Bab 25

Romance Series 191648

   Emiir melangkah turun menuju ruang tamu. Sunyi semacam je. Mana semua pembantu rumah ni? Dahi ditepuk lembut. Lupa,aku kan dah suruh dorang semua ambil cuti. Emiir menghela nafas berat. Kaki mengorak langkah ke dapur. 

  Tubuh disandarkan pada dinding.  Tangan naik menyilang ke dada. Tubuh Suha dipandang lama. Rajinnya, awal pagi dah buat kerja dalam rumah. Kesian kau kan cubalah kau kahwin dengan aku. Tak dah lah hidup kau susah macam sekarang. Desus hatinya. 

  "Selamat pagi."

   Terhinjut bahu Suha bila diterjah Emiir dari belakang. Syok sangat termenung sampai tak sedar Emiir memerhatinya dari tadi. Suha tidak membalas ucapan pagi dari Emiir. Hatinya masih sakit kerana kejadian tempoh hari. Suka hati dia je nak mengaku aku isteri dia. 

  "Kau masih marah dekat aku ke?"soal Emiir sambil melangkah mendekati Suha. Suha masih diam membisu. Tangan ligat membasuh pinggan mangkuk yang kotor. 

  "Hey aku tanya ni. Kau tak pekak lagi kan."ujar Emiir bernada tegas. Tangan Suha direntap lalu digenggam erat. 

  "Sakitlah. Awak ni kenapa?"soal Suha tidak berpuas hati. Apa lagi awak nak Emiir? 

  "Kau buat aku macam tunggul ye dalam rumah ni. Selama dua hari kau tak cakap dengan aku. Kau menghindar dari aku kenapa?"

 Eh eh dia ni buat-buat lupa ke apa. 

  Suha mendengus kasar. 

  "So kalau saya tak nak cakap dengan awak apa masalahnya? Dahlah saya penatlah. Lepaslah Emiir." Entah mengapa sejak kebelakangan ini dia mudah keletihan dan emosinya tidak menentu. Mungkin kerana hormonnya. 

  Emiir menarik Suha rapat padanya. Senyuman sinis terukir pada bibir. Rambut Suha dielus lembut. 

  "Suha kenapa kau tak tunggu aku? Bukan kita dah janji nak kahwin ke?"soal Emiir perlahan. Rantai pada leher Suha ditenung lama. Cincin ini cincin pemberian arwah ibunya. 

  "Saya tunggu awak kembali pada saya tapi awak.. Mungkin kita tak ditakdirkan untuk bersama."ujar Suha tenang. Dia telah reda dengan takdir yang telah ditulis untuknya. Emiir layak untuk bersama wanita yang jauh lebih baik. 

  "Kau tak faham. Aku masih cintakan kau Salena Suha." 

  Suha mengeleng perlahan. "Tak Emiir, awak tak boleh simpan perasaan awak pada saya. Saya kakak ipar awak. Awak kena terima ni semua."

  Emiir ketawa sinis. "Senangnya kau cakap. Setelah sekian lama aku tunggu kau tapi tu je kau boleh cakap kat aku. Terima?"

  "Emiir, ada perempuan yang jauh lebih baik dari saya dekat luar sana. Awak hanya perlu buka hati awak saja." Senyuman manis terukir pada bibir Suha. 

  "Tak kan ada yang sama dengan kau Salena Suha. Kenapa kau nak bertahan dengan lelaki macam Arhan tu? Aku tahu kau tak bahagia dengan dia kan."

  Suha menundukkan wajah. Bibir digigit lembut. 

  "Suha, minta cerai dengan dia. Dan kahwin dengan aku." Emiir menarik dagu Suha memandang wajahnya. 

  Rambut Suha diselitkan ke belakang telinga. Pipi Suha dielus lembut. 

  "Aku cintakan kau Salena Suha. Perasaan aku pada kau sedikit pun tak berubah."ujar Emiir bernada lembut. 

  Benarkah Emiir masih cinta padanya? Sememangnya dapat Suha rasakan cinta Emiir padanya. Tapi untuk bersama Emiir sesuatu yang mustahil. 

  "Emiir, please hormat saya sebagai kakak ipar awak." Suha menepis lembut tangan Emiir. 

  Suha mengorak langkah meninggalkan Emiir. Baru saja kakinya mahu mendaki anak tangga pandangan matanya menjadi kabur. Kepala Suha mula berasa berat. 

  Kenapa ni? Kepala aku sakit sangat. 

Buk! 

  Emiir meletakkan gelas ke dalam singki. Berkerut wajahnya bila mendengar bunyi seperti ada objek yang jatuh datang dari tangga di ruang tamu. 

  "Suha."

  Sepi. Emiir melangkah menuju ruang tamu. 

  "Suha."

  Kelihatan sekujur tubuh sudah terbaring di atas lantai. Pantas Emiir mendapatkan tubuh itu. 

  "Ya Allah Suha, kau kenapa ni? Hey Suha." Pipi Suha ditepuk lembut. Suha tidak memberikan respons. Cecair merah mula mengalir di celah kaki Suha. 

  Tanpa menunggu lebih lama, Emiir mencempung tubuh Suha keluar dari rumah. Tubuh Suha dibaringkan dengan perlahan ke dalam kereta. 

   Emiir memandang Suha yang masih tidak sedarkan diri. Keluhan berat dilepaskan. Tangan naik mengurut pelipis kening. Macam mana ni? Buntu. Bagaimana dia hendak memberitahu Suha tentang hal ini? 

  "Dekat mana ni?" Suha membuka mata perlahan. Tangan naik memegang kepala. Hah peningnya. 

  "Suha, kau dah sedar."ujar Emiir berasa amat risau dengan keadaan Suha. Emiir mendekati Suha. Suha cuba bangun. 

  "Kau nak ke mana? Kau jangan bergerak sangat. Kau tak sihat lagi tu." 

  "Takpe, saya okaylah." Suha bersandar pada kepala katil hospital. Mata meliar memandang sekeliling. 

  Seorang doktor melangkah masuk ke dalam ruangan wad Suha. Doktor itu mendekati Suha. 

  "Macam mana puan? Puan okay? Ada sakit dekat mana-mana?"soal doktor itu dengan penuh prihatin. 

  Suha mengangguk. "Saya okay cuma perut saya rasa sakit sikit."

  Doktor itu memandang ke arah Emiir yang sudah menundukkan wajah. Doktor itu menoleh kembali ke Suha. 

  "Suami puan tak bagitahu ke?" Berkerut seribu dahi Suha. Bagitahu apa pula ni. 

  Suha mengeleng perlahan. Doktor itu menghela nafas berat. Amat sukar untuk dia menyampaikan berita yang kurang menyenangkan kepada Suha. 

  "Maafkan saya puan, puan keguguran." Suha menerkup mulut. Apa? Keguguran. Tak mungkin. 

  Suha ketawa kecil. 

  "Keguguran? Doktor merepek apa ni? Sejak bila saya mengandung?"soal Suha bodoh. 

  "Puan, kandungan puan masih baru dan tak cukup kuat. Disebabkan puan terlalu stress dan banyak melakukan kerja berat, kandungan puan tidak dapat bertahan lama."terang doktor itu dengan cukup jelas. 

  Tak mungkin. Mustahil. Kolam mata Suha mula terasa hangat. Perlahan-lahan air mata mengalir ke pipi. Emiir memejamkan mata rapat. 

  "Maafkan kami, kalau tak dah apa-apa kami keluar dulu."ujar doktor itu sebelum melangkah keluar dari bilik wad Suha. 

  "Emiir, tu tak betulkan?"soal Suha memegang tangan Emiir. Emiir hanya dia membisu. 

  "Emiir! Jawab!"

  Emiir menarik tubuh Suha dalam pelukannya. Semakin kuat esakan Suha. Emiir mengusap lembut rambut Suha. Cuba menenangkan Suha. 

  "Kenapa? Kenapa semua ni jadi dekat saya? Kenapa?!" Suha meraung semahunya. Selama ini dia hanya mampu menahan tangisannya namun tidak pada hari ini. Sungguh dia berasa sakit. Sakit kehilangan anak yang selama ini dia inginkan. Semua ini berlaku kerana kecuaiannya. 

  "Shuhh, Suha hey jangan macam ni. Kau tak boleh macam ni. Kau kena kuat." Emiir mengusap pipi Suha. Air mata Suha dikesat perlahan. 

  Suha mengelengkan kepala. Tak. Aku tak mampu. 

  "Saya.. Saya bodoh. Saya terlalu cuai Emiir." Mata dipejam seketika. Air mata menitis kembali. 

  "Suha pandang aku." Perlahan-lahan Suha merenung tepat ke dalam mata Emiir. 

  Senyuman terukir pada bibir Emiir. Rambut Suha dielus lembut. 

  "Suha aku percaya kau kuat. Kau kena terima ni semua. Apa yang jadi ni takdir. Mungkin ini bukan rezeki kau. Jangan macam ni. Ini bukan Salena Suha yang aku kenal."pujuk Emiir lembut. Rambut Suha diselitkan ke belakang telinga. 

  Suha hanya mengangguk lemah. Betul apa yang Emiir katakan. Aku kena kuat. Aku kena reda. Tapi macam mana aku nak bagitahu Arhan tentang ni? 

  

Hai.. dh bca jngn lupa komen tau apa pndpt korng hehe trima ksih smua

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-03-08 00:10:10 

nite, dear. tqvm. love u


NovelPlus Premium

The best ads free experience