BAB 19

Horror & Thriller Series 40789

Aku diajar oleh guru privateku. Guru yang mengajar aku adalah Madam Carine. Iaitu guru yang mengajar subjek Fizik. Aku memandang ke arah sudut tempat lain dimana bapa aku yang sedang memerhatiku ketika kami berada dalam sesi pengajaran.

Kadang-kadang bapaku memerhati aku dan kadang-kala pula dia menghadap laptopnya.
Madam Carine pun satu juga nak kata serius dalam mengajar tak juga sebab matanya dari tadi menoleh ke arah bapaku dan bila bapaku memandangnya cepat-cepat dia mengalihkan pandangan padaku.

Kalau datang sini semata-mata nak mengusya bapa aku, baik tak payah ajar orang.

"Ok..kalau Maya dah baca semua ni. So cikgu ada something nak suruh Maya buat ni. Maya jawab soalan 2 ni dapat tak?" Soalnya.

"Dapat kot nanti Maya cuba." Kataku

"Kalau tak dapat cikgu boleh tolong Maya." Katanya

"Takpa-takpa nanti Maya cuba." Kataku.

Mata kami tertacap apabila bapaku mula pergi ke arah dapur. Sedang aku menjawab latihan tiba-tiba sahaja Madam Carine bertanya soalan padaku.

"Mana ibu Maya? Cikgu tak nampak pun?" Soalnya

"Maya takda mak, cuma ada bapa je. Mak Maya dah lama meninggal dunia." Tipuku untuk sengaja mengujinya

"Ohh...macamtu rupanya..jadi cuma ada Maya dengan bapa jelah kat rumah ni?" Soalnya

"Ya.." Kataku

Aku dapat lihat disebalik wajahnya yang menyembunyikan senyuman kecil. Ada motif ke dia ni?

"Maya tak teringin ke nak ada ibu baru?" Soalnya.

Lain macam je soalan minah ni.

"Taklah juga. Sebab Maya rasa cukuplah ada bapa sorang je dalam hidup Maya. Maya dah cukup selesa dengan semua tu." Kataku

"Tak boleh juga macamtu, Maya kena juga merasa ada ibu. Ada ibu best tau sebab hati seorang ibu ni lain tau tak macam bapa. Sebab ibu ni dia akan bagi perhatian 24 jam kalau nak dibandingkan dengan bapa." Katanya bersungguh-sungguh.

Aku pun dah memang ada ibu kandung aku sendiri. So? Apa nak risau lagi?

"Oh ya ke..sorrylah Maya tak tahupun" Kataku lalu melemparkan senyuman palsu

"Kalau cikgu jadi ibu Maya, Maya suka tak?" Soalnya.

What!! Nak jadi ibu aku?! Memang minta simpang tiga orang ni. Memang tak sah tafsiran aku yang dia ni cuma tahu nak menggatal dengan bapa orang. Geram betul aku ngan minah ni!!

"Kenapa pula cikgu tanya macamtu, saya tak fahamlah cikgu?" Kataku yang sedang berpura-pura tidak faham. Ni aku rasa macam nak baling tepung kat muka dia ni, biar tambah putih macam hantu cina.

"Cikgu ikhlas tau jadi ibu Maya. Cikgu janji yang cikgu akan jaga Maya bagai menatang minyak yang penuh." Katanya.

Ceh menatang minyak yang penuh konon. Kalau dia kahwin dengan bapa aku entah wujud ke tidak aku depan dia ni nanti.

"Dah dah..jangan nak banyak songeh. Kalau diri tu cikgu buat cara cikgu tak payah nak terhegeh-hegeh cakap pasal benda mengarut." Kata bapaku yang entah mana datangnya secara tiba-tiba.

Aku dan Madam Carine terkejut melihat kehadiran bapaku dan Madam Carine pula mula tersenyum malu.

Aku melihat bapaku meletak segelas air milo ais di atas mejaku.

"Ni untuk saya ke, terima kasih awak." Kata Madam Carine. Belum sempat dia mengambil air tersebut cepat-cepat sahaja bapaku menepis tangannya.

"Eh..jangan ambil air anak aku. Ni khas untuk anak aku je. Aku cuma bayar kau untuk ajar anak aku dan bukannya jadi maid kau. Kau kena ingat tu." Kata bapaku.

Aku mula tersenyum mengejek manakala Madam Carine membuat muka cemberut. Malu lah tu...

"Saya yang mengajar ni pun haus juga. Jadi awak kenalah buat untuk saya juga." Katanya

"Kalau macamtu kau suruh pembantu rumah tu buat untuk kau." Kata bapaku

"Tapi saya nak awak yang buat. Kalau awak buat nampak sedap pula." Katanya

"Sedap ke tak sedap kau pergi suruh pembantu rumah tu yang buat jangan nak mengada suruh aku buat itu ini. Jangan sampai aku halau kau baru kau nak menyesal." Kata bapaku.

"Eh, jangan-jangan..ok saya suruh pembantu rumah awak yang buat. Puas hati?" Katanya.

"Faham pun. Dah kau pergi ajar anak aku jangan nak banyak cakap pula. Kau pula Maya fokus apa yang dia ajar. Kalau dia ajar benda pelik, kau cepat-cepat report dengan aku tau." Katanya

"Ceh.." Madam Carine mendecit perlahan

"Ok.." Jawabku

Aku melihat bapaku berlalu pergi..
Lepasni nak kena hadaplah pula minah ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience