BAB 17

Horror & Thriller Series 40789

Irene POV

Aku melihat sekeliling kelas. Mengapa aku langsung tidak nampak kelibat Maya di dalam kelas ini. Aku mula hairan. Selalunya dia akan datang di sekolah dan jarang ponteng.

"Kelas...cikgu nak tanya, Maya tak datang harini ke?" Soalku

"Takda cikgu..." Kata salah seorang murid

Aku mula mengerutkan dahi.

"Dia tak bagitahu ke apa sebab dia tak datang sekolah?" Soalku lagi

"Takda cikgu, dia pun tak inform dengan kami." Kata salah seorang murid lagi

"Kalau macamtu takpalah dan thanks kerana respons.." Kataku lalu sambung sesi pengajaran.

****

Irene POV

"Cikgu, saya nak tanya, pelajar bernama Maya tu kenapa dia tak datang sekolah harini?" Soalku

"Ohh...pasal Maya tu..bapa dia ada inform dengan saya yang dia cakap Maya akan ditukarkan ke sekolah baru. Baru pagi tadi dia dah mesej dan saya pun terkejut kenapa dia terburu-buru sangat nak pindahkan Maya." Jawab Cikgu Liyana

Apa? Pindah sekolah? Kenapa Maya tak bagitahu aku awal-awal? Kenapa bapa dia tiba-tiba je nak pindahkan Maya?

"Ehh..awalnya...saya baru je nak kenal dengan lebih rapat dengan Maya..tapi malangnya dia dah pindah." Kataku lalu melemparkan senyuman palsu

"Tu lah kan..dahlah Maya tu pelajar harapan kat sekolah ni. Cuma dia saja yang mampu memberikan prestasi terbaik kat sekolah ni. Kalau bapa dia nak pindahkan, apa yang boleh kita buatkan? Pasrah jelah." Kata Cikgu Liyana.

"Kenapa dia nak pindahkan Maya? Mereka ada masalah keluarga ke?" Soalku yang ingin tahu.

"Tak tahu. Takda pula dia bagitahu sebab dia. Saya pun belum lagi bagitahu kat kawan-kawan sekelas dia yang dia pindah sekolah. Kalau diorang tahu taktaulah apa perasaan diorang." Kata Cikgu Liyana

"Takpalah cikgu, terima kasih ya kerana inform. Lepasni saya nak gerak dulu sebab ada kelas lepas ni." Kataku lalu beredar dari tempat itu.

Sampai hati Maya taknak bagitahu mak yang Maya pindah sekolah...

****

Maya POV

Aku dari tadi merasa bosan memandang tingkap kereta. Bapaku pula sedang ralit memandu kereta.

"Awak, kita pindah mana nanti?" Soalku

"Adalah..." Katanya

"Jauh sangat ke rumah kita tu?" Soalku

"Jauh...jauh sangat sampai orang lain pun takkan dapat tahu lokasi kita." Katanya

"Awak ni takut sangat orang lain nak ambil Maya sampai nak bawa kat tempat yang jauh-jauh." Kataku

"Suka hati akulah nak buat apa.." Katanya

"Maya sekolah kat mana nanti?" Soalku

"Takperlu sekolah. Nanti aku hantar guru private kat rumah kita nanti. Sekolah kau cuma kat rumah kita je. Tak perlu nak terhegeh-hegeh pergi sekolah, nanti senang aku nak pantau kau macamana kau belajar nanti." Katanya

Guru private? Habistu macamana nak dapat kawan baru? Bosanlah belajar kat rumah!

"Kenapa pula guru private? Sama ke dia ajar macam kat sekolah?" Soalku berkali-kali

"Kau ni banyak tanyalah! Diam boleh tak! Kalau aku nak guru private, bermaknanya benda tu terbaik untuk engkau. Nak taknak kau kena juga ikut keputusan aku. No argument!" Katanya

Aku hanya mampu mengeluh perlahan. Kalau itu yang dia nak, aku akur sahajalah...

Nia, Sherry...aku rindu korang...

Mak....maafkan Maya sebab tak bagitahu mak...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience