata Uncle Dave dengan sarkastik.
Kami semua pun menuju ke ruang tamu sementara menunggu pembantu rumah membuat air.
"Kenapa Maya tak bagitahu akak yang Maya ni anak adik ipar akak?" Soal Kak Lana.
Tuan Dave dan bapaku pula mula mengerutkan dahi apabila mendengar soalan yang terpacul dari mulut Kak Lana.
"Dengar macam korang ni dah kenal semacam? Korang dah lama kenal ke?" Soal Uncle Dave.
"Dah kenal lama dah... Maya ni bekas junior saya kat sekolah lama tu." Jawab Kak Lana
"Ohh...bekas junior...baguslah kalau dah kenal macamtu." Jawab bapaku pula.
"Kalau akak nak tahu Maya ni anak Tuan Hayden. Maaflah sebab tak bagitahu dekat akak dari awal." Kataku yang agak kelat menjawabnya walaupun hakikatnya aku bukan anak kandungnya.
"Ohh...takpa at least kita ni dah jadi keluarga terdekatlah maksudnya. Ibu Maya pula kat mana? Akak tak nampak pun?" Soal Kak Lana.
Aduh!! Aku nak jawab apa ni dia dah bagi soalan panas dekat kami. Bapa aku pula mula berasa binggung untuk mencari jawapannya.
"Sayang ni, jangan lah tanya soalan macamtu dekat diorang. Mak dia dah lama meninggal dunia kot." Jawab Uncle Dave seolah-olah mempertahankan adiknya walaupun dia tahu Maya ni sekadar anak angkat adiknya.
"Ohh..ya ke? Sorry Kak Lana tanya soalan macamtu. Mesti Maya sedih kan?" Soalnya.
"Takpa Maya tak ambil hati pun..." Jawabku
Air telah pun tiba dan kami semua menikmati minuman sambil bersembang kosong gitu-gitu sahaja.
****
Aku menunggu bapaku untuk pulang di rumah pada waktu malam. Sepatutnya waktu macamni dia dah balik dah. Kenapa pula tiba-tiba lambat ni?.
Tiba-tiba sahaja aku terdengar seseorang membuka pintu terus sahaja aku menuju ke pintu utama untuk melihat siapa gerangannya.
"Hi Maya, kenapa? Tunggu aku lama sangat ke?" Kata bapaku.
Aku ternampak ada susuk tubuh seorang wanita yang sangat asing bagiku di sebelahnya. Dengan keadaan perutnya yang sedang memboyot. Siapa perempuan ni?
Share this novel