BAB 51

Horror & Thriller Series 40789

Hayden POV

Aku menuju ke arah alamat rumah yang diberikan oleh Sir Marcus. Rumah yang ditunjukkan itu rupanya di kawasan hutan. Boleh dikatakan hampir dalam kawasan rumah Dave. Aku tiba di perkarangan rumahnya dan tersentak apabila melihat susuk tubuh yang baru sahaja keluar dari keretanya. Dan orang itu adalah Sofea.

Apa yang Sofea buat kat sini? Apa kaitan dia dengan budak tu? Aku memang dah jangka. Semua ini pasti kerja bangsat dia. Tunggu kau Sofea.

Aku keluar dari keretaku perlahan. Sambil itu aku membawa pisau bersamaku untuk membunuh betina itu. Aku tanpa berdolak dalih terus menerejah masuk ke dalam rumah itu. Aku menendang pintu itu sekuat hati aku.

Aku terlihat Sofea dan seorang nenek tua di sebelahnya. Aku juga terlihat banyak cecair sihir yang diisi dalam botol kecil. Memang benar ini semua adalah angkara mereka yang merancang untuk menyihir Maya.

"Sofea, lari dari sini. Biar nenek yang uruskan dia." Ujar orang tua itu.

Sofea mengangguk dan mula berlari dari situ. Belum sempat dia lari aku terus menghalang langkahnya dengan mengacukan pisau padanya.

"Kalau kau lari aku tak teragak-agak untuk bunuh engkau!" Jeritku

"Bunuhlah. Kau ingat aku takut?" Dia mula menyindirku.

Belum sempat aku menikamnya tiba-tiba sahaja aku terdengar sebuah mantera yang dibacakan oleh nenek tua itu yang berjaya membuatkan urat sendi aku terus lemah. Aku merebahkan diri aku di atas lantai. Sofea yang sedang tersenyum melihat aku terus berlari dari situ.

Aku menahan sakit daripada urat sendi yang sedang menyeksaku. Badanku seolah-olah cramp dan tidak mampu untuk bergerak. Nenek tua itu meneruskan manteranya. Aku cuba untuk menghampuskan manteranya tetapi malangnya mulutku tidak mampu untuk bergerak. Setelah itu aku merasakan sesuatu yang panas pada badanku seperti badanku sekarang dijilat api. Aku mengerang kesakitan akibat menahan panas yang tidak terkata.

Aku terdengar seseorang membaca mantera dari belakang nenek tua itu. Rupanya orang itu adalah Dave. Dave membaca mantera yang boleh membuatkan orang itu dihapuskan secepat mungkin. Nenek tua itu terus membacakan manteranya tetapi tidak berjaya kerana mantera Dave mampu menghalangnya.

"Kau! Kau datang lagi!" Jerit nenek itu

"Roh aku takkan aman selagi kau tak dihapuskan dari dunia ni." Kata Dave

"Kau ingat aku akan mati lepas kau bunuh aku haritu. Kau kena ingat. Selama-lamanya aku akan balas dendam dekat kau selagi aku tak berpuas hati." Kata nenek tua itu

"Kau memang degil. Kalau macamtu baik aku buat cara yang paling berkesan untuk lenyapkan engkau." Kata Dave

Roh Dave tiba-tiba sahaja bertukar menjadi bayang-bayang hitam. Bayang-bayangnya terus merasuki badan nenek tua itu. Nenek tua itu mula menjerit kesakitan dan badannya terus mengeluarkan banyak darah. Akhirnya Mayatnya mereput dan bertukar menjadi mayat kering. Dave terus menukarkan dirinya menjadi dirinya semula. Dia memandangku.

"Kau pergilah selamatkan Maya. Masa dah tak cukup ni. Sofea sekarang dah larikan diri kat rumah dia" Katanya

Aku mengangguk perlahan dan berlari ke arah kereta. Aku membuka telefonku untuk menjejak alamat rumah Sofea. Setelah aku menemui alamat rumahnya. Aku terus menuju ke lokasi rumahnya.

****

Lana POV

"Maya..Maya.." Aku mencari Maya di biliknya. Buka dia ada kat sini ke? Aku mencarinya di merata tempat tetapi dia langsung tidak memberi respon. Aku terus memanggil Bella.

"Bella, kau ada nampak Maya tak?" Soalku

"Tak,kenapa pulak?" Katanya

"Sebab bila aku cari dia tadi dia langsung takda. Dah satu rumah aku cari tapi dia langsung tak bagi respon." Kataku

"Jangan-jangan dia dah...

****

Hayden POV

?

"Betina! Mana kau!" Jeritku sambil mencarinya di setiap sudut ruang di rumahnya. Tanganku tersedia dengan sebilah pisau untuk menikamnya. Tunggu kau betina.

"Hayden.." Aku terus menoleh ke belakang apabila terdengar seseorang memanggilku dari belakang. Datang juga betina tu. Dia mendepakan tangan untuk memelukku.

"Sinilah Hayden. I miss you so much." Kata Sofea

"Kau rindu aku? Mestilah aku rindukan kau juga. Tapi aku rindu nak peluk mayat kau. Ha..ha..ha.." Kataku sambil ketawa psiko

Aku tanpa membuang masa terus meluru ke arahnya. Dia mula tersenyum. Aku terus menikam di perutnya berkali kali untuk melepaskan amarahku. Ususnya yang terburai itu terus aku tarik dan tarik lagi.
Dia terus menjadi lemah dan tidak sedarkan diri.

"Mati kau betina!! Ha..ha..ha..akhirnya kau mati juga!! Dah lama aku nak tengok kau mati macamni!! Kau nak aku peluk kau kan? Sini aku peluk kau honey. Kau mesti rindu aku kan." Aku terus memeluknya dengan keadaan tidak waras. Tiba-tiba kepalaku menjadi pening. Aku meniliti wajah itu dengan sebaik-baiknya. Orang yang aku bunuh itu bukanlah Sofea. Tapi...Ma..Maya?...

Tanganku mula menggeletar. Pisau yang berada di tanganku segera aku lepaskan. Aku melihat gerangan seseorang yang telah aku tikam sebentar tadi.

"Ma...Maya..." Air mataku mula mengalir dan seluruh badanku mula tegang. Aku melihat perut Maya yang dipenuhi dengan darah dan usus terburai

"Ap..apa yang aku dah buat ni..." Kataku dengan terketar-ketar. Badanku mula terduduk ke bawah dan menatap mayat Maya yang dipenuhi dengan darah.

"Aku...dah bunuh buah hati aku sendiri.." Kataku sambil menangis dengan teresak-esak.

"Ha..ha..ha.." Ketawa seorang perempuan yang muncul entah dari mana. Aku melihat empunya suara tersebut.

"Ha..ha..ha...padan muka kau Hayden. Nampaknya kau dah salah sesaran. Orang yang kau bunuh tu bukan aku. Tapi itu adalah Maya kau sendiri. Ha..ha..ha..Kejam juga kau Hayden sebab dah bunuh anak angkat kau sendiri yang kau telah jaga sejak dari kecil. Ha..ha..ha.." Ujar Sofea

Badanku mula rebah. Mengapa aku begitu bodoh sekali terpedaya dengan sihirnya sendiri? Aku bodoh! Aku bodoh!

"Ya kau memang bodoh pun Hayden. Ha..ha..ha.." Sofia mula ketawa dengan kuat.

Aku betul-betul tak percaya yang sekarang ni aku kehilangan permata yang paling berharga dalam hidup aku. Aku buntu. Aku buntu dengan keadaan sekarang ni. Betul ke Maya dah mati? Maya memang betul-betul dah mati ke?

Aku terus memasukkan balik ususnya ke dalam perutnya semula untuk menghidupkan dia balik.

"Maya bertahan ya, dady akan sedaya upaya untuk selamatkan Maya." Aku membetulkan usunya semula dalam keadaan tidak waras.

Ususnya aku berjaya memasukkannya semula. Tapi malangnya dia masih belum sedarkan diri.

"Maya..bangunlah sayang jangan buat dady macamni. Sayang main-main je kan? Kalau sayang nak buat prank dekat dady janganlah buat prank macamni dady tak suka. Maya bukalah mata tu. Tak kesian ke tengok dady." Kataku dengan menangis teresak-esak.

Sofea yang melihat adagen itu terus mengetawakannya. Memang sah orang ni sudah gila.

"Sayang. Dady janji kalau Maya buka mata nanti dady akan bawa Maya pergi jalan-jalan kat mana saja yang Maya suka. Kalau Maya nak pergi Maya kenalah buka mata jangan nak berpura-pura pula. Dady tau yang Maya suka kan, kan?" Kataku yang sudah tidak sedarkan diri dalam dunia nyata.

Tapi masalahnya Maya dah mati. Macamana dia nak hidup balik? Tak..tak..dia hidup lagi. Aku yakin yang dia hidup lagi. Aku terus baring di sebelahnya sambil memeluk erat badannya.

"Dady tau Maya penat. Kita tidur sama-sama ya. Kalau Maya dah sedar nanti kejutkan dady tau. Sleep tight." Kataku sambil mencium dahinya perlahan dan aku juga turut melelapkan mataku di sebelahnya. Harap esok adalah hari indahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience