Aku melihat rumah baru kami. Wah!! Besarnya dah serupa macam villa. Kalau nak dibandingkan dengan rumah lama kami memang jauh beza sebab rumah lama kami boleh dikatakan kecil sedikit berbanding dengan yang ini. Yang aku heran, kenapa mesti dikelilingi hutan?. Kalau ya kot nak sembunyikan aku tak perlulah sampai nak pindah dalam hutan sekali.
Aku melihat sekeliling villa yang penuh dengan kawalan pengawal keselamatan. Wah..siap ada pakej dengan bodyguard sekali..
Apabila aku dan bapaku tiba di hadapan rumah. Aku terlihat dua susuk tubuh yang sedang menunggu kehadiranku dan bapaku. Susuk tubuh yang cukup aku kenal. Sir Marcus dan Uncle Dave?
Kemudian aku terlihat Uncle Dave menepuk perlahan bahu bapaku.
"Dah sampai juga kau ya. Lama aku tunggu korang kat depan ni. Tapi apa-apa pun ni rumah korang dan harap korang selesalah dengan rumah baru korang." Ujar Uncle Dave
"Kau dah tak duduk sini lagi ke?" Ujar bapaku
"Tak, sebenarnya aku dah lama pindah kat tempat lain. Daripada aku biarkan rumah ni jadi terbengkalai bagus kau dua duduk kat sini." Kata Uncle Dave
"Oklah kalau macamtu. Maya..salam dengan Uncle Dave dan Sir Marcus" Kata bapaku lalu menyuruhku untuk bersalam dengan dua susuk tubuh di hadapanku.
"Hi Maya, dah besar juga kau sekarang ni ya. Dah tak ingat dengan aku ke?" Soal Uncle Dave
"Mestilah Maya ingat uncle yang hensem ni. Maya rindu pula dengan uncle sebab lama dah tak jumpa." Kataku
Bapaku hanya menjeling tajam pada Uncle Dave
"Kau Maya jangan nak cakap orang lain hensem selain daripada aku. Hanya aku seorang saja layak dapat pujian tu." Celah bapaku
"Ceh...kau jeles?" Soal Uncle Dave
"Jeles tak jeles aku tetap tak suka." Kata bapaku pula.
"Kalau Maya bosan, Maya boleh je jumpa dengan Aunty Lana. Tapi buat masa sekarang ni dia sibuk dan tunggu waktu lapang sajalah kalau nak jumpa dia. Lagipun uncle dah kahwin dengan dia lepasni takdalah Maya nak merasa bosan." Kata Uncle Dave
Lana? Lana mana pulak? Takkan Kak Lana kot. Mungkin nama sama tapi orangnya berbeza. Mungkinlah...
"Uncle dah kahwin? Kenapa tak bagitahu?! Sampai hati uncle kan taknak bagitahu Maya." Marahku
"Sorry, uncle kahwin pun buat macam majlis tertutup macamtu. Nanti ada masa uncle janji akan bawa Aunty Lana kat sini." Kata Uncle Dave
"Uncle janji eh..kalau tak siap uncle.." Kataku
"Ok..by the way aku nak gerak dulu bro. Dan kalau ada masa aku cari kau. Aku cau dulu." Kata Uncle Dave lalu dia dan Sir Marcus menuju ke arah kereta dan berlalu pergi dari kawasan perkarangan rumah.
Aku hanya melihat sahaja pemergian mereka.
"Tunggu apa lagi kat...dah jom masuk.." Kata bapaku lalu menarik tanganku untuk masuk ke dalam rumah. Barang kami pula turut diangkut oleh pembantu rumah.
****
"Maya bosanlah tak pegang telefon. Berapa lama awak nak simpan" Soalku
"Tunggu dulu, nanti aku bagi kau." Katanya yang sedang ralit menghadap laptop
"Apa yang awak nak buat dengan telefon Maya?" Soalku
"Ada something lah aku nak buat dan kau tak perlu tahu." Katanya
"Kenapa pula tak boleh tahu? Tu kan telefon Maya? Maya berhak tahu" Kataku lagi
"Kau ni boleh senyap tak! Aku nak buat kerja pun tak senang. Diam-diam je lah tak perlu nak banyak songeh tanya soalan apa endah. Aku taulah nak bagi telefon tu macamana. Takkan hilang punya telefon kau tu." Katanya
"Ok..Maya minta maaf sebab banyak tanya soalan." Kataku lalu menundukkan wajahku.
Share this novel