BAB 38

Horror & Thriller Series 40789

Aku menonton tv dengan ralitnya. Buat masa sekarang ini Hayden tiada di rumah disebabkan atas urusan kerja. Aku pula sudah 3 hari dikurung di dalam rumahnya. Kehidupanku seolah-olah seperti banduan yang dikurung dalam penjara. Mahu lari pula, tak mungkin berjaya kerana Hayden telah menyediakan pengawal rumah berbadan sasa serta sistem kawalan yang canggih di dalam rumah untuk memastikan aku tidak lari lagi dari rumah. Maklumlah Hayden adalah seorang pencipta sistem teknologi canggih semestinya dia akan buat apa sahaja demi aku.

Buat masa sekarang ini aku dilarang untuk bekerja disebabkan Hayden tidak suka akan karierku sebagai model. Dia memaksaku untuk berhenti bekerja tetapi aku membantah kerana aku amat menyayangi pekerjaanku. Dia pula menguggutku sekiranya aku tidak mendengar arahannya dia akan memperondak-randakan kehidupan keluarga kandungku dengan cara membunuh. Apabila aku mendengar ugutannya fikiranku terlintas mengingat kembali sewaktu dia menjadi seorang kanibal dan aku tidak mahu kejadian tersebut berlaku sama pada keluargaku.

Mahu tidak mahu terpaksalah aku mengikut permintaannya atas sebab aku sayang akan keluargaku. Tapi bagaimanahkah pandangan orang terhadapku sekiranya aku mengundur diri di dunia model? Tidak kah aku akan dikecam?

Arghhh...lantaklah asalkan keselamatan keluargaku terjamin. Hilang impian takpa tapi jangan sampai hilang keluarga. Kerana keluarga adalah sesuatu yang berharga buat kita.

Tiba-tiba aku terdengar seseorang membuka pintu dan aku sudah mengagak bahawa orang itu adalah Hayden. Hayden menuju ke arahku dan membaringkan kepalanya di ribaku seperti biasa.

"Aku dah bincang dengan Madam Grace yang kau akan beralih menjadi model kat syarikat aku. Kami dua dah berunding dan aku janji yang aku akan tawarkan dia sebanyak 5 juta dan dia pun dah setuju. So sekarang ni kau adalah orang di bawah aku dan aku berhak untuk mengurus tentang hal engkau. Tapi aku cakap yang aku nak jadikan engkau sebagai model aku tu cuma tipu-tipu je sebab aku dah rancang untuk suruh kau diam kat rumah saja. Aku taknak tengok kau bekerja lagi. You understand?" Katanya

What?!! Madam Grace setuju nak jualkan aku dengan dia? Sampai hati madam. Aku dah bekerja dia selama setahun dan dia senang-senang je nak bagi aku dengan orang lain.

"Habistu kalau wartawan tanya kenapa Maya menghilang lepastu Maya nak jawab apa?" Soalku.

"Tu nanti pandai aku uruskan. Aku tahu macamana nak layan dengan budak mentah kat luar sana tu. Kerja kau cuma kena layan aku macam raja kat rumah dan kau tak boleh bantah." Katanya

"Maya taknak sebab awak tak boleh suka-suka nak tentukan masa depan Maya. Awak tahu tak yang Maya ni dari dulu lagi suka pekerjaan model. Kenapa awak nak musnahkan impian Maya macamtu sekali? Bukanke awak sendiri cakap masa Maya kecil dulu tu yang awak berjanji untuk tunaikan impian Maya. Kenapa bila Maya dah capai impian Maya tu awak pula yang musnahkan segala-galanya?." Kataku

"Aku tak halang engkau jadi model tapi syaratnya kau kena tunjuk kat depan aku sorang saja. Semua gambar seksi engkau kat media sosial sana nanti aku godam sebab aku taknak diorang tengok badan seksi engkau." Katanya

"Awak ni tak adil lah! Maya taknak jadi model awak. Maya nak jadi model seluruh dunia." Kataku

"Dah jangan nak bising lagi kalau kau bercakap lagi aku cium kau nanti jangan nak main-main." Kata Hayden

"Habistu macamana Maya nak cari duit kalau kerja pun tak." Kataku

"Yang tu kau tak perlu risau kalau kau layan aku dengan baik, aku bagi kau gaji besar. Kalau kau buat tak endah dengan aku jangan harap aku nak bagi kau satu sen. Taik hidung pun aku tak sudi nak bagi dekat kau." Katanya

"Sapa nak taik hidung awak kotor pulak tu." Kataku

Hayden pula hanya ketawa mengejek sahaja apabila mendengar kataku.

****

Aku melihat jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Lagipun keadaan di tingkat sana sungguh gelap dan sunyi. Hanya bunyi cengkerik sahaja yang kedengaran. Aku mendapat satu idea mengapa aku tidak lari menggunakan tingkat. Muhahahiu. Aku pula boleh dikatakan sangat terkongkong di dalam rumah ini dan berasa rimas dengan peraturan yang ketat di dalam rumah ini. Kalau aku nak menghubungi ibuku pula tidak dapat kerana telefonku dimusnahkan oleh Hayden. Sudahlah aku terlalu rindu pada ibuku.

Aku harus berfikir cara untuk keluar dari tingkap. Aku mendapat satu idea. Mungkin aku boleh mengikat pakaianku untuk membentuk tali. Lagipun dalam drama orang selalu buat macamtu tapi entah betul ke tidak.

Nak tanya cuba jaklah he he he. Aku mengambil pakaianku dan ikatnya satu persatu dengan kuat sampai membentuk tali panjang. Yeah dah siap!

Aku membuka tingkap ku perlahan dan melontarkan hasil rekaanku ke bawah. Boleh tahan panjang juga tali buatan aku ni. Tidak lupa dengan itu bagaimana aku mahu berdepan dengan pengawal dan sistem kawalan Hayden. Ya aku ada satu idea. Apa kata kalau aku berpura-pura jadi pontianak. Nanti mestilah diorang lari. Hi..hi..hi..

Aku mencapai baju putih labuh dan memakainya. Kemudian aku turun ke bawah dengan berpaut pada tali tersebut dengan seeratnya. Dengan hati yang tabah aku terus turun ke bawah dengan perlahan-lahan sehingga berjaya menjejak tanah. Yeah berjaya!

Aku meletakkan rambutku di hadapan seolah-olah rambut pontianak. Dan ini sahaja cara untuk membuatkan orang lain tidak berjaya mengecamku. Aku bergerak ke arah mereka dan membuat bunyi pontianak.

"Hi...hi..hi.." Aku mengilai perlahan

Pengawal Hayden yang mendengarnya terus berasa hairan.

"Jack bunyi apa tu?" Soal kawannya iatu Carlos

"Tak taulah tapi aku rasa macam seram sejuk semacam." Kata Jack

"Aku pun sama juga tapi first time rasa takut macamni." Kata kawannya

"Dahlah jangan fikir banyak sangat lagipun benda semua tu bukannya wujud pun. Kau kena tahu selama kita bekerja ni mana pernah kita diganggu dengan mana-mana mahluk halus. Mungkin bunyi lain kot." Kata Jack

Aku mula mengilai perlahan-lahan untuk membuatkan mereka sedar akan kewujudanku.

"Hi...hi...hi..." Aku mengilai lagi. Mereka berdua pula terus pusing ke belakang. Tiba-tiba sahaja lutut mereka bergetar hebat dan memandangku dengan wajah yang sangat takut sekali. Mereka mula melarikan diri dan menjerit ketakutan. Sampai rakannya terjatuh dan tertarik seluar rakannya yang satu itu sampai menampakkan seluar dalam. Ha..ha..ha sungguh melucukan. Aku pula ketawa berdekah-dekah apabila melihat telatah mereka.

Aku mengambil peluang emas ini untuk menuju ke pagar utama. Belum sempat aku memanjat tiba-tiba sahaja ada suara serak memanggilku.

"Dah puas kenakan orang." Katanya.

Aku mula menelan air liur yang pahit. Aku memandang ke arah belakang dengan perasaan berdebar. Wajahku semakin kelat apabila melihat orang itu adalah Hayden.

Hayden berdiri dengan santainya sambil menghisap rokoknya dan menghembuskan asapnya. Dia memandangku sambil ketawa sinis.

"Apa khabar cik pontianak? Macamana sihat ke hari ni?." Katanya seolah-olah mengejek.

Kadang-kadang aku malu juga apabila dia melihat penampilanku begini dan pada masa yang sama juga aku takut melihat wajahnya yang menakutkan itu.

"Sila masuk dalam rumah sekarang ni juga ya cik pontianak." Katanya sambil tersenyum dengan lebarnya tapi seolah-olah mengejek.

"Masuk sekarang sebelum saya naik angin. Masuk sekarang ya sayang..." Katanya dengan menggodakan.

Aku berjalan menuju ke arah pintu rumah. Dia pula tersenyum sinis melihatku sambil menghembuskan asap rokok. Rancangan dah rosak tapi habislah aku lepasni....

Kau sendiri punya pasal kau sendiri tanggunglah Maya!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience