Aku pula mula mengejungkan diri saat dia berbuat demikian kepadaku. Kemudian dia perlahan-lahan mencapai plastik tersebut di belakangku dari tanganku.
Aku hanya pasrah sahaja dan melepaskan plastik itu kepadanya. Dia pula mula melihat isi di dalamnya. Habislah aku nanti...
Dia pula mula tersenyum lebar apabila melihat isi tersebut. Pipi aku pula mula memerah bak strawberi.
"Dah nak dewasa juga anak dady ni ye...." Katanya sambil tersenyum ke arahku.
Dia memberi semula plastik tersebut kepadaku dan aku pula perlahan-lahan menuju ke arah bilik kamarku sambil menundukkan wajah.
Setelah tiba sahaja aku di dalam bilik,aku mula menunaikan kewajipanku sebagai seorang wanita yang sedang datang bulan.
****
Hari yang penuh mendebarkan...
Iaitu perjumpaan guru dan ibu bapa untuk pengambilan kad pelaporan murid. Aku dari tadi berasa berdebar untuk berhadapan guruku nanti. Bagaimana pula reaksi bapaku setelah mengetahui pencapaianku di sekolah?
Aku dan bapaku keluar dari kereta dan menuju ke perkarangan sekolah. Ramai pelajar di sekolah berserta ibu bapa mereka melihat kami sewaktu kami menuju ke sana terutama sekali bapaku. Penampilan bapaku pada waktu itu agak elegan dengan hoddie berwarna hitam bersama seluar jeans sambil memakai pelitup muka hitam.
Mereka mula berbisik antara satu sama lain dan mungkin menganggap kami sebagai pasangan kekasih kerana berjalan sambil berpegangan tangan. Aku pula merasa agak malu apabila dipimpin sebegitu seolah-olah aku ni adalah seorang budak kecil. Aku ingin melepaskan tanganku perlahan daripada pegangannya tetapi malangnya tidak berjaya kerana dia mengenggam tanganku sungguh erat.
"Dady lepaslah, orang tengoklah..." Kataku
"Biarlah..bukannya diorang belikan beras untuk kita pun." Katanya dengan slamber
"Tapi kalau diorang anggap kita macam-macam nanti macamana pula?" Soalku
"Peduli dengan diorang tu...dah jom pergi cepat sikit!" Katanya lalu kami pun menuju ke arah kelas aku.
****
Setiba sahaja berada di kelas,ramai terkejut melihat aku dan bapaku. Bapaku hanya membuat muka acuh tak acuh.
Aku dan bapaku mengambil tempat kosong sementara menunggu giliran untuk dipanggil guru kelasku. Aku masih lagi gelisah dengan genggaman tanganku pada bapaku walaupun kami sudah tiba di kelas kami.
"Psst...psst...Maya...Maya"
Aku mula terdengar seseorang yang sedang memanggilku dari belakang. Aku menoleh ke belakang dan rupanya Alex yang sedang memangilku. Aku pula mula melambai ke arahnya.
Tiba-tiba sahaja bapaku mencubit pinggang kecilku dan aku pula mula terjerit kecil.
"Dady!!..." Aku memarahinya dengan nada yang agak perlahan.
"Kalau kau layan dia siap aku kerjakan engkau kat rumah. Duduk jak diam-diam kat sini tak payah nak terhegeh-hegeh layan jantan lain." Dia mula merenung tajam ke arahku.
Aku pula membalasnya dengan menjeling ke arahnya. Kawan je kot takkan tak boleh..
Share this novel