Bab 23

Romance Series 191605

   "Ayden Arhan!"

   Bergema ruang tamu rumah agam itu saat nama anak sulung itu dilaung oleh Asmah. Asmah menyilang tangan di hadapan anak-anaknya yang sudah berkumpul di ruang tamu untuk menerima tohmahan ibu mereka terhadap abang sulung dan kakak ipar mereka yang nombor dua. 

  "Apa Arhan dah buat ni hah? Sanggup tinggalkan isteri yang sedang mengandung dekat restoran seorang diri demi perempuan ni? Apa perempuan ni dah bagi anak ibu makan sampai Arhan jadi lelaki yang tak berhati perut?!"tengking Asmah dengan tegas sekali. 

  Arhan hanya menundukkan wajahnya. Sedar akan salahnya terhadap isteri pertamanya yang sedang sarat mengandung,dia telah meninggalkan Naura seorang diri di restoran itu. Ini semua berlaku kerana panas hati akan kelakuan pelayan restoran itu dan Salena. 

  "Ibu cuba bersabar. Bawa bertenang ibu."pujuk Aila sambil mengusap lengan Asmah. 

  "Kau diam Aila! Kau jangan nak bela perempuan tu."tempik Asmah menepis tangan Aila membuatkan Aila terpinga-pinga. Aku pun kena sekali. 

   Aila menghela nafas berat. Dia tidak membela sesiapa tetapi semakin dia berusaha menenangkan keadaan, dia pula kena tempiasnya. Zariff hanya diam membisu. 

   "Ibu takpe ibu. Naura okaylah."pujuk Naura yang duduk di samping Asmah. 

  Naura memandang ke arah Suha dan Arhan. Tidak dinafikan sungguh dia terasa hati dengan mereka berdua. Sanggup mereka tinggalkan aku sorang-sorang. Apa Arhan betul-betul dah cintakan Suha? Tak mungkin, Arhan hanya cintakan aku seorang. 

  "Tak Naura sayang, ibu tak boleh terima semua ni. Selagi perempuan itu tak diceraikan oleh Arhan, selagi itu ibu tak boleh berdiam diri melihat Naura memderita."terang Asmah lalu mengusap lembut rambut Naura. 

   Lukman mengeluh berat sambil kepalanya digeleng beberapa kali. Semakin pening kepalanya bila perangai Asmah semakin melampau. 

  "Macam mana kalau apa-apa jadi dekat Naura? Nasib baik ada orang baik hati tolong hantarkan Naura balik ke rumah. Dahlah Arhan tak tinggalkan duit. Pergi amcam tu saja! Arhan dah tak sayang Naura ke hah?!" 

  "Maafkan Ayden ibu. Ayden tahu salah Ayden sebab tinggalkan Naura macam tu je. Abang minta maaf sayang."pinta Arhan penuh sayu. 

.

  Naura hanya tersenyum lalu mengangguk. 

  "Tak apa. Naura tak ambil hati pun bang." Lembut saja Naura membalas. Amboi tadi bukan main terasa hati bagai. 

  Arhan menarik nafas lega. Untung saja dia mendapat isteri yang memahami seperti Naura. Arhan bersyukur kerana dikurniakan isteri sebaik Naura. 

   "Kenapa dengan semua anak ibu ni ye? Semua nak bela perempuan ni ke? Dah tak sayang ibu ke?" Asmah memandang Suha dengan pandangan tajam. Dasar perempuan tak sedar diri. Semua salah kau. Sebab kau anak aku melawan aku. 

  Mereka mengeleng perlahan sebelum Emiir bangkit dari sofa. 

  "Siapa kata kami tak sayang ibu? Kami berempat sayang sangat dekat ibu tau. Apa kata hujung minggu ni kita pergi bercuti nak tak? Miir akan ambil cuti panjang untuk luang masa dengan ibu untuk membuktikan rasa cinta Miir pada ibu."ujar Emiir penuh mesra. 

  Aila hanya mengeleng sambil ketawa melihat cara Miir memujuk ibu. Tidak ubah seperti dia sedang bercakap dengan perempuan yang sering digodanya. 

  "Naura setuju dengan cadangan Miir. Kita bercuti ye hujung minggu ni."ujar Naura penuh teruja. 

  Mereka semua mengangguk tanda bersetuju termasuk Suha. Hari bersama keluarga ini yang dia inginkan. 

  "Tapi dengan syarat." Semua mereka memandang ke arah Asmah. Syarat apa pula ni? 

  "Perempuan ni tak boleh ikut!" Asmah menunding ke arah Suha membuatkan Suha terpinga-pinga begitu juga dengan yang lain. 

  Aku tak boleh ikut. Tapi kenapa? 

  "Tapi ibu.."

  "Tak dah tapi-tapi Arhan. Ibu tak nak dia ikut. Keputusan ibu muktamad!"

  Kolam mata Suha mula berkaca namun dia menahan air mata dari jatuh. 

   Asmah berlalu naik ke atas diikuti Naura. Sesungguhnya Naura juga tidak bersetuju dengan syarat yang ibu tetapkan. 

  "Arhan.. Arhan, kan aku dah pernah cakap kau takkan dapat kedua-dua mereka. Kau tamak." Selamba saja Zariff menyindir abang sulungnya. Tangan naik menyilang ke dada. Bibir tersungging senyuman sinis. 

  Arhan memandang tajam ke arah Zariff. Arhan mendengus keras bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Zariff. Mulalah adiknya itu menyakitkan hatinya. 

  "Angah, apa angah buat ni? Tak payahlah. Saja cari gaduh pula."sampuk Aila yang mencebik geram akan perangai abangnya yang sering kali menyebelahi ibu mereka. Mentang-mentanglah salah satu peminat Naura Naqila. 

  "Dah lah tu. Jangan nak bertekak lagi. Korang tak penat ke hari-hari bertekak benda sama je. Baik kita fikir tentang percutian tu buat ibu happy. Kita ikut je apa kemahuan dia."cadang Lukman yang selalunya tidak bersetuju dengan cadangan isterinya itu. Tapi demi melihat Asmah gembira seperti dulu, dia kenalah bersetuju untuk kali ini.

  "Ya betul tu. Miir setuju dengan ayah.So guys just do it okay."Emiir menepuk-nepuk bahu Arhan yang hanya mempamerkan riak tidak puas hati. 

  "Hurm kesian kak Salena. Takkan dia nak duduk sorang-sorang dalam rumah ni."gumam Aila. Dia sendiri berasa sedih dengan apa yang Suha hadapi. 

  "Tak perlu nak kesian sangat. Manatau nasib kau nanti sama macam dia." Zariff ketawa jahat lalu melangkah naik ke atas diikuti Aila yang membebel panjang bila disumpah abangnya seperti itu.

  Emiir merenung Arhan lama. Arhan menoleh ke sisi sambil menjongketkat kening sebelah kirinya. Kenapa dia pandang aku lain macam ni? 

  Senyuman sinis terukir pada bibir Emiir. Bibir didekatkan ke telinga Arhan 

  "Baik kau lepaskan saja Suha tu. Dia tak layak untuk lelaki macam kau."ujar Emiir dengan nada berbisik. Wajah Arhan sudah berubah bengis. 

  Emiir hanya melangkah keluar dari rumah itu. Tanpa menghiraukan tatapan ingin menerkam dari Arhan. Arhan kemudian berpaling ke arah Suha. Suha hanya tersenyum manis saat Arhan memandang dirinya. 

  Apa hubungan Emiir dengan Suha? Kenapa cincin arwah ibu Emiir boleh ada pada Suha? 

  Sempat dia melihat gambar sewaktu Emiir masih kecil bersama ibunya. Ibunya memakai cincin yang serupa dengan rantai Suha. 
  

  Suha mengorak langkah ke dapur. 

  Takkanlah Suha bekas kekasih hati Emiir. Suha sendiri menyatakan dia dan Emiir tidak ubah seperti adik beradik. Aku kena cari tahu kebenarannya. 

Hai semua.. scene d mna Zayyan akan bertemu Suha.. next chapter tau haha so korng sbr sikit je lg oky..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience