Bunyi deringan telefon bimbit menyentakkan dia dari lamunan. Nama si pemanggil dikerling seketika. Tsk, kenapa nak kena call aku masa-masa macam n? Pengganggu sungguh.
"Hah kau nak apa?"soalnya sebaik saja menjawab panggilan itu.
"Kau dah buat apa aku suruh kan?" Senyuman sinis terukir di bibir. Semoga saja rancangannya berjalan dengan lancar.
"Sudah, semestinya sudah."jawab si pemanggil.
"Bagus. Gambar tu semua kau pass dekat aku nanti. Dah kau jangan call aku waktu macam ni bahaya."ujar Naura seraya berbisik.
"Sayang." Pantas Naura menamatkan panggilan yang dia trima. Riak wajahnya amat terkejut. Arhan dengar ke?
Arhan melangkah mendekati Naura. Perut Naura diusap lembut.
"Kenapa sayang pucat semacam ni? Ada apa-apa tak kena ke?"soal Arhan berasa risau. Wajah pucat Naura direnung lama.
Naura ketawa dibuat-buat. Peluh di dahi dikesat.
"Tak dahlah abang. Naura terkejut je abang main terjah bilik Naura."tipu Naura. Harap Arhan tak syak apa-apa.
Rambut Naura dielus lembut. Dahi Naura dicium sekejap sebelum dia menjentik lembut dahi isterinya itu.
"Sakitlah abang. Apa abang ni?" Naura mengusap dahinya yang dijentik Arhan. Naura mencebikkan bibir.
"Siapa suruh? Ni bilik kita tau. Bukan bilik sayang sorang. So suka hati abanglah nak masuk ke apa ke."
Naura mengajuk bicara Arhan membuatkan Arhan ketawa. Kelakar melihat isterinya yang tidak mahu mengaku kalah.
"Dah dah, sayang dah siap kemas barang ke belum ni hurm? Kita tinggal sehari je lagi dekat sini." Naura mengangguk lalu menunding ke arah beg bagasi yang berada di bucu katil.
Arhan mengusap lembut kepala Naura.
"That's my baby girl. Jom kita keluar. Luang masa terakhir kita dekat sini."ajak Arhan. Tangan Naura digenggam erat.
"Nak, tapi abang tunggu kat lobi. Naura nak siap-siap kejap."arah Naura dengan bernada manja. Dada Arhan ditolak lembut.
Arhan mengangguk.
"Baik abang tunggu kat lobi. Don't be late sayang." Arhan mengenyitkan mata sebelah kanannya. Senyuman manis terukir di bibir.
Arhan melangkah keluar dari bilik mereka berdua. Naura meraup rambut. Aku nak balik cepat. Boleh jumpa Emiir. Ni tak aku kena hadap semua ni pula. Si Emiir tu pula kenapa tiba-tiba saja tak nak ikut sekali?Tuala di atas meja dicapai lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik air.
Suasana sepi dan tenang saja di taman rumah itu. Angin bertiup lembut menyapa wajahnya. Zayyan mengusap lembut bingkai gambar yang dia simpan selama ini. Gambar itu diambil saat mereka berlima masih berada di bangku sekolah. Waktu itu hubungan mereka terlalu rapat. Tapi siapa tahu dalam diam dia telah menyimpan perasaan pada Salena Suha.
Keluhan berat dilepaskan. Andai saja dia dan Nara tidak berpindah ke luar negara sudah tentu dia telah meluahkan perasaannya yang selama ini terpendam.
Nara memerhati tingkah laku abangnya. Sejak peristiwa pertemuan mereka bersama Suha tempoh hari, Zayyan berubah. Dia lebih banyak termenung. Tidak seperti dulu, Zayyan sering menyakat Nara.
"Abang." Nara meletakkan mug berisi hot chocolate di atas meja sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah Zayyan.
Zayyan hanya tersenyum tawar.
"Abang okay tak ni?"soal Nara perlahan. Dia tahu abangnya semestinya berasa kecewa. Tapi siapa mereka untuk melawan takdir.
"Abang okay. Don't worry."jawab Zayyan. Nara mengambil bingkai gambar yang berada di tangan Zayyan.
"Mereka tak berubah langsung kan abang lebih-lebih lagi kak Suha." Zayyan mengangguk.
"Betul tu."
Nara merenung wajah Zayyan.
"Kenapa pandang aku macam tu?"soal Zayyan berasa hairan. Berkerut wajahnya bila Nara memandangnya seperti itu.
"Abang, abang cintakan kak Suha kan. Betul tak abang?"
Zayyan ketawa sebelum menganggukkan kepala.
"Tapi aku sudah terlambat. Dia dah kahwin dengan abang Emiir kan."jawab Zayyan tenang. Mungkin luarannya nampak tenang tapi dalam hati siapa yang tahu.
"Abang, abang percaya ke apa yang Emiir katakan tempoh hari?" Zayyan menjongketkan kening.
"Maksud kau apa?"
Nara membetulkan duduknya. "Okay macam ni, Nara tak yakin yang kak Suha dah kahwin dengan abang Emiir. Yealah kalau betul kenapa kak Suha tak cakap apa-apa masa tu? Patutnya kak Suha mengiyakan apa yang abang Emiir katakan betul tak?" Lagaknya Nara seakan seorang detektif tak berbayar. Zayyan mengeleng perlahan. Aduhai budak ni.
"Nara, kau ni macam-macamlah. Suka hati dia lah nak mengaku ke tak. Dah Emiir cakap macam tu. Takkan kita ni nak menidakkan pula. Kau jangan nak buat cerita bukan-bukan pula ye."tegur Zayyan sedikit tegas.
Nara menyilangkan tangan ke dada. Bibir dimuncungkan sedikit.
"Orang cakap je."ujarnya bernada seakan merajuk.
"Tengok tu, aku tegur sikit merajuk."
"Mana ada. Siapa kata Nara merajuk?"nafi Nara. Memang tengah merajuk pun.
Zayyan mengusap lembut rambut Nara. Saat ini hanya Nara yang dia ada. Sejak mama papanya bercerai, dia lah yang menjaga dan membesarkan Nara dengan penuh kasih sayang.
Apa saja kemahuan Nara cuba dia tunaikan. Nara sememangnya manja.
"Abang kenapa tengok macam tu?"soal Nara tidak berpuas hati.Pandang-pandang ada hutang ke? Amboi pandang pun tak boleh ye.
Zayyan ketawa kecil.
"Dah besar adik aku ni. Dah boleh jadi isteri orang ni."ujar Zayyan selamba.
"Apa?!" Membuntang mata Nara bila mendengar ucapan yang keluar dari mulut Zayyan. Kahwin..? Memang taklah.
"Why? Kau tak nak kahwin ke? Nak jadi anak dara tua ke macam tu?"
Amboi amboi boleh tahan juga lancang mulut Zayyan ni kadang. Ada dia cakap macam tu.
"Nooo.. Bukan macam tu tapi.. "
"Tapi apa? Tak dah boyfriend?" Nara mengangguk lemah. Keluhan dilepaskan. Mungkin dirinya terlalu memikirkan tentang kerja sampai tak dah masa nak fikir benda ni semua.
"Laa, apa susah Zariff kan ada."
"Hah?!"
Zayyan mengusap dada terkejut dengan Nara yang tiba-tiba saja menjerit. Boleh kena heart attack aku macam ni.
"Z.. Zariff..?"
"Haah, Zariff takkan pakcik kebun rumah kita pula." Zayyan menyingkap rambut ke belakang.
"Eeewww memang tak lah. Banding dia dengan pak cik Din. Handsome lagi pakcik Din kot."
Pecah ketawa Zayyan. Eh eh orang serious dia boleh gelak.
"Jangan cakap macam tu. Nanti kau jatuh cinta dengan dia hah baru kau tahu." Hidung Nara dicuit.
"Eh dah dah. Tak nak dengar. Shuhh diam." Nara meletakkan jari pada bibir tidak mahu meneruskan topik mengenai dirinya dan Zariff. Wajahnya sudah merona merah.
"Eleh, malu lah tu."usik Zayyan. Saja nak menyakat adiknya.
"Abang dahlah tu. Apa ni? Ee bencilah."rajuk Nara memalingkan wajah ke sisi. Tidak mahu Zayyan terus menerus menyakat dirinya. Sah-sah sekarang ni muka aku macam tomato. Ee abang ni kan.
Makin galak Zayyan mentertawakan adiknya.
"Adik, orang kata jangan benci bilang cinta." Eh macam lirik lagu je.
Zayyan ketawa sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Seronok sangat dapat usik Nara malam ni.
"Abang!" Nara mengetap bibir geram. Hah benci bilang cinta. Memang taklah. Eew.
Nara pantas mengejar langkah Zayyan. Lengan Zayyan dipeluk erat. Meskipun Zayyan kerap menyakat dirinya tapi tidak pernah lagi lelaki itu menyakiti hatinya mahupun memarahinya.
Nara akan pastikan tiada sesiapa pun yang akan buat abang terluka lagi. Nara janji.
Chak.. hahah assmualaikum smua.. trima ksih pada yg sudi bca story yg tk sbrapa ni.. cherry hrp korng suka chapter kali ni.. mcm biasa jngn lupa komen ye muaaah
Share this novel