BAB 10

Horror & Thriller Series 40789

"Sebenarnya ceritanya macamni...dulu masa umur cikgu 15 tahun, cikgu suka bersosial dengan orang yang tak baik macam kaki pub lebih kurang macamtulah. Cikgu suka melawan cakap mak ayah walaupun dah beberapa bagi nasihat kat cikgu. Ada satu kes dimana cikgu terlanjur dengan boyfriend cikgu. Dia cakap dia nak bertanggungjawab, tapi apa berlaku lepastu dia lari macamtu je tinggalkan cikgu sorang-sorang. Cikgu pun disahkan mengandung pada waktu tu lepastu cikgu rasa takut nak berhadapan dengan semua orang lagi-lagi dengan parents cikgu. Bila parents cikgu dapat tau, diorang terus halau cikgu keluar dan tak anggap cikgu ni anak diorang. Cikgu pun merempatlah sorang-sorang dengan membawa anak luar nikah dalam perut cikgu. Lepastu cikgu duduk jak merempat kat tepi jalan sampailah cikgu terjumpa satu makcik ni waktu tu cikgu lapar sangat,disebabkan makcik ni baik sangat dia bagi je makanan free kat cikgu sebab kebetulan pun dia ada buka gerai kat sana. Makcik tu tanyalah apa jadi kat cikgu lepastu dah cerita tu makcik tu cakap dia nak offer cikgu untuk tinggal dengan dia sebab terlalu kesian sangat dengan cikgu lagi-lagi kandungan dalam perut cikgu. Cikgu pun happy sebab ada orang sudi juga tumpangkan cikgu kat rumah diorang. Cikgu duduk kat sana sampailah perut cikgu membesar dan waktu tu cikgu tengah sarat mengandung, lepastu tiba-tiba je rasa nak beranak. Cikgu ambil keputusan untuk beranak di tempat tersembunyi dan lahirkan dia kat sana tanpa pengetahuan makcik tu. Lepas anak cikgu dah dilahirkan, cikgu terus saja bawa anak cikgu tu kat tepi jalan raya dan letakkan dia dalam sebuah kotak. Cikgu tak tahu betapa bodohnya cikgu waktu tu tapi apakan dayanya kalau waktu tu cikgu betul-betul kesuntukkan wang untuk membesarkan anak cikgu. Makcik pun kais pagi makan pagi dan cikgu pula berusaha untuk kerja waktu tu. Cikgu juga telah menipu makcik tu bahawa cikgu dah bagi anak tu dekat orang kaya dan sekarang ni cikgu rasa bersalah pula." Katanya sambil mengesatkan air mata.

"Setelah beberapa tahun, syukur kepada tuhan yang cikgu telah ditawarkan untuk bekerja dan makcik pula meninggal dunia akibat menghidap kanser. Cikgu pula mula bertekad untuk berubah dan mula mendekatkan diri dengan tuhan. Cikgu dah mula simpan hasrat untuk mencari semula anak cikgu dan meminta kemaafan daripada ibubapa cikgu semula. Cikgu dah cuba pergi rumah ibubapa cikgu tapi malangnya diorang dah pindah tempat lain dan cikgu pun tak tau kat mana diorang sekarangni. Mungkin mereka dah betul-betul buang cikgu kot." Katanya

Aku pula hanya setia mendengarnya dan sedikit sebanyak membuatkan aku sebak mendengarnya.

"Sungguh banyak dugaan cikgu," Kataku

"Ya cikgu tahu dan memang patut pun cikgu terima semua ni sebab dah banyak dosa yang cikgu buat selama ni." Katanya

"Cikgu dah jumpa ke anak cikgu?" Soalku

"Entahlah Maya, cikgu pun tak pasti kat mana dia sekarang ni. Cikgu boleh agak yang umur dia sekarang ni adalah sebaya kamu dan waktu cikgu lahirkan anak cikgu pun dia ada tanda lahir kat belakang leher dia juga."Katanya

"Ohh..tak mungkin tu saya kan.." Kataku seolah-olah bergurau dengan cikgu.

"Ya, tak mungkin ianya kamu.." Katanya sambil tersenyum ke arahku.

Kringg...kringgg tiba-tiba loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah habis dan aku bergegas mengemas bukuku di ataa meja.

"Waktu rehat dah habis..bye cikgu jumpa nanti ya...." Kataku lalu mengambil beg dan beredar dari situ.

Cikgu Irene hanya memandang sahaja pemergianku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience