BAB 25

Horror & Thriller Series 40789

Maya POV

Aku turun ke bawah pada lewat malam kerana berasa dahaga. Aku menuju ke dapur untuk mengambil segelas air kosong. Sedang aku mengisi air, tiba-tiba sahaja akak Sofea datang mendekatiku.

"Hi Maya tak tidur lagi ke?" Soalnya

"Ni Maya nak minum air sebab haus sangat." Kataku

Aku yang sedang minum air tiba-tiba sahaja aku terdengar seseorang terjatuh. Rupanya akak Sofea yang sedang tergelincir di atas lantai.

"Aduh!!..." Dia mengaduh kesakitan. Aku yang melihatnya berasa terkejut apabila mendapati ada cecair merah mengalir di bahagian celah kakinya.

Aku melihat bapaku turun di bawah dengan tergesa-gesa apabila terdengar seseorang menjerit dari bawah.

"Sofea!!! Kenapa ni?" Kata bapaku dengan perasaan yang agak terkejut.

"Hayden...tolong saya...perut saya sakit sangat ni." Katanya.

"Kejap...kau bertahan ya...Maya tolong ambilkan kunci kereta aku dekat bilik aku. Cepat!!!" Katanya sambil mengarahkan aku.

Aku yang tersangat panik itu terus mencapai kunci kereta dan beei kepada bapaku. Aku terlihat bapaku yang sedang memapah akak Sofia lalu menuju ke arah kereta. Aku juga turut mengikuti langkahnya kerana risau dengan keadaannya.

"Tak perlu ikut aku...duduk je kat rumah. Lagipun ni dah lewat malam. Kau pergi tidur saja lepasni." Katanya lalu meninggalkan aku seorang diri. Aku pula hanya berdiri sahaja tanpa mengikuti mereka. Aku dengan perasaan yang hampa terus menuju ke atas.

****

Aku dari tadi menunggu kepulangan bapaku dan akak Sofia. Jam sekarang sudah menunjukkan pukul 8 pagi tetapi mereka masih lagi pulang-pulang. Tiba-tiba aku terdengar pintu rumah terbuka dan sudah pastinya itu adalah bapaku.

Aku menuju ke arah pintu utama. Setelah bapaku membuka pintu terus sahaja menolakku ke belakang. Aku terkejut dengan tindakannya.

"Maya! Kau memang sengaja kan nak tolak akak Sofia sampai dia keguguran sekali! Kau ni jenis anak apa!" Marahnya.

Tolak? Bila masa aku tolak dia? Siapa yang berani nak fiitnah aku ni?

"Aku tanya jawablah! Tak payah nak bisu!" Katanya

"Dady ni dah kenapa nak tuduh Maya sampai macamtu sekali. Mana ada Maya tolak dia! Baik buruk Maya takda pun sampai nak cederakan orang." Kataku sambil mempertahankan diri.

"Kau ni memang seorang anak yang kurang ajar kan! Aku tak sangka perangai kau macamni sekali! Aku dah didik kau untuk jadi seorang anak yang baik dan ini yang kau balas dekat aku! Aku menyesal kutip anak macam kau tau tak!" Katanya

"Menyesal? Menyesal kutip Maya sebab Maya ni anak haram? Kalau dah tahu Maya ni anak haram kenapa dady bersusah payah nak bela Maya? Kenapa tak biarkan Maya mati je kat tepi jalan tu? Oklah kalau macamtu. Kalau dady masih tak percayakan Maya terserah pada dady. Jangan sampai dady menyesal di kemudian hari!" Kataku lalu berlari ke atas menuju ke bilik tanpa menghiraukannya. Sampai hati dady!!

****

Aku menangis teresak-esak kerana memikirkan tentang kejadian tadi. Aku tidak tahu mengapa akak Sofea sanggup menuduhku sebegitu sekali. Kini aku sudah bertekad! Kalau betul kehadiran aku ini cuma membawa bala kepadanya, ya aku harus pergi dari sini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience