"Abang dah janjikan tak akan tinggalkan, Suha?"
Zayyan tersenyum. Kepala diangguk. Suha melepaskan nafas lega. Dia memeluk lengan Zayyan erat. Entah kenapa hatinya berasa tidak sedap.
"Ingat pesan abang. Jaga diri dan sentiasa kuat demi anak kita." ucap Zayyan. Mukanya cerah bersinar. Bibirnya tidak lekang dari menguntum senyuman.
"Baik abang. Suha janji. Tapi Suha mohon jangan tinggalkan suha dengan adam. Suha tak boleh tak ada abang. Adam perlukan abang." Terhinjut-hinjut bahu suha melepaskan esakan. Perutnya yang memboyot besar disentuh. Terasa anak kecilnya menendang-nendang dari tadi.
"Abang janji sayang." Zayyan bangkit dari duduknya kemudian meleraikan pelukan suha pada lengannya. Terkebil-kebil suha memandangnya.
"Abang nak pergi mana?"
Zayyan tidak menoleh. Dia tetap melangkah tanpa hala tuju. Semakin lama semakin jauh daripada Suha. Suha sudah tidak keruan. Pantas dia mengorak langkah mendekati Zayyan.
"Tak boleh sayang."
Berkerut dahi Suha. Apa yang tak boleh? Apa maksud Zayyan dengan tidak boleh? Betul ke zayyan nak tinggalkannya? Tak boleh. Sama sekali tak boleh.
"Abang tipu! Tak boleh! Jangan tinggalkan suha!" tangis suha. Lengan zayyan ditarik kuat.
"Sayang... urkkkk!"
Tangan Suha naik menekup mulutnya. Kepala digeleng beberapa kali. Tak. Ini semua tak betul.
"Abang!!" jerit Suha.
"Abang jangan tinggalkan suha!!" Kepala Zayyan dipangku. Dada zayyan yang ditikam tadi ditekup menggunakan tangannya.
"Jaga....anak....kita...." Zayyan mengusap pipi Suha. Air matanya mengalir perlahan. Dia tidak dapat menunaikan janjinya pada Suha untuk terus kekal berada di sisi isterinya itu.
"Abang! Jangan.... Jangan..." Suha memeluk Zayyan erat.
"Maafkan.... Abang..." Kelopak mata Zayyan perlahan terkatup. Teresak-esak Suha menangis.
"Kau tak akan selamanya bahagia Suha... Ingat tu..."
Suha mendongakkan kepalanya. Kepalanya digeleng. Bibirnya diketap kuat sehingga merah. Dia memandang semula ke arah zayyan yang sudah tidak bernyawa.
"Abang!!" raung Suha.
"Abang! Abang!"
Zayyan pantas mendekati Suha yang mengigau. Resah hatinya melihat Suha yang berpeluh-peluh. Apalah yang dimimpi oleh suha?
"Sayang bangun. Abang ada dekat sini. Hei..." Zayyan menepuk-nepuk pipi Suha lembut.
Nara yang sedang mengendong bayi sulung Suha dan Zayyan memandang dengan kerutan di dahi. Zariff yang berada di sisinya juga berkerut melihat suha mengigau.
"Abang... Abang..." Suha bangun kemudian tubuh Zayyan ditarik ke dalam dakapannya. Sungguh dia takut akan kehilangan Zayyan. Dia tak sanggup.
"Sayang kenapa ni? Bawa bertenang. Sayang cuma mimpi je ni. Abang ada kat sini. Sayang okay ada sakit dekat mana mana?"
Suha menggelengkan kepala. Dia masih lagi memeluk tubuh Zayyan erat. Tiba-tiba dia menyentuh perutnya yang sudah kempis. Berkerut dahinya. Mana anaknya?
"Abang mana baby?"
Zayyan tersenyum. Kepala Suha diusap lembut. Kucupan hangat dilabuhkan pada dahi suha.
"Baby kita ada tu. Sayang dah selamat lahirkan beberapa jam yang lepas. Lama sayang tak sedarkan diri. Risau abang."
Nara mendekati Suha. Dia melabuhkan duduknya di sisi suha. Bayi lelaki yang lena itu diserahkan kepada suha. Suha tersenyum gembira. Hatinya tersentuh melihat wajah bersih anak lelakinya itu. Permata hati yang pertama dia dan zayyan. Bahagia terasa.
"Comelnya anak mama. Sempurna anak mama ni..." Suha mengucup pipi dan dahi Adam Akasyah.
"Terima kasih sayang. Terima kasih sanggup bertarung nyawa demi permata hati kita. Tak terbalas jasa abang pada sayang. Terima kasih banyak-banyak." Air mata Zayyan jatuh ke pipi. Suha menyeka air mata Zayyan. Dia tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.
"Jangan berterima kasih dengan sayang. Ini permata hati kita bersama. Cukuplah abang sentiasa di sisi sayang. Sayang rasa bahagia sangat. Sakit tadi hilang bila dapat tatap wajah abang dan Adam."
Zayyan tersenyum. Dia memeluk bahu Suha. Nara tersenyum. Bahagia dia melihat abang dan kakak kesayangannya itu. Zariff mengusap bahunya. Giliran mereka nanti akan menimang cahaya mata tak lama lagi .
Suha tersenyum memandang Zayyan, Nara dan Zariff. Tiba-tiba saja senyumannya mati saat melihat susuk tubuh seseorang yang sepertinya mengintai mereka dari jauh melalui cermin tingkap wadnya. Segera dia mengalihkan pandangannya. Berharap yang dia tersalah tafsir. Mungkin perasaannya saja.
Zayyan mendodoi Adam tidur selepas saja Suha menyusukannya. Suha memerhatikan Zayyan yang sering termenung setiap kali mendodoikan anaknya itu. Sampaikan Adam lena pun dia pun langsung dia tak perasan. Apa yang zayyan fikirkan? Kerap kali zayyan termenung sehingga mengundang perasaan risau di dalam hatinya. Mimpi tempoh hari masih tidak dapat dia lupakan.
"Abang..."
Sepi.
"Abang...." Suha menguatkan sedikit nada suaranya tapi Zayyan tetap sama.
Pap.
Zayyan terkejut. Segera dia menoleh ke arah suha.
"Abang termenung apa? 3 kali sayang panggil abang tak sahut. Risaulah."
Zayyan mengusap belakang tengkuknya. Perlahan dia meletakkan Adam di dalam baby cot bersebelahan katil mereka. Kelambu ditarik menutupi baby cot itu.
"Maaf sayang. Tak ada apa apa. Abang cuma fikirkan sayang dengan Adam."
Suha terdiam. Adakah Zayyan berbohong?
"Abang jangan tipu sayang. Mata abang menunjukkan yang abang tipu. Jujur lah abang. Abang buat sayang risau dan takut."
Zayyan mengeluh. Dia memeluk bahu suha sambil bersandar pada kepala katil. Begitu juga dengan suha. Dia menyandarkan kepalanya pada dada zayyan. Zayyan mengusap bahunya. Dagu diletakkan di atas kepala Suha.
"Abang cuma risaukan keselamatan sayang dengan Adam. Abang selalu tak sedap hati. Entah kenapa pun abang tak tahu..."
Suha menggigit bibirnya.
"Abang ada mimpi ke?"
Perlahan Zayyan menganggukkan kepalanya. Sisi kepala Suha dielus lembut.
"Sayang janji dengan abang yang sayang akan jaga diri dan kuat demi Adam."
Suha membungkam. Ayat itu. Sama. Sama seperti di dalam mimpinya. Kenapa boleh sama? Jantungnya sudah berdetak kencang.
"Abang sayangkan sayang sangat sangat."
"Sayang pun sayangkan abang sangat. Jangan lah tinggalkan sayang... Sayang merayu sangat..."
Zayyan mengucup ubun ubun suha.
"Tak sayang. Abang janji. Abang tak akan tinggalkan sayang dan adam. Korang berdua nyawa abang. Tanpa korang hilang segalanya... Tak ada makna abang hidup lagi..."
Suha menahan air matanya dari jatuh.
"Abang... abang boleh janji dengan sayang?"
Zayyan menganggukkan kepalanya.
"Janji yang abang tak akan biarkan Adam seorang diri. Jangan bagi Adam menderita sama sekali. Bahagiakan dia sebagaimana abang bahagiakan sayang."
Zayyan tersenyum. Kepala diangguk.
"Maafkan abang sebab lambat bahagiakan sayang. Abang janji abang akan bahagiakan sayang dan adam selama mana abang bernafas."
Suha mendongakkan kepalanya memandang Zayyan. Pipi Zayyan diusap lembut.
Chup!
Suha menampar dada Zayyan perlahan. Sempat lagi suaminya itu mengucup bibirnya.
"Abang ni gatal."
Zayyan tertawa kecil. Dia memeluk tubuh Suha erat. Suha membalas pelukan zayyan.
"I love you sayang. I love you so much. As deep in my heart."
Suha mengangguk.
"I love you more abang. I love you to the moon and back."
Zayyan membaringkan tubuh Suha kemudian diselimutkannya.
"Good night sayang. May tomorrow will be better day."
Suha mengangguk. Pinggang Zayyan dirangkul erat. Malam itu dia tidur di dalam dakapan Zayyan dan langsung tidak mahu melepaskannya.
Fuh hahah mncbr mlm ni.. hahah dua² baby scene blh than hahah
Share this novel