BAB 41

Horror & Thriller Series 40789

Irene POV

"Mak, Irene risaulah. Semenjak 2 bulan ni Irene langsung tak dengar khabar dari Maya. Irene call dia beberapa kali pun dia langsung tak angkat. Bukan call saje. Cari dia kat rumah pun dia takda kat sana juga. Irene tak sedap hatilah mak. Kita buat laporan polis ya." Kataku dengan penuh gusar.

"Irene, mungkin mana tau nanti kalau Maya tu tengah sibuk buat photoshoot dekat luar negara. Dia kan model. Dah semestinyalah yang dia tu sibuk sepanjang hari. Mungkin dia takda masa nak angkat call sebab terlalu sibuk sangat. 2 3 hari nanti pandailah dia angkat call." Kata ibuku

"Tapi mak, Irene sekarang ni betul-betul tak sedap hati. Macam ada sesuatu tak kena dengan dia." Kataku

"Irene ada call manager dia ke? Mungkin dia tahu kat mana Maya sekarang ni?" Ujar ibuku

"Betul juga cadangan mak tu. Nanti Irene akan call dia kejap lagi." Kataku

"Eloklah tu." Ujar ibuku

Aku berharap sangat agar anak aku tidak diapa-apakan. Ya tuhanku kau lindungi lah anak aku.

****

Hayden POV

Aku sekarang berada di kawasan yang dikelilingi oleh bunyi yang bising iaitu kelab malam. Aku melihat ramai manusia yang sedang melakukan perbuatan terkutuk iaitu berpelukan,berciuman yang tidak padan dengan manusia haram.

"Kau ok tak ni?" Ujar Mark

"Aku ok je." Kataku perlahan sambil menghembuskan asap rokok.

"Aku tengok kau macam tak happy semacam je. Kau ada masalah ke." Kata Mark

"Aku baru je kehilangan abang aku. Sebab tu lah buat masa ni aku perlukan ruang sikit untuk hilangkan kemurungan aku." Ujarku

"Abang kau? Apa maksud kau? Dia hilang macamana tu?" Katanya dengan hairan.

Ni aku rasa macam nak bagi penyepak jak kat muka dia ni. Boleh pulak bagi soalan bodoh.

"Dia meninggal beberapa bulan yang lalu." Kataku

"Apa?! Are you seriously?! Dia sakit apa?!" Katanya dengan sangat terkejut.

"Dia dibunuh waktu dia nak selamatkan isteri dia." Kataku

""Jahanam punya orang tu. Yang si bangsat tu dah kena tangkap ke?!"katanya

"Dah. Dia selamat ke tali gantung." Kataku walaupun aku tahu sekarang aku sedang memanipulasikannya. Walhal dia dibunuh oleh Sir Marcus cun-cun kematian abangnya.

"Oh...memang padan mukalah dia. Harap dapat jumpa neraka." Katanya seperti melepaskan amarah.

"Aku harap kau bertabahlah dengan kematian abang kau dan aku nak ucapkan takziah dekat kau." Katanya dengan memberi sokongan moral kepadaku.

"Aku pergi tandas kejap kau tunggu aku kat sini dulu ya." Kataku lalu mengangkat punggung untuk pergi ke arah tandas.

Setelah aku keluar dari tandas tiba-tiba sahaja bahuku dilanggar oleh seseorang. Aku segera menoleh ke arahnya. Sofea?

"Hayden! Oh my god finally I meet you! How are you today?" Katanya seolah-olah teruja menemuiku.

Aku mula memandangnya dengan perasaan menyampah. Hidup lagi betina ni.

"Kau nak apa?! Apahal kau muncul lagi kat depan aku?!" Kataku

"Hayden..takkanlah you tak rindu I. Dah 1 tahun lebih kita tak jumpa. You tak rindu I ke?" Katanya dengan wajah sayu. Menyampah.

"Kau ingat aku ni sapa nak rindu betina macam engkau ni. Kau ni memang tak habis-habis ya nak bagi malang kat nasib aku." Kataku

"Hayden I rindu you tau. I dah cari you merata tempat tapi tak dapat kesan you. Tolong maafkan kesilapan I dulu dan kita berkawan ok?" Katanya

"Kau dengar sini betina. Entah berapa jantan yang kau pergi hentam pun aku tak tahu. Kau ingat aku sanggup ke nak berkawan dengan kau apatah lagi nak tengok muka jijik kau tu. Sedar dirilah sikit yang diri tu dah takda maruah. Ada hati nak berkawan dengan aku." Kataku

"Hayden, you tak baik tau cakap macamtu dengan I. Bukan I yang nak layan diorang tapi diorang tu yang terhegeh-hegeh dengan I. Dahlah tak padan dengan tua. You ingat I ni sanggup ke nak bagi tubuh I ni dekat jantan jijik tu." Katanya

"Sofea, aku menyesal tau sebab biarkan arwah Ayden dulu kahwin dengan kau. Tak sangka perangai kau macamni. Lepastu kau gugurkan lagi anak korang berdua. Kalau aku tahu perangai kau macamni. Dah lama aku suruh Ayden tu reject dekat kau. Aku tahu yang dia pun akan turut jijik juga dengan betina jalang macam engkau." Kataku

Aku segera beredar darinya dan meninggalkannya dengan terpinga-pinga. Malas nak layan.

"Kau tunggu Hayden perempuan jalang nilah yang kau akan sanjung suatu hari nanti..." Desis hati Sofia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience