BAB 35

Horror & Thriller Series 40789

Maya POV

Aku sedang menghadiri photoshoot seperti yang dijanjikan. Banyak jenis gaya fotoku diambil oleh jurugambar. Kadang-kadang boleh tahan annoying juga kalau kena buat banyak gaya. Apakan daya kalau ini adalah pekerjaanku sebagai model. Kawasan photoshoot kami adalah berada di kawasan pantai. Nak taknak kena juga pakai pakaian dalam sahaja. Tapi tidaklah terlalu menonjol tetapi masih menarik apabila dilihat.

Setelah habis photoshoot, aku dan Nia pergi ke restoran bersama-sama untuk makan tengah hari. Sedang kami ralit makan bersama tiba-tiba sahaja aku terlihat susuk badan seseorang. Iaitu susuk badan yang sangat aku takuti. Hayden iaitu bapa angkatku bersama Uncle Dave dan Kak Lana. Aduh diorang buat apa kat sini!

****

Hayden POV

Aku dan Dave bersama isterinya berjalan-jalan di sekitar pusat beli belah. Dave mengajakku untuk menyertainya sekali apabila kami terserempak di tempat parking kereta. Kami menemani isterinya untuk membeli sebuah buku di kedai buku. Isteri Dave boleh dikatakan gemar membaca buku.

Kami berjalan di sekeliling kedai buku. Tiba-tiba isteri Dave menuju ke arah kami.

"Cuba tengok majalah ni, macam kenal je perempuan ni." Ujar Lana

"Sayang nak tunjuk apa sebenarnya?" Soal Dave

"Muka dia boleh dikatakan hampir iras Maya." Kata Lana

Aku yang terdengar perbualan mereka terus mencelah ke arah mereka.

"Bagi sini majalah tu dulu aku nak tengok." Kataku seolah-olah tidak sedap hati.

Lana menyerahkan buku tersebut kepadaku dan aku segera mencapainya. Aku meneliti gambar yang dikatakan oleh Lana. Aku melihat seorang gadis yang sedang berpakaian seksi di tepi pantai. Apabila aku meneliti semula mukanya memang hampir seiras dengan Maya. Tetapi penampilannya agak berlainan kerana Maya dulu berkilit hitam manis dan sekarang menjadi putih kegebuan. Rambutnya juga ditukar kepada blond hair dari berwarna hitam. Adakah ini adalah betul-betul Maya? Aku ternampak ada sesuatu pada kakinya. Iaitu sebuah tatoo. Tatoo itu cukupku kenal membuktikan bahawa Maya juga memiliki tatoo itu.

Aku juga turut melihat namanya juga. Lauren? Aku mula tersenyum sinis. Finally we meet again Maya Lauren.

****

Maya POV

"Kau ni dah apehal nak balik awal ni. Kita belum makan habis lagi makan kat sana." Ujar Nia

"Nia kau ingat tak waktu aku ceritakan pasal bapa angkat aku tu?" Kataku seolah-olah ketakutan.

"Ya kenapa?" Soal Nia dengan berasa hairan.

"He is here" Kataku perlahan.

Nia yang mendengarnya mula melompongkan mulutnya. Are you serious?!

****

Hayden POV

Aku bertemu dengan Inspektor Charles untuk membantunya dalam siasatan kes jenayah. Banyak data-data telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Banyak juga kami berbual tentang itu dan aku juga turut memberikan cadangan yang baik kepadanya untuk membendung masalah itu.

"Tuan Hayden, tuan sudah temui ke maklumat pasal individu tersebut?. Kalau boleh kami nak tangkap pesalah tersebut secepat mungkin agar dapat mengelakkan masalah ini dibiarkan berlarutan." Ujar Inspektor Charles

"Jangan risau, penceroboh tersebut sudah saya tangkap dan berkemungkinan besar anak buah saya akan bawanya di mahkamah secepat mungkin. Segala peguam saya pun telah saya sediakan untuk membantu dalam perbicaraan mahkamah nanti." Kataku

"Baguslah kalau macamtu. Apa-apa masalah nanti tolong inform pada saya ya tuan supaya saya dapat mempermudahkan lagi siasatan ini. Apa-apa pun saya nak ucap terima kasih kepada tuan kerana sudi memberikan kerjasama pada saya. Izinkan saya minta diri dulu tuan." Katanya lalu mengangkat punggungnya untuk berlalu pergi. Aku pula hanya berdiri lalu berjabat tangan dengannya.

Setelah dia pergi, tiba-tiba sahaja telefonku berbunyi. Rupanya pemanggil tersebut adalah daripada abangku, Dave. Aku segera mengangkatnya.

"Ya ada apa?" Soalku.

"Aku ada benda nak bincang dengan kau. Datang kat office aku cepat." Kata Dave lalu menutup panggilannya. Aku segera beredar dan pergi ke tempat tersebut seperti yang dijanjikan.

****

Hayden POV

"Ada apa nak jumpa dengan aku?" Soalku kepada Dave

"Kau dah cakap dengan jembalang tu pasal kes tadi tu." Ujar Dave. Jembalang yang dikatakan oleh Dave dimaksudkan kepada Inspektor Charles.

"Dah semua dah settle. Yang pasal kambing hitam kita tu nanti aku suruh anak buah aku hantar dia kat mahkamah esok." Kataku

"Baguslah kalau macamtu. Aku rasa Inspektor Charles tu bodohlah. Takkanlah sampai sekarang dia langsung tak syak pada kita. Padahal kita yang buat kerja menggodam selama ni. Dia nama je inspektor tapi takda otak." Kata Dave

"Mestilah tak dapat cam kita kan pemegang syarikat telekomunikasi dan penyimpanan data yang terbesar di dunia. Dah semestinya lah dia takkan syak apa-apa dari kita. Lagipun kau sendiri kan yang cakap kita buat semua ni taknak kantoi pasal kerja pembunuhan kita tu. Lagipun data tu dah menyimpan seberapa maklumat yang penting lagi-lagi rekod pasal identiti mangsa yang hilang. Kalau dia tahu nanti habislah penipuan kita selama ini." Kataku

"Kalau boleh aku nak kau handle betul-betul pasal data tu lagi-lagi dari syarikat yang lain. Aku takut nanti diorang simpan data pasal benda yang tak baik tentang kita. Aku nak kau godam seberapa yang banyak dan jangan tinggalkan sebarang bukti sejarah dalam pengodaman engkau tu. Aku taknak CID syak apa-apa pasal kau." Kata Dave

Aku pula hanya mengangguk perlahan.

****

Hayden POV

Aku duduk santai di dalam pejabatku sambil termenung tentang seseorang. Aku merenung majalah tersebut dan melihat keanggunan Maya. Boleh tahan cantik juga kau ni tapi masalahnya macamana kau boleh jadi model sampai di peringkat antarabangsa? Aku melihat jenama pakaian yang dipakainya iaitu FLORENCE.

Aku mula membuka laptopku dan mencari maklumat tentang syarikat Florence. Rupanya ini adalah syarikat yang berkaitan dengan jenama fesyen dan keluaran barangan yang mewah. Rupanya Maya adalah seorang model di bawah syarikat ini. Syarikat ini juga diasaskan oleh Madam Grace Florence iaitu seorang jutawan yang termasyhur di dunia.

Tiba-tiba pintuku diketuk oleh seseorang.

"Masuk..." Kataku perlahan

Assistant Personal ku masuk ke dalam bilikku sambil menyerahkan surat kepadaku.

"Maafkan saya tuan, tadi saya ada menerima surat daripada syarikat tertentu untuk diberikan kepada tuan." Katanya lalu menyerahkan surat tersebut kepadaku.

"Kau boleh keluar sekarang." Kataku lalu dia pun melangkah keluar dari bilikku.

Aku merenung surat tersebut dan rupanya itu adalah surat jemputan untuk menghadiri majlis tertentu. Rupanya itu adalah surat jemputan dari Syarikat Florence. Aku mula tersenyum sinis. Sikit je lagi Maya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience