BAB 24

Horror & Thriller Series 40789

Aku menuju ke dapur untuk minum air kosong. Tiba-tiba sahaja aku terlihat bapaku dan akak Sofea sedang duduk bersama di meja makan sambil menikmati sebuah kek coklat. Mereka pula kelihatan sedang mesra berbual. Aku yang lihat pun just buat tak tahu sahaja dan fokus dengan air kosong.

"Eh..Maya rasalah sikit kek ni. Sedap tau." Kata kak Sofea

Aku yang mendengarnya terus mataku bersinar-sinar. Ingatkan taknak share tadi. Aku pula mengambil sepotong kek itu dan memakannya sedikit demi sedikit. Wah...sedapnya kek ni...

"Sedaplah akak...pandai akak buat." Pujiku

"Sedap tak sedap kau masih demam lagi?" Soal bapaku pula

"Dah ok dah ni. Takda rasa demam lagi." Kataku.

"Ya ke..sini aku check sama ada demam kau betul-betul kebah ke tidak." Katanya lalu meletakkan tapak tangannya pada bahagian dahiku.

"Oklah macamtu kalau dah sihat. Lepasni banyakkan minum air. Kesihatan tu penting." Kata bapaku.

"After this nak tak kita pergi jalan-jalan?." Kata akak Sofea

"Ehh..nak pergi mana pula? Kau kan tengah mengandung." Kata bapaku.

"Alah...bosanlah asyik-asyik duduk rumah. Nak juga pergi tengok pemandangan kat luar sana. Sini asyik-asyik tengok rumah je. Muka pun dah macam rumah juga." Katanya sarkastik

"Oklah kalau macamtu. Maya,kau pun nak join sekali ke?" Soalnya

"Maya ok je. Maya pun nak jalan-jalan juga.." Kataku dengan teruja.

"Kalau nak keluar, pergi bersiap sana." Katanya

"Ok dady ku sayang." Jawabku lalu menuju ke atas bilik.

****

Kami berjalan-jalan di sekitar taman tema. Seram juga tengok roller coaster tu macam nak bunuh orang. Riuh-rendah sunggub kawasan ini bersama-sama dengan kanak-kanak riang. Aku pula menundukkan wajah akibat malu dipimpin oleh bapaku seperti kanak-kanak yang lain. Paduhal dah 17 tahun!

"Awak lepaslah! Malulah orang tengok." Kataku.

"Kau jangan nak banyak songeh. Nanti aku lepaskan engkau entah kemana kau lari nanti." Kata bapaku.

"Biarlah Maya tu nak jalan sorang-sorang. Lagipun dia kan dah besar. Bukannya budak kecil lagi. Awak ni overprotective betul dengan anak awak ni." Kata Kak Sofea.

"Betul tu kak. Maya kan dah besar mestilah pandai jaga diri." Kataku seperti membela diriku.

"Dah besar ke apa ke, aku masih lagi tak yakin yang dia ni boleh jaga diri. Aku dah jaga dia dari kecil sudah semestinya aku tahu perangai sebenar dia ni. Walaupun nama je umur dah besar tapi perangai masih tak matang." Katanya.

"Kalau dah tahu Maya tak matang kenapa papa suruh Maya ambil lesen kereta?" Soalku.

"Yelah kalau kau pandai pandu nanti senanglah kau nak jumpa aku kat tempat kerja aku nanti kalau kau ada apa-apa emergency nanti." Katanya.

"Oh..ya he..." Kataku dengan sinis

Sepanjang kami berjalan memang 24 jamlah kena pimpin macamni. Aku melihat wajah akak Sofea berkerut semacam je. Cemburu barangkali.

*****

Kami menuju ke sebuah gerai kecil dan duduk sana untuk menikmati aiskrim. Aku melihat bapaku kelihatan mesra sekali berbual dengan akak Sofea. Entah berbual pasal apa pun aku malas nak ambil peduli. Aku terlihat ada gula-gula kapas berwarna-warni yang sedang terjual di sana.

Aku mula bangun dari kerusi untuk menuju di sana. Belum sempat aku menuju ke sana tiba-tiba sahaja bapaku menangkap pergelangan tanganku.

"Nak pergi mana tu? Kau jangan nak macam-macam pergi dari sini." Kata bapaku.

"Nak gula-gula kapas tu.." Kataku perlahan

"Kau ni dah makan aiskrim lepastu makan lagi gula-gula kapas. Suka sangat nak dapat kencing manis. Kau jangan nak mengada pergi tempat lain. Duduk sini!" Katanya dengan tegas.

"Biarkan jelah kalau dia nak pergi sana. Apa salahnya?" Kata Kak Sofea

"Kalau aku tak suka bermaknanya aku memang tak suka. Aku tak suka kalau ada orang tak ikut arahan aku." Katanya lalu terpandang suatu susuk tubuh yang tak sepatut dilihatnya. Hatinya mula tidak berasa selesa.

"Dah..dah kita balik lagi sekarang ni.." Katanya dengan secara tiba-tiba.

"Eh..kenapa pula? Kita baru je jalan-jalan takkan nak balik lagi?" Soal Kak Sofea

"Kalau aku kata balik,balik. Kalau kau nak stay sini sorang-sorang aku tak halang. Janji aku dengan Maya dah balik pergi rumah." Katanya.

Bapaku tidak semena-mena menarik tanganku dan memelukku sambil menutup wajahku. Kami berjalan sambil wajahku berselindung disebalik hoodienya. Dah kenapa dia ni?

Akak Sofea pula terkebil-kebil mengikuti langkah kami untuk pulang ke rumah.

"Awak lepaslah. Rimas..." Kataku.

"Kau jangan nak mengada ikut je aku." Balasnya.

Aku mengikuti langkahnya seperti orang bodoh je dengan keadaan berpelukkan. Nanti orang kata apa pula?

****

Irene POV

Aku melihat sekeliling taman tema. Tiba-tiba mataku tertangkap dua susuk tubuh yang sedang jalan berpelukkan. Dah kenapa diorang ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience