BAB 33

Horror & Thriller Series 40789

Maya POV

Hampir 2 tahun kemudian,

Aku melihat dressku di bahagian hadapan cermin. Boleh tahan cantik jugak dress yang Madam Grace pilihkan untuk aku. Kini aku bekerja sebagai seorang model. Aku dipilih untuk menceburi dalam bidang ini pun disebabkan ini adalah impian aku sejak dari kecil. Ibu aku memperkenalkan aku kepada rakannya, Madam Grace dan dia menceritakan segala-galanya tentang  cita-cita aku untuk menjadi seorang model. Madam Grace juga telah menawarkan aku untuk menjadi ahli modelnya. Madam Grace terkenal sebagai ketua agensi dalam bidang permodelan. Dan dia juga turut terkenal di seluruh dunia.

Aku juga meletakkan nama samaran ku sebagai Lauren. Disebabkan aku tidak mahu identiti ku didedahkan kepada siapa-siapa.

Aku pergi di majlis pertunjukkan memperagakan pakaian di suatu tempat tertentu. Setelah aku tiba di sana, ramai melihat penampilanku seolah-olah terpegun. Tiba-tiba seseorang mencuit bahuku dari belakang. Orang itu adalah Nia iaitu kawanku sejak dari sekolah lagi.

"Wow, you look so gorgeous this tonight babe." Puji Nia

"Takdalah cuma biasa-biasa je. Kau pun apa kurangnya juga." Kataku

"Jom kita pergi sana. Madam Grace pun tunggu kau kat sana." Kata Nia

Kami menuju ke arah Madam Grace. Kelihatan Madam Grace sedang berborak dengan rakannya yang lain.

"Hello, Madam Grace nice to meet you." Kataku

Madam Grace spontan melihat ke arahku.

"You look so beautiful Lauren." Puji Madam Grace.

"Nice to meet you Miss Lauren." Sapa dari salah satu rakan Madam Grace sambil berjabat tangan denganku.

"Nice to meet you too." Balasku.

Setelah kami rancak berbual. Kami melihat pertunjukan fesyen yang sedang berlangsung. Ramai pemodel yang memperagakan pakaian mereka dengan elegan sekali. Setelah acara memperagakan pakaian telah tamat. Pengacara majlis memberikan ucapan tahniah kepada mereka.

"Pada malam yang indah ini kita telah menyaksikan satu pertunjukan fesyen yang sangat menarik oleh model-model kita. Saya harap tuan dan puan puas dengan pertunjukan tadi. Kita juga telah dikejutkan dengan tetamu istimewa kita iaitu Madam Grace dari pengasas Syarikat Florence untuk memberi sebuah ucapan. Dipersilakan." Katanya. Semua penonton tersebut turut menepuk tangan dan Madam Grace melangkah ke atas pentas.

"Saya ingin berterima kasih kepada pengacara majlis kerana sudi membenarkan saya untuk memberikan sebuah ucapan kepada semua tetamu yang saya sanjungi. Saya juga ingin berterima kasih kerana kamu semua sudi datang di sini dan kehadiran awak semua boleh dikatakan meriah juga. Saya harap kamu semua  berpuas hati dengan hasil rekaan terbaru saya yang baru saya keluarkan beberapa hari yang lepas dan berharap kamu semua sukakannya. Dengan ini saya ingin memperkenalkan model baharu saya yang telah semakin naik di dunia permodelan dan dengan ini saya ingin menjemput Miss Lauren iaitu salah seorang ahli model saya yang telah berjaya mencuri hati awak semua di atas pentas." Ucap Madam Grace

Semua penonton mula menepuk tangan dan aku menaiki di atas pentas dengan perasaan tersipu malu. Ramai photographer menangkap gambarku berkali-kali sehingga silau mataku dibuatnya.

"Miss Lauren, boleh awak berikan ucapan kepada mereka semua?" Kata Madam Grace.

Aku pula perlahan-lahan mencapai mikrofon darinya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada awak semua kerana telah menyokong saya selama ini dan tanpa sokongan awak semua mungkin saya takkan berjaya sampai sekarang ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Madam Grace selaku penasihat saya kerana dialah yang memenuhi segala impian saya untuk menjadi seorang model. Dengan ini saya mengucapkan terima kasih sekali lagi dan saya hargai dengan jasa awak semua." Kataku lalu menyerahkan mikrofon tersebut kepada Madam Grace semula dan berlaga pipi dengannya selepas itu.

****

Maya POV

Aku singgah di rumah nenek dan datukku. Mereka mengajak aku makan malam bersama dengan mereka. Ibuku turut ada di sana.

"Datang juga cucu nenek ni ya ingatkan taknak datang. Bukan kemain lagi dress dia nampak." Ujar nenekku sambil mencubit pipiku.

"Takdalah nek, tadi Maya ada datang kat majlis pertunjukkan fesyen sebab Madam Grace yang ajak. Tulah alang-alang baru balik dari sana, Maya singgah kat sini dulu." Kataku

"Maya taknak tinggal kat sini dulu ke, dah larut malamni. Nanti tak sempat pula balik kat rumah. Maya stay jelah kat sini kan penat baru balik dari sana tadi." Cadang nenekku.

"Elok juga tu, alang-alang tinggal kat sini Maya pun bolehlah terus direct kerja esok. Lagipun rumah ni dekat je dekat tempat kerja Maya tu. Maya nak tanya mana mak?" Soalku

"Eloklah kalau macamtu. Ibu Maya tadi tengah sibuk siapkan makanan untuk dinner tadi. Tu yang lambat sikit. Jomlah kita pergi kat dapur dulu tapi sebelum tu Maya mandilah dulu ya." Ujar nenekku.

"Ok nenek" Kataku lalu menuju ke arah bilik khas aku.

Sebenarnya ibuku dan datuk nenekku sudah berbaik sejak tahun yang lepas. Mereka bertemu secara tidak sengaja dan mereka juga saling bermaafan antara satu sama lain untuk menutup khilaf mereka dahulu. Datuk dan nenekku juga sudah mula menerima aku sebagai cucunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience