Hayden POV
Aku sedang ligat memikirkan masalah yang dihadapi oleh Maya. Aku mencari maklumat Johsep di menggunakan data peribadi tetapi satu pun aku tidak menemuinya. Siapakah Johsep? Apa kaitannya dengan Maya? Mengapa Maya juga yang dicarinya?
"Kau ada masalah?" Ujar seseorang di belakangku. Aku sudah jangka siapa itu. Semestinya adalah Dave.
"Kau datang kat sini lagi? Kau nak apa?" Soalku
"Aku nak bagitahu segalanya tentang budak yang kau cari tu. Itu adalah budak lelaki yang aku bunuh beberapa tahun yang lalu atas sebab dendam. Kemungkinan ada orang sedang berdendam dengan kau. Jadi aku nak kau dan Maya lebih berhati-hati selepas ni." Ujarnya
"Kenapa kami pula jadi mangsa? Bukan engkau ke yang bunuh dia?" Soalku
"Aku dah mati. Jadi dia dah tak boleh buat apa-apa. Sebagai gantinya, korang yang akan jadi target dia." Ujarnya
"Boleh tak kalau kau siasatkan lebih lanjut pasal budak tu untuk aku? Aku satu maklumat pun belum tahu pasal budak tu." Kataku
"Aku kena pergi lepasni sebab aku tak boleh lama. Kalau kau nak putuskan sihir tu, minta bantuan dari Sir Marcus. Sebab dia lebih tahu pasal semua ni." Katanya lalu menghilangkan diri dari pandanganku.
Aku pula hanya berfikir sejenak sambil berpeluk tubuh.
****
Hayden POV
Aku mencari keberadaan Maya di dalam rumahku. Tapi di manakah dia?
"Maya..Maya.." Aku memanggil namanya.
Aku mencari Maya di sekeliling tapi satu tempat pun aku langsung tidak menemuinya. Ada satu tempat yang belum aku geledah iaitu dapur. Aku pergi ke arah dapur dan mendapati bahawa Maya sedang memakan sesuatu yang menjijikan di atas lantai dan menjilatnya dengan kelakuan yang sangat tidak senonoh. Mataku mula terpana dan betulkah ini adalah Maya?
Maya menjilat telur mentah di atas lantai dengan rakus sekali.
"Sayang...sayang dah kenapa jadi macamni sekali?" Ujarku. Maya mula memandang aku dengan keadaan mulut yang comot dengan sisa telur mentah. Dia mula tersenyum ke arahku dengan senyuman yang sangat menakutkan.
"Hi dady...hi..hi..hi.." Ujarnya lalu ketawa dengan perlahan.
Mulutku mula terlopong besar. Apa yang sudah jadi padanya. Aku mula menuju ke arahnya dan mencengkam dagunya dengan kuat.
"Kau buat apa ni?! Lepaskan aku!!!" Jeritnya
"Eh setan!!! Keluar dari badan Maya sekarang!!!" Tengkingku
"Ha..ha..ha..kalau aku taknak keluar kau nak buat apa? Aku akan balas balik dengan apa yang kau buat. Kau yang mula semua ni Hayden sebab kau dah tolak cinta aku. Aku akan hapuskan budak ini sekarang juga! Lepas tu bolehlah kita kahwin sama-sama ha..ha..ha.." Ketawanya dengan nyaring.
Aku yang mula panas hati itu terus menarik rambutnya.
"Arghh!! Sakitlah Hayden!!" Jeritnya
Aku mengambil segenggam garam dan membacakan mantera pada garam tersebut lalu melontarkan padanya.
"Arghh..berhenti!! Panas..panas!!" Jeritnya
Aku tidak berhenti melontar garam ke arahnya sehinggalah dia keluar daripada badan Maya.
"Kali ini kau menang! Tapi ingat, lepas ini ada ganjaran buat engkau. Ha..ha..ha.." Katanya lalu keluar dari badan Maya. Maya pula terus rebah di lantai dan aku cepat-cepat mencapai tubuhnya.
Aku terus mengusap wajah Maya perlahan dan membersihkan sisa cecair telur pada wajahnya.
****
Aku menghantar Maya ke rumah Sir Marcus.
"Lebih kurang macamtulah ceritanya Sir Marcus, Sir kenalkan siapa Johsep tu sebenarnya." Kataku
Sir Marcus hanya mengangguk sahaja. Dia terus memegang tangan Maya untuk menyerap aura hitamnya.
"Sebenarnya ada orang hantar benda kat Maya untuk ganggu emosi dia. Yang pasal budak bernama Johsep itu bukan sebab dendam dia hadir dalam hidup Maya. Tetapi ada orang hantar roh Johsep untuk menakutkan kamu sebenarnya." Ujar Sir Marcus
Aku hanya mendengar sahaja sambil mengusap perlahan kepala Maya yang masih baring diribaku yang belum sedarkan diri.
"Sir tahu tak mana tempat tinggal budak tu?" Soalku
"Nanti Sir akan berikan alamat rumah dia pada kamu. Rumah dia tak jauh dari rumah arwah Dave. Tapi tu dalam kawasan hutan." Katanya
"Aku tak kisah asalkan aku dapat jumpa siapa si bangsat yang dalang semua ni." Kataku
"Pergilah. Pergilah cari keamanan kamu." Kata Sir Marcus
Mataku tertancap pada Maya yang masih tidur di ribaku.
"Tolong jagakan Maya untuk aku boleh tak?" Kataku
"Boleh. Kamu tinggalkan dia kat sini dia lagipun kat sini ada Lana dan juga Bella yang boleh tengokkan dia." Kata Sir Marcus
"Terima kasih Sir, aku pergi dulu." Aku terus mengangkat badan Maya dan meletakkannya di atas sofa. Sebelum itu aku mencium dahinya dengan perlahan sebelum beredar dari situ.
"Dady janji yang dady akan sentiasa lindungi Maya." Kataku perlahan.
Share this novel