Aku sedang membuat kerja rumah pada waktu malam di dalam bilikku. Sedang aku membuat kerja rumah tiba-tiba sahaja telefonku berdering. Aku terkejut apabila melihat panggilannya adalah dari ibuku.
"Hi Maya, buat apa?" Katanya
"Ehh..mak rupanya. Ni ha Maya tengah buat homework ni. Esok nak hantar. Lagi-lagi homework dari mak ni." Kataku
"Takpa, kalau tak dapat siap pun boleh siapkan untuk esok yang penting Maya kena dapat tidur yang cukup" Katanya
"Takpalah mak lagipun homework ni tinggal sikit je tak banyak" Kataku
"Oklah kalau macamtu. Mak nak tanya ni, boleh share location tak sebab ingatkan mak nak melawat Maya sambil tu mak pun nak tengok juga bapa angkat yang sudi jaga Maya." Katanya
Aku pula mula menelan air liur. Melawat? Ingat bapa aku suka ke kalau orang asing datang rumah dia. Mau dia bawa parang nanti.
"Macamni mak, bukannya Maya taknak tapi masalahnya bapa Maya tak bagi sebab dia tak suka orang lain datang rumah dia. Sepanjang Maya duduk dengan dia mana pernah dia ajak orang datang sini tak kira kenal ke tidak dia tetap tak bagi. Tau-taulah dady orang yang macamana." Kataku
"Takpalah kalau macamtu, sekurang-kurangnya kita masih lagi boleh berjumpa kan kat sekolah?" Katanya
"Ya, mummy.." Kataku
"Oklah kalau boleh mama nak tutup panggilan ni sebab ada banyak kerja nak buat. Ingat,tidur awal ya dan jangan stress sangat waktu belajar. See you tomorrow. Good night." Katanya lalu menamatkan panggilan.
Selepas aku meletakkan telefon tiba-tiba sahaja pintuku terbuka dan bapaku merenungku dengan tajam.
"Kau call sapa sampai bermummy bagai semua tu?" Soalnya.
Dengar sahaja soalan yang terpacul dari mulut dady tiba-tiba sahaja jantungku berdegup kencang. Nak jawab apa ni?
****
"Lebih kurang macamtulah cerita dia, awak tak rasa happy ke bila Maya dapat jumpa ibu Maya semula?" Kataku
"Kau kata aku aku happy? Oh, kau ingat lepas kau dah jumpa ibu kandung kau, kau nak aku lepaskan kau kat dia macamtu? Bodoh!!! In her dream lah!!" Jerkahnya
"Tapi Maya berhak untuk tinggal bersama dengan ibu kandung Maya." Kataku
Bapaku yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapanku terus mencengkam rahangku dengan kuat. Aku menjerit kesakitan.
"Eh!! Kau sedar tak apa kau cakap ni. Aku yang sepatutnya dapat 100% hak penjagaan kau sebab aku dah jaga kau dari kecil. Ingat betina tu senang-senang nak ambil kau semula lepas dia dah buang kau kat tepi jalan raya dan kau masih lagi bodoh anggap dia sebagai ibu kau!! Dia tu memang tak layak sebab dia tu betina sundal dan tahu menyundal je kerja dengan jantan lain. Aku dah penat-penat jaga kau senang-senang macamtu pula dia nak rampas kau dari aku. Aku sesekali takkan benarkan. Ingat! You always be mine and nobody will take you from me. Aku akan bunuh orang tu kalau dia masih berani untuk sentuh kau!!" Katanya seolah-olah memberi amaran
"Tapi dia cakap dia sayang sangat dengan Maya." Kataku
"Sayang? Sayang kepala banggang dia! Eh!! Kalau dia sayang kau, dah lama dia bela kau. Ni ke dipanggil sayang lepas dia dah buang kau macam anjing kurap!" Katanya
"Maya pun nak merasa hidup bersama dengan ibu." Kataku
"Kalau macamni jadinya, aku rasa better kita pindah rumah. Alang-alang pindah sekolah sekali biar tak menyemak dengan betina sundal tu." Katanya
"Awak cakap apa ni? Maya dah mula selesalah dengan sekolah Maya!" Kataku
"Kau ingat aku tak tau ke yang betina sundal tu cuba rampas kau dari aku. Kalau dia tiba-tiba bawa kau lari kat sekolah tu macamana. Korang ingat aku bodoh ke!!!" Katanya.
"Aku tak kira! Aku nak kita pindah juga esok!!!" Katanya lagi
Esok? Cepatnya! Habistu kawan-kawan aku yang lain macamana? Macamanalah kehidupan aku selepas ni.
Share this novel