BAB 26

Horror & Thriller Series 40789

Hayden POV

Aku melangkah masuk ke dalam rumah selepas melawat Sofea dari hospital tadi. Apabila aku masuk di dalam rumah, aku berasa pelik mengapa Maya tidak muncul dihadapanku. Mungkin dia masih merajuk dengan herdikkan ku pagi tadi. Ah...lantaklah dia! Siapa suruh jadi anak yang kurang ajar..

"Maya! Maya!" Aku memanggil namanya.

"Maya turun kejap!" Jeritku lagi.

Aku menunggu kehadirannya. Tetapi dia masih lagi tidak turun.

"Maya kau pekak ke apa! Aku cakap turun! Jangan ingkar arahan aku boleh tak!" Kataku

Aku menunggunya tapi masih lagi tiada perubahan. Aku mula bercekak pinggang dan menahan amarah. Tunggu kau Maya!

Aku dengan perasaan bengis terus menuju ke biliknya. Aku membuka kasar pintu biliknya. Tetapi yang menjadi hairannya dia  langsung tidak berada di biliknya.

Aku mencarinya di sekeliling rumah tetapi masih lagi tidak menjumpai susuk tubuhnya.

"Maya! Mana kau!" Laungku dengan kuat.

Aku menjerit namanya tapi dia langsung tidak memunculkan dirinya di hadapan aku. Aku mula berasa tidak sedap hati. Aku menuju di biliknya semula. Tiba-tiba aku ternampak sepucuk surat di atas meja belajarnya. Aku terus membacanya.

Kepada bapaku,

Maya nak minta maaf kalau Maya keluar tanpa izin dady. Maya minta maaf kalau selama ni Maya menyusahkan dady. Yelah Maya sedar yang Maya ni cuma anak angkat.  Buat masa ni Maya nak cari ketenangan dulu. Maya tahu nak jaga diri dady tak perlu risau semua tu. Yang pasal masalah keguguran akak Sofia tu sumpah Maya tak buat semua tu. Terpulanglah pada dady sama ada nak percaya ke tidak. Satu je Maya nak cakap yang akak Sofea tu dah lama suka kat dady. Dady terimalah dia sebagai isteri dady. Maya kalau boleh taknak ganggu hubungan dady dan akak Sofea.

Bye dady,

Setelah aku membacanya terus sahaja aku menumbuk meja di sebelahku hingga tanganku cedera. Aku meraup wajahku kasar dan merasa hiba kerana Maya meninggalkan aku. Sampai hati Maya buat dady macamni....

Aku mula tidak berpuas hati dengan pengawal rumahku. Aku menuju ke arah mereka untuk mendapatkan kepastian.

"Aku nak tanya korang ni! Mana Maya aku?!" Soalku.

"Maaf tuan, Maya cakap yang tuan ada call dia untuk jumpa tuan kat hospital sana. Jadi kami pun benarkanlah dia untuk keluar dari rumahni." Kata salah seorang pengawal itu.

"Bodoh!!! Aku mana ada cakap macamtu kat dia! Aku tak pernah pun nak benarkan dia keluar sorang-sorang dari rumahni. Korang buat kerja memang siallah! Yang korang bodoh sangat benarkan dia keluar tu dah kenapa! Mulai harini aku pecat korang! Berambus!"! Hamburku.

Mereka yang mendengar arahan aku terus sahaja berlari anak dari tempat ini.

Aku sudah tidak tahu lagi bagaimana untuk menjejaknya. Ya mungkin aku harus menelefonnya. Aku menunggunya untuk mengangkat panggilanku tapi malangnya tidak berjaya. Aku mendail berkali-kali tapi masih juga tidak berjaya. Hampir sahaja aku mahu menghempas telefon sial ku ini. Aku harus mencari kebenaran. Ya kebenaran dari Sofea. Kau tunggu Sofea!

****

Aku menuju ke arah hospital dan membuka kasar pintu bilik tersebut. Sofia terkejut melihat kehadiranku.

"Hayden, awal juga awak datang." Katanya

"Aku nak tanya kau satu soalan. Betul ke Maya tolak kau?" Soalku.

"Betullah, memang dialah yang tolak saya. Dia buat macamtu pun sebab tak suka dengan kehadiran saya awak tahu tak." Katanya.

Aku mula tersenyum sinis mendengar penjelasannya.

"Kau penipu! Aku dah check cctv kat rumah aku yang dia tak pernah sentuh engkau! Kau memang sengaja nak buat cerita kan! Apa motif kau buat semua ni!" Kataku

Sofea pula mula menggigil ketakutan apabila sudah pecah tembelangnya.

"Sa..saya minta maaf Hayden. Saya buat macamni sebab saya mula suka kat awak. Saya cemburu tengok hubungan awak dengan Maya seolah-olah bukan bapa dan anak. Saya seperti terpinggir oleh layanan awak." Katanya

"Suka kat aku? Cemburu? Hoi perempuan!Kau kena sedar sikit yang Maya tu bukan anak aku yang betul. Memang patut pun aku layan dia macamtu sebab aku dah lama suka kat dia. Aku sedikit pun takda perasaan dengan betina sundal macam kau. Habis suami kau nak campak kat mana? Kau ni memang tak berhati perut ya sampai nak gugurkan anak kau sekali. Kau tahu tak tu satu-satunya waris arwah Ayden suami kau dulu. Sampai hati kau ya mempersia-siakan keturunan dia macam tu je." Kataku panjang lebar.

"Memang niat saya pun nak gugurkan dia! Sebab saya langsung tak cintakan Ayden. Saya cuma cintakan awak sahaja. Tapi awak langsung tak nampak keikhlasan saya sampai saya berkahwin dengan dia! Saya sayangkan awak Hayden dan please jadikan saya isteri awak!" Rayunya

"Jangan mimpilah betina. Aku langsung tak berkenan dengan kau! Hati aku cuma ada Maya sahaja! Disebabkan perangai kau yang nusyuz ini! Aku haramkan engkau jejak kat rumah aku lagi! Lepasni pandai-pandailah kau hidup. Jangan cari aku lepasni!" Kataku lalu melangkah keluar dari bilik ini. Laungannya yang memanggil namaku aku hiraukan. Lantak dialah! Yang penting aku kena fokus dengan Maya.

Maya mana kau? Maafkan aku ya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience