Semua mata yang berada di dalam dewan itu merenung ke arahnya dengan renungan penuh kehairanan. Nara bangkit berdiri. Tangan naik silang ke dada. Dia merenung tajam ke arah Sarah.
"Apa motif kau, kak sarah?" soal Nara.
Zayyan berdiri tegak secara mengejut. Wajah Suha dan Sarah dipandang bersilih ganti. Jantungnya berdegup hebat. Apa yang terjadi sebenarnya ini?
"Su... Suha?"
Suha berlari ke arah Zayyan. Kedua-dua belah tangan Zayyan digenggam.
"Awak ni saya Suha. Saya suha bukan dia. Dia kembar saya. Dia sarah." bersungguh sungguh suha memperkenalkan dirinya.
Zayyan tercengang. Sejak bila suha ada kembar? Sekali dia merenung wajah Suha dan Sarah bersilih ganti. Baru dia perasan. Selama ini dia bersama dengan kembar suha bukannya suha.
"Su... Suha... Saya..."
Suha tersenyum sambil menggelengkan kepala.
"Saya faham. Nara dah cerita dekat saya. Saya Suha yang awak nak jadikan isteri."
Zayyan menarik tubuh Suha masuk ke dalam dakapannya. Dia bersyukur sangat yang Suha muncul pada saat gentir macam ni.
"Kakak, kenapa kakak buat Suha macam ni? Apa salah Suha pada kakak?"
Sarah tersungging senyuman sinis. Bunga dicampak ke atas kerusi pelamin. Veil ditarik kasar sehingga tercabut Kemudian dilemparkan ke arah Suha. Namun sempat Nara menghalang.
"Kau jangan berani usik dorang. Dah puas kau tipu abang aku?" sindir Nara.
Sarah tak menjawab sebaliknya dia terus melarikan diri mengikut pintu belakang. Kasut tumit tinggi ditinggalkan di atas pentas.
"Kakak!!" jerit Suha ingin mengejar langkah Sarah. Namun Zayyan sempat menghalang. Nara yang mengejar langkah Sarah.
Sreeeeeettttt.....
BUMMM!
Langkah Nara terhenti di muka pintu belakang dewan. Jantungnya seperti terhenti seketika saat melihat sekujur tubuh terbaring di atas jalan raya dengan darah berlumuran.
"Kak sarah!" jerit Nara.
Zayyan dan Suha yang terdengar jeritan Nara pantas berlari ke arah Nara.
"Kakak!!" Suha menangis. Dia memangku kepala Sarah. Sarah sudah tidak sedarkan diri.
Nara menghubungi ambulans. Nadi Sarah masih berdenyut lagi tetapi lemah.
"Sabar kak. Ambulans on the way. Kak jangan nangis." Nara memujuk. Tubuh Suha dipeluk.
Zayyan hanya merenung ke arah mereka.
"Abang okey?" tanya Nara.
Zayyan hanya mengangguk. Dia merenung Suha dan Sarah tidak berhenti dari tadi. Dia tak pernah tahu langsung yang Suha mempunyai kembar.
Aila menekup wajahnya. Tangisan dihamburkan sepuas-puas hatinya. Arhan pula tersandar pada dinding seperti orang tidak sedarkan diri. Zariff memeluk bahu Aila.
"Puaskan hati abang. Ibu dengan ayah dah tak ada. Dorang dah tinggalkan kita. Pergilah sanjungkan kak naura sana tu. Sayang sangat kan. Pergilah pergi." marah Aila. Teresak-esak dia menangis.
Arhan hanya membisu. Berita yang diterima malam tadi sangat mengejutkan dia. Asmah dan Lukman mengalami kemalangan jalan raya. Kereta 100 peratus remuk dan kedua-dua orang tuanya menghembuskan nafas di tempat kejadian.
"Aila..."
Aila mengangkat wajahnya. Terkejut dia melihat Nara yang berdiri di hadapannya.
"Kenapa ni?" Nara memeluk tubuh Aila.
"Nara... Nara... Ayah dengan ibu dah tak ada..."
Nara terdiam. Perasaan Aila ketika itu dia tahu sangat kerana dia pernah lalui perasaan itu dulu.
"ke... Kemalangan?" soal Nara.
Aila hanya menganggukkan kepala.
"Aila... Aila..." Suha terus memeluk tubuh Aila dan Nara.
Arhan merenung ke arah Suha. Wajah itu sangat dirindui selama ini. Dia memendam perasaan itu setelah sekian lama. Itu semua kerana dia lebihkan ego daripada perasaan sayangnya pada Suha.
"Suha..."
Suha meleraikan pelukannya. Dia memandang ke arah Arhan.
"Abang..."
Arhan menarik Suha ke dalam pelukannya. Suha tergamam. Tak sampai beberapa saat dia menolak tubuh Arhan perlahan.
"Jangan abang. Kita dah tak ada apa apa."
Arhan terdiam.
"Suha..."
Seorang nurse menghampiri Arhan membuatkan percakapan Arhan terhenti. Nurse itu memberitahu Arhan tentang keadaan Naura.
"Te.. Tenat?" soal Arhan tak percaya.
"Naura mana abang? Izinkan suha jumpa naura."
Arhan tak menjawab. Dia melorot jatuh tersandar pada dinding. Rambutnya diraup kasar.
"Kak bilik kak naura dekat sana tu." Aila menunding jari ke arah satu pintu berdekatan mereka.
Suha mengangguk. Zayyan yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri.
"Awak teman saya?" ajak suha.
Zayyan mengangguk. Dia membuntuti langkah Suha masuk ke dalam wad Naura. Nara menarik Aila duduk di sebelah Zariff. Zariff hanya memandang sepi ke arah mereka.
"Naura..." panggil suha sesudah melabuhkan duduk di atas kerusi sebelah katil.
Tit. Tit. Tit.
Bunyi mesin hayat menyapa gegendang telinga mereka. Muka Naura kelihatan begitu pucat sekali. Dengan kudrat tersisa, naura mengangkat tangannya. Suha menggenggam tangan naura.
"Maa... Maafkan aku... Suha... " ucap naura tersekat-sekat.
Suha mengusap kepala Naura. Kepala digelengkan sekali. Bibir mengukirkan senyuman kecil.
"Saya dah lama maafkan awak sejak saya pergi dari sini. Saya dah lupakan semuanya. Saya doakan awak cepat sembuh ya."
Air mata Naura jatuh. Kata kata suha membuatkan hatinya tersentuh. Terlalu banyak dia melukakan hati suha tapi suha maafkan dia dengan begitu mudah sekali.
"Saya tak nak berdendam. Semua tu dah terjadi. Awak cepat sembut. Kesian abang Arhan tunggu awak."
Naura memejamkan matanya. Menyebut nama Arhan membuatkan hatinya sakit. Sakit kerana dia tidak menghargai kasih sayang daripada lelaki itu.
"Hehh.... Hehh...." Nafas Naura tersekat-sekat. Bunyi mesin hayat menjadi nyaring. Zayyan keluar mencari doktor.
"Su... Suha... Maaf...." sempat lagi naura mengucap kata maaf.
Air mata suha mengalir melihat Naura sepertinya terseksa mahu bernafas.
"Saya dah maafkan awak, naura. Saya dah maafkan." sebak Suha. Tubuh Naura dipeluk.
Titttt........
Bunyi mesin hayat jadi mendatar. Naura sudah menghembuskan nafas yang terakhir di dalam dakapan suha.
"Naura... saya dah maafkan awak. Kita tetap sahabat sampai bila bila. Awak tunggu saya dekat sana." Suha memejamkan matanya. Hiba hatinya saat melihat kawan yang dia kenal sejak di bangku sekolah meninggal dunia di hadapannya.
Doktor dan dua orang nurse masuk ke dalam wad. Mereka mengesahkan naura sudah meninggal dunia. Zayyan memeluk bahu Suha. Bahu suha diusap lembut.
"Jangan tinggalkan saya, zayyan. Jangan berada jauh daripada saya lagi." pinta Suha.
Zayyan mengetap bibirnya. Menahan rasa sebak saat mendengar ayat suha.
"Saya janji yang saya tak akan tinggalkan awak." janji Zayyan.
"Sayang? Sayang!!" jerit Arhan sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam wad naura.
"Naura!! Sayang bangun!!" Bagai menggila Arhan menyeru naura.
"Dia belum matilah! Kenapa selimut sampai atas?!" marah Arhan. Zariff yang mahu menenangkan Arhan ditepis kuat oleh abangnya itu.
"Awak okey?" Nara mendekati Zariff. Lengan Zariff diusap lembut.
Zariff sekadar menganggukkan kepala.
"Sayang!! Jangan tinggalkan abang!!" jerit Arhan. Beberapa orang nurse cuba menenangkan Arhan. Tubuh Arhan diheret keluar dari wad itu.
Semua keluar dari wad mengikut langkah Arhan. Takut takut Arhan bertindak lebih teruk.
"Abang sudahlah tu. Lepaskan Naura. Bagi dia pergi dengan tenang." pujuk suha.
Arhan menggelengkan kepalanya beberapa kali. Wajahnya diraup kasar. Habis basah wajahnya dengan air matanya yang dari tadi tidak berhenti mengalir.
"Suha... Bagi abang peluang. Abang merayu..." tiba-tiba saja Arhan jatuh melutut di hadapan suha. Kaki suha dipeluk erat.
"Ab.. Abang... Apa ni.."
"Abang sayangkan suha. Terima abang balik. Bagi abang peluang. Abang janji yang abang tak akan sia siakan suha lagi. Tolong suha..." rayu Arhan.
Zayyan hanya memandang sepi. Nara memerhatikan situasi itu dengan harapan Suha tidak mengecewakan hati abangnya. Zayyan sudah lama memendam rasa cinta pada suha. Tak mungkin suha mahu menghancurkan hati Zayyan.
"Abang merayu Suha..."
Suha terdiam. Lama dia merenung wajah Zayyan. Zayyan turut membalas renungannya.
"Maafkan Suha..." ucap Suha perlahan.
Hai bertemu lagi.. hahaha skrng bgi Cherry rest ye.. maceh.. esok tngok laa if ad updated ye..
Share this novel