BAB 32

Horror & Thriller Series 40789

Hayden POV

Aku keluar bersiar-siar di pusat membeli-belah hanya sekadar mencuci mata sahaja. Lagipun sejak kebelakangan hari ini kepalaku sering sahaja pening dan ini adalah masa yang sesuai untuk aku menenangkan fikiran. Tiba-tiba bahuku dicuit seseorang dari belakang dan aku pantas menoleh ke belakang. Sofea?..

"Hi Hayden, saya tak sangka dapat jumpa dengan awak dekat sini." Kata Sofea

Aku segera merenungnya dengan tajam. Berani betina ni tunjuk muka dekat depan aku.

"Kau nak apa?!" Kataku dengan kasar

"Alang-alang awak sorang je dekat sini. Boleh tak kalau kita singgah pergi kat mana-mana restoran dulu. Please..ada something yang saya nak cakap dengan awak." Kata Sofea

"Kau nak apa lagi perempuan?! Kau tak habis lagi ke nak hancurkan hidup aku. Sorry aku langsung takda mood nak bersembang dengan perempuan jalang macam engkau ni!" Kataku dengan sinis

Aku melangkah jauh darinya dan Sofea sempat lagi menahan lenganku.

"Tolonglah Hayden. Bagilah saya peluang untuk bercakap dengan awak. Saya cuma nak cakap yang saya nak minta maaf sebab dah fitnah Maya." Rayunya

"Apa? Minta maaf? Kalau setakat nak cakap minta maaf tu baik kau blah sajalah. Sebab maaf engkau tu sampai bila-bila tak boleh pakai. Kalau maaf engkau tu dapat pulangkan balik Maya, mungkin aku akan maafkan engkau. Buat masa sekarang ni kau jangan sesekali tunjuk muka jahanam engkau kat depan aku." Kataku

"Apa? Maya hilang. Jadi selama ni Maya dah larikan diri dari awak ke Hayden?. Saya betul-betul nak minta maaf kalau saya punca hubungan awak berdua retak." Katanya

"Kau ni memang tak faham bahasalah. Malaslah aku nak bercakap dengan engkau ni." Kataku lalu beredar darinya. Malas nak layan dengan perempuan tak reti bahasa.

****

Maya POV

Aku dan ibuku sedang menikmati makanan di sebuah restoran.

"Maya tak rindu ke dengan ayah angkat Maya." Soal ibuku

"Rindu tu adalah rindu juga. Tapi buat masa sekarang ni Maya nak duduk dulu dengan mak." Kataku

"Tak terasa ke nak pergi jumpa dia." Kata ibuku

"Mak, kalau Maya jumpa dengan dady memang sahlah dia taknak lepaskan Maya lepasni. Ibuku mestilah tak rasa puas nak tinggal bersama dengan Maya kan? Lebih baik kita luangkan masa untuk beberapa tahun dulu lepastu baru Maya fikir sama ada nak jumpa dengan dady ataupun tak." Kataku

"Beberapa tahun. Jadi Maya nak tinggalkan dia dalam tempoh panjanglah macamtu." Kata ibuku

"Bukannya apa mak, sejak Maya tinggal dengan dady ni. Ada-ada je dia layan Maya ni macam girlfriend dia. Taktaulah dahlah masa tu dia ada cakap yang dia nak jadikan Maya sebagai isteri dia. Tak ke pelik mak dahlah dady tu jaga Maya dari kecil. Takkanlah Maya senang-senang macamtu je nak terima dia sebagai isteri dia. Dahlah Maya ni dah anggap dia sebagai bapa Maya sehingga akhir hayat. Dan kalau boleh Maya nak berjauhan dari dia untuk sementara waktu ni. Maya berjauhan dengan dia bukan disebabkan kejadian haritu ok. Kalau boleh Maya nak dia berubah" Kataku

"Bila mak dengar cerita Maya pun rasa merinding pula dengar. Lebih baik Maya janganlah berjumpa dengan dia buat sementara waktu ni. Dady Maya tu memang macamtu ke?" Soal ibuku

"Ya, Maya rimaslah kalau dia asyik nak kongkong hidup Maya sampai sekolah pun nak kena private." Kataku

"After this Maya belajar je dengan ibu. Ibukan seorang guru dah semestinya lah ibu dapat jadi guru private Maya. Maya nak tak?." Kata ibuku

"Suka tu memanglah suka tapi masalahnya Maya tak dapat bergaul dengan rakan. Bosan pulak tu." Kataku

"Ibu bukannya apa. Ibu takut kalau dady Maya dapat jejak lokasi Maya. Itulah ibu takut kalau dia cuba larikan Maya dari ibu lagi." Kata ibuku

"Its ok mak. Maya terima je kalau itu je yang terbaik buat Maya." Kataku.

****

Maya POV

Kami menuju ke arah parking kereta. Belum sempat kami masuk ke dalam kereta tiba-tiba sahaja ada seseorang merentap tangan ibuku.

"Irene, awak pergi mana selama ni?" Kata Vaness

"Kau nak apa lagi?! Aku jijiklah tengok muka kau!" Jerkah ibuku

"Kenapa awak tak datang kat bangunan tu? Bukan kita dah janji ke nak pergi berjumpa dekat sana haritu." Kata Vaness

Aku yang mendengarnya segera buat muka tak tahu. Bukannya apa takut kantoi. Paduhal aku sengaja prank dia haritu.

"Berjumpa? Bila masa aku nak berjumpa dengan jantan tak guna macam engkau ni? Kau ni dah gila ke apa nak tuduh aku sembarangan." Kata ibuku

"Habistu masa saya call awak haritu, awak sendiri cakap nak jumpa dengan saya haritu. Takkan awak dah lupa?" Kata Vaness

"Sejak bila pula..." Kata ibuku tersekat lalu memandangku dengan renungan yang tajam.

Aku pula buat muka 20 sen sahaja.

"Maya...ni semua kerja Maya kan." Kata ibuku meleret

"Sorry mama, Maya sengaja je nak prank dia. Saja nak ajar lelaki yang tak bertanggungjawab macam dia ni." Kataku sambil tersenyum minta puji.

"Mama? Jadi betullah ni anak kita?" Soal Vaness

Ibuku yang mendengar kata-kata lelaki itu terus mencapai tanganku dan memaksa ku untuk masuk di dalam kereta.

"Kau jangan nak sibuk! Itu bukan hal engkau!" Kata ibuku lalu masuk ke tempat memandu dan menghidupkan enjin.

"Irene, stop kereta ni dulu. Pleaselah, bagilah saya peluang untuk bercakap dengan awak sekejap je." Katanya

Ibuku hanya mengedahkannya lalu memandu kereta meninggalkannya. Lelaki itu tadi tidak berhenti mengejar kereta ibuku dari belakang. Parah lelaki macamni. Kesian pun ada juga aku tengok mamat ni. Tapi lantaklah dia tu sapa suruh tinggalkan ibu aku dulu. Rasa kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience