BAB 9

Horror & Thriller Series 40789

Aku pergi perpustakaan seperti biasa untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh cikgu pada waktu rehat. Tiba-tiba aku ternampak Cikgu Irene melangkah ke arahku dan duduk di sebelahku.

"Hi, ni Maya kan?" Ujar Cikgu Irene

"Ya, saya cikgu. Ada apa boleh saya bantu?" Soalku.

Ni mesti nak tanya pasal semalam ni.

"Takde apa, cuma cikgu nak tanya, kenapa kamu tak datang semalam?. Semalam banyak tau aktiviti yang kami buat. Seronok tau. Rugi kamu tak ikut. Kamu ada apa-apa masalah ke?" Soalnya.

"Bukannya saya taknak ikut cikgu, tapi masalahnya bapa saya langsung tak bagi kalau nak join apa-apa aktiviti ke. Dia cakap semua tu takda manfaat. Lainlah kalau kelas tambahan tu baru dia bagi." Kataku

"Takda manfaat? Ada apa sebab kamu dapat meluangkan masa bersama dengan rakan kamu biar dapat eratkan lagi hubungan dengan kamu dengan rakan kamu. Lagipun cikgu bolehlah kenal dengan lebih dekat lagi dengan Maya." Katanya

"Oh ok cikgu. Tapi nak buat macamana kalau ayah saya tu seorang yang kuat mengongkong." Kataku

"Takpa, kamu boleh je bincang baik-baik dengan ayah kamu tu. Eh jap..." Kata Cikgu Irene yang tiba-tiba terhenti.

Cikgu Irene mula memandang sesuatu di belakang leherku.

"Dekat belakang leher kamu ni apa?" Soalnya

"Ohh..yang ni tanda lahir sejak kecik lagi cikgu." Kataku

"Ohh.." Dia hanya mengangguk

"Kenapa cikgu?" Soalku

"Takde, cuma tanda lahir kat belakang kamu ni mengingatkan cikgu kepada seseorang." Katanya

"Siapa cikgu?" Soalku lagi.

"Taktaulah Maya. Kalau boleh cikgu taknak ingat lagi pasal kisah silam hitam cikgu. Biar jelah benda tu berlalu." Katanya

"Cikgu ada kisah silam hitam?" Kataku

"Ya, sebab dulu waktu remaja dulu cikgu ni seorang yang boleh dikatakan liar juga. Dulu cikgu langsung takda pegangan agama yang kuat. Terjebak dengan araklah, seks dan sebagainya.." Katanya

"Ya ke? Macamana cikgu boleh jadi guru pula?" Soalku

"Panjang sebenarnya kisah hidup cikgu ni. Tapi biarlah kisah ni berlalu dan pergi buat selama-lamanya.." Katanya

"Tapi kalau saya nak tahu takpe kan?" Kataku

"Kenapa pula Maya nak tahu" Soal Cikgu Irene

"Sebab saya dah mula tertarik dengan kisah silam cikgu?" Kataku

Cikgu Irene mula mengeluh perlahan.

"Betul nak tahu?" Katanya

"Ya" Kataku

"Ok, but promise me dont tell other people?" Katanya

"Ok promise...

Share this novel

happyvirus
2021-10-20 13:04:40 

ok tgh tggu next chapter ... makin menarik ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience