BAB 28

Horror & Thriller Series 40789

Hayden POV

Aku meneguk beberapa minuman keras. Minda ku melayang memikirkan tentang Maya. Hampir setiap hari aku berkhayal tentang Maya. Setiap raut wajahnya ku kenang setiap hari.

?

"Fitra! Fitra!" Aku memanggil nama Fitra a.k.a pembantu rumahku. Beberapa minit kemudian dia datang dengan tergesa-gesa.

"Ya tuan!" Katanya dengan tergugup

"Kau kat mana! Aku dah panggil kau kenapa kau datang lambat! Kau memang tak takut pecat ke!" Kataku dengan kuat

"Ma..maaf tuan, saya janji takkan buat lagi..." Katanya dengan perlahan.

"Kau ni tahu maaf je kerja....tapi buat kerja pun lembab!! Mana air aku!!" Kataku

"Ini dia tuan..." Katanya sambil menghulurkan minuman keras padaku.

"Kau boleh cau!! Ingat kalau kau buat kerja lembab lagi aku pecat kau nanti!! Faham!!!" Kataku

Fitra segera beredar dari bilik tuannya yang disudahi bau yang tidak menyenangkan. Keadaan tuannya makin lama makin tidak terurus sejak pemergian Maya beberapa minggu yang lalu. Hampir setiap hari dia mendengar tuannya menyanyikan tentang Maya pada setiap malam. Setiap malam tu jugalah suaranya selalu bergema di dalam rumah. Tak perlu pasang lagu pun dia sendiri yang akan membuat konsert di dalam rumah.

****
Hayden POV

"Takkan kau masih lagi tak dapat apa-apa maklumat pasal Maya?" Kataku dalam panggilan telefon

"Takde, masih belum jumpa lagi location dia. Aku rasa dia dah pergi jaulah. Nak check cctv kat seluruh tempat pun tak jumpa." Kata Dave

"Maka kau ni ahli pakar dalam menggodam sistem maklumat, kenapa benda kecil macamni pun kau tak dapat buat?" Kataku dengan nada tidak berpuas hati.

"Sabarlah bro masih banyak benda lagi aku nak check ni. Maya ni dah umpama virus dalam bumi tau. Nak cari tu memang susah nak jumpa." Katanya

"Lembab lah kau ni! Kalau macamni kerja kau baik aku sendiri lah yang cari!" Kataku lalu menamatkan panggilan dan membalingnya ke arah pintu.

Takpa Maya, tunggu kau. Kalau aku dapat engkau jangan harap aku nak lepaskan engkau. Ha!ha!ha....

?

Kemudian aku duduk sambil meneguk sebotol air keras. Sambil itu aku menyanyikan lagu berkaitan dengan Maya.

"Maya...Maya...engkaulah ratu hatiku. Ha...ha..ha... Maya...Maya...janganlah tinggalkan daku...." Dia menyanyi sambil ketawa seorang diri.

Dah parah nampaknya Hayden ni...

*****

Maya POV

Aku dan ibuku sedang menonton drama di dalam televisyen. Itupun cerita tentang dinasour apa endah. Ya sekarang aku tinggal bersama ibuku. Kami yang sedang menonton televisyen dengan ralitnya tiba-tiba sahaja terdengar ada orang mengetuk pintu.

"Sapa tu?" Soalku

"Entah..." Jawab ibuku

"Takpalah Maya tolong buka ya..." Kataku

Aku menuju ke arah pintu dan membukanya. Aku terkejut apabila melihat seseorang lelaki yang agak asing bagiku.

"Encik ni siapa?" Soalku

"Kau ni sapa pulak?" Katanya

Pelik betul aku tengok mamat ni. Maka dia sendiri yang datang sini lepastu soal balik kat kita yang kita ni siapa bagi dia. Dah tau diri tu orang asing buatlah cara orang asing.

"Siapa yang datang tu?" Soal ibuku lalu berdiri pegun setelah melihat gerangannya. Aku pelik mengapa ibuku melihat orang itu seolah-olah terkejut.

"Van...Vaness.." Kata ibuku dengan tergugup

"Irene...." Kata lelaki itu pula

Ibuku yang tidak berpuas hati menuju ke arah orang itu dan menghadiahkan satu tamparan pada pipinya. Aku mula terkejut dengan tindakan ibuku.

"Kau buat apa kat sini! Tak cukup kau dah musnahkan hidup aku lepastu kau senang-senang cari aku kat sini! Kau berambus dari sini aku taknak tengok muka kau lagi! Berambus!!" Jerit ibuku seperti orang hilang akal

"Irene...maafkan aku...aku tahu selama ni aku dah buat salah dekat kau. Aku minta maaf sebab aku dah abaikan engkau. Aku janji dengan kau lepasni aku akan tebus balik segala kesalahan aku. Tolong maafkan aku ya..." Kata lelaki itu

"Maaf? Dengan semudah tu aku nak maafkan lelaki tak guna macam engkau ni. Engkau ingat aku ni senang-senang nak maafkan engkau? Huh...nonsense. Aku pun tak tahulah macamana kau boleh dapat alamat rumah aku. Kau dengar sini! Kau sampai bila-bila pun takkan dapat kemaafan dari aku. So lepasni kau boleh berambus dari sini. Pergi!!" Kata ibuku

"Aku nak tahu siapa budak kat sebelah engkau ni. Anak aku ke?" Soalnya

"Eh!!! Anak kau dah lama matilah! Ni anak saudara aku! Gara-gara engkaulah anak kita dah mati. Anak konon...tapi haritu kau senang-senang saja mengaku yang anak aku kandungkan dulu tu adalah anak haram. Puas hati kau! Aku dah taknak lagi tengok muka kau dan pergi dari sini sebelum aku call polis!" Ugut ibuku

Ibuku menutup pintu tersebut dengan kuat kerana tidak sanggup melihat muka lelaki jahanam itu. Kemudian ibuku mula menangis teresak-esak. Aku masih lagi termenung tentang kejadian tadi.

"Mak, siapa lelaki tadi tu?" Soalku

"Dia takda kena mengena dengan kita Maya. Just lupakan pasal dia." Katanya

"Itu ayah Maya kan?" Soalku

Ibuku yang mendengar soalan tersebut terus sahaja memandangku.

"Mak jangan nak tipu, Maya tahu yang dia tu ayah Maya. Nampak sangat yang dia tu tengah cari anak dia." Kataku

"Maya..." Katanya lalu memandangku

"Maya janji ya jangan tinggalkan ibu walau macamana sekali. Ibu dah takde sapa-sapa kecuali Maya je. Janji dengan ibu ya." Katanya lagi

Aku terus memeluk bahunya.

"Maya janji..." Kataku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience